20 December 2011

Pendedahan Terbaru Lembu Sharizat : Kak Jat dah wajib LETAK JAWATAN..



Sini (click)

Malulah oii...orang Bukan Islam pun ada maruah letak jawatan bila dah sabit kesalahan, ada yang baru di tuduh rasuah pun berani melepaskan jawatan. Orang Melayu UMNO sahaja yang tak ada maruah..tak de kemaluan walaupun dah jelas berlaku penyelewengan harta rakyat...malu lagi memalukan...



Click imej untuk paparan lebih jelas


Sama sahaja....baka Pejuang Ludah..hakkktui...!!




16 December 2011

Acara Mr.Muscle Beach di Melaka mencemar agama dan budaya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.

Merujuk acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara.

Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung.

Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach.

Apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak.

Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam.

Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?

Ianya juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.

Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini.

Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan.

Bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini.

Oleh:

Ketua Penerangan DPPN Melaka

12 December 2011

[Video] Ali Rustam pula terkena sawan..sawan JKKK..


(sila 'pasang' telinga baik-baik untuk dengar ucapan Ali Rustam)

Ini bukan kali pertama ceramah PAS di ganggu, sudah berkali-kali apabila adanya ceramah PAS di kawasan Bukit Katil seperti di Bukit Baruang, Bukit Baru, Ayer Molek, dan lain-lain. Ali Rustam juga kadang-kadang akan turun berceramah. Selain Ali Rustam, ada juga beberapa penceramah tetap UMNO yang turut berceramah termasuk 'usetaz' upahan UMNO.

Ini lah standard KM Melaka, sanggup datang jadi penganggu ceramah PAS di Bukit Baru, Melaka. Sama sahaja standard JKKK. Cakap pula merapu, banyak hina Kelantan dan Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, Dun Bukit Baru merupakan Dun di mana Ali Rustam bertanding pada PRU lepas, di fahamkan juga, PRU13 nanti beliau tidak akan bertanding di Dun Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil kerana kebarangkalian beliau akan kalah tinggi. Ali Rustam mungkin akan bertanding di Parlimen Tangga Batu, parlimen di mana terdapatnya beribu-ribu undi pos tentera.

Ni pula video BONUS...anak buah Ali Rustam...sama kan?


[Video] Penceramah UMNO mengamuk di Bukit Katil..


Seperti kebiasaaan, setiap kali ceramah PAS di Bukit Katil, pasti akan ada gangguan dari UMNO. Biasanya mereka akan turut mendirikan khemah untuk berceramah di sebelah dengan hanya beberapa meter sahaja jaraknya dari kawasan ceramah PAS di adakan. Kalau anda mahu tahu betapa buruk dan biolnya perangai penceramah UMNO yang berceramah (termasuk 'usetaz' upahan UMNO)..anda tengok sahaja video ini..! layannnn....

05 December 2011

Temubual Bekas Tentera British yang di nafikan hak oleh Majlis Agama Islam Melaka


Abdul Jalal Bin Md Akip, bekas Tentera British menceritakan bagaimana sekolah milik persendirian yang cuba dirampas oleh pihak tidak bertanggungjawab namun cubaan itu gagal.. Apakah fungsi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam menguruskan hal berkaitan zakat jika zakat itu tidak diberikan kepada asnaf yang sepatutnya.