30 December 2010

Pandangan: Isu 'Buku Menuju PAS Baru', salah siapa?




Akhir-akhir ini telah kedengaran suara 'tidak sependapat' yang berlaku di kalangan pimpinan PAS, gara-gara sebuah buku yang di karang Dr.Mujahid tentang PAS. "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang, dan Dinamisme". Point dari suara yang tidak bersetuju dengannya adalah dilihat lebih kepada soal pembawaan akan datang PAS yang lahir dari beberapa plot sejarah dan pengalaman yang PAS alami dahulu. Ianya sekadar buah cadangan hasil dari kajian ilmiah dan serius. Bukan tanggapan kosong dan logik akal tanpa fakta penulis.

Saya tidak berhasrat mahu mengulas panjang tentangnya walaupun saya telah pun mengkhatamkan buku tersebut. Cuma beberapa perkara penting yang harus di beri perhatian adalah soal penerimaan ahli dan modal busuk musuh yang bakal di rasai selepas ini andai ia tidak di tangani dengan sebaiknya.

Pertamannya, adalah soal penerimaan ahli apabila berhadapan dengan 'isu dalaman' selepas ini adalah seharusnya kita lakukan dengan cara 'berjemaah'. Mengikut adab-adab dan peraturan yang di wajibkan setelah berbaiah. Sepertimana pengalaman kita sebagai ahli PAS ketika berhadapan Isu Kerajaan Perpaduan suatu ketika dahulu. Puncanya merebaknya isu ini bukan sebab pimpinan, tetapi sebab ahli yang tidak faham lalu dengan semberono mengeluarkan bantahan, kritikan malah cacian terbuka kepada pimpinan. Tertanggalnya sikap wala' dan thiqah pada pimpinan, sedangkan PAS itu adalah gerakan yang berorientasikan Islam, berbeza dengan parti-parti lain.

Kedua, adalah modal politik musuh yang hakikatnya lahir dari sebab pertama tadi. Kita perlu berhati-hati agar tidak memberi ruang kepada mereka. Cukup lah peluru pertama ketika isu Kerajaan Perpaduan dahulu di sedekahkan kepada mereka untuk menyerang kita. Musuh politik kita seperti UMNO sememangnya bijak. Walaupun dungu dari sudut menerima kebenaran, tetapi apabila mereka merancang untuk membawa kebatilan dengan menentang kebenaran tersebut, tidak mustahil mereka akan berjaya. Seperti mana Saidina Ali pernah berkata "Kebatilan yang terancang, mampu mengalahkan Kebenaran yang tidak terancang". Bab ini mereka memang bijak.


Apa yang saya lihat perbezaan pendapat dan ketidaksetujuan tentang buku Dr.Mujahid ini lebih kepada pembawaan fakta dan idea penulis buku itu sendiri. Mungkin 'pembongkaran' dari hasil kajian dan cadangan penulis untuk PAS selepas ini tidak cocok dengan pandangan dan kefahaman mereka yang masing-masing ada gaya kefahaman tersendiri. PAS sebuah gerakan Islam. Andai PAS itu kereta dan Islam itu enjinnya, maka tidak semua akan merasai pemanduan yang sama, walaupun masing-masing sedar enjin itu yang terbaik namun masing-masing juga ada interpretasi dan maksud gaya pemanduan yang terbaik mengikut apa yang mereka fahami. Mungkin ada yang merasakan membawa kereta dengan laju itu yang terbaik, dan mungkin membawa perlahan itulah yang lebih baik.

Bagi kita sebagai ahli gerakan Islam PAS. Perkara utama yang harus kita sedar walaupun kita telah sedia maklum sedar, iaitu disiplin dan adab-adab berjemaah yang perlu di jaga. Kita bukan sahaja perlu menjaga imej PAS tetapi imej Islam yang di bawa agar tidak menimbul fitnah kepada orang lain dan musuh. Sepertimana UMNO yang membawa idea Nasionalisme, namun di sebabkan UMNO itu sendiri busuk hingga memberi imej buruk kepada maksud sebenar nasionalisme yang sepatutnya positif dan bukan dengan maksud yang jumud dan kolot yang UMNO lakukan.


Allahu'alam


“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”

(Surah As-Syuara’ : 214)

21 December 2010

Pasca Konvensyen Pakatan Rakyat: UMNO-BN mula Kempen fitnah

Semuanya indah..


Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung hujung minggu lepas telah pun tamat dengan jayanya. Maka cabarannya buat PR selepas itu adalah lebih berat. Lebih banyak cabaran dan rintangan yang bakal di hadapi atas dasar muafakat bersama menentang dasar pemerintahan zalim UMNO-BN.

Bagi musuh politik seperti BN-UMNO, pastinya mereka tidak akan senang duduk dan berasa panas punggung dengan hasil konvensyen tersebut. Maka tidak hairanlah talian hayat BN-UMNO terus menerus menggunakan media mereka seperti Utusan untuk memutar belitkan isu (walaupun ianya bukan isu).

Yang pasti.,isu yang akan akan mudah di putar belitkan pastinya tentang soal kerakyatan. Mungkin mereka yang tegar menyokong UMNO-BN merasakan bahawa mereka sahaja yang layak tinggal di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila menyentuh tentang kerakyatan Melayu. Dan pastinya isu kerakyatan akan terus menerus menjadi bahan sehingga ke PRU nanti..Yakinlah.

Realiti yang berlaku pasca konvensyen PR memang sudah di jangka. BN-UMNO sudah mula menabur fitnah. Apabila Kenyataan Lim Guan Eng tentang kerakyatan telah di seleweng oleh Utusan yang menjadi pencacai BN-UMNO ini (sumber). Bahkan, 'buah keras' yang di terima UMNO-BN dari Karpal Singh juga di jadikan isu. Seolah-olah UMNO-BN ini Tuhan yang menentukan keikhlasan seseorang. Emm..mungkin ada pemimpin UMNO-BN yang percaya UMNO-BN itu Tuhan, kalau tidak masakan mereka boleh mengaku hanya UMNO-BN sahaja yang boleh perintah Malaysia..dan UMNO-BN sahaja yang boleh beri Rakyat makan. Nauzubillah..

Jelas ucapan Lim Guan Eng tentang 'The Real Malaysian' adalah mereka yang bersifat adil kepada semua kaum dalam masa yang sama bersatu membentuk sebuah negara yang aman, tenteram dan penyayang dengan menyokong keadilan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Manakala mereka yang bukan 'The Real Malaysian' pula tegasnya adalah mereka yang berperasaan benci terhadap kaum, jantina mahupun agama, selain mereka yang bersifat materialistik, tamak membolot kekayaan dengan rasuah dan sebagainya. Mereka ini dinamakan 'Malaysia Celup' atau 'Pseudo-Malaysians'.

Barangkali, mungkin 'The Real Malaysia' yang Lim Guan Eng maksudkan itu terlalu sukar di capai oleh pemimpin yang bernama UMNO-BN ini dan barangkali 'The Malaysia 'Celup'' itu tampaknya lebih secocok dan sedodon dengan mereka. Justeru tidak hairan apabila kenyataan tersebut di putar-belit Utusan..kerana 1 Malaysia sudah tahu Utusan Malaysia itu 'alat' fitnah UMNO-BN.

Saya tunggu apa pula fitnah tentang negara Islam yang telah di terima Karpal Singh..yang pasti seorang 'Firaun kecil' dan mula bersuara tentangnya..

Firman Allah s.w.t "..fitnah itu lebih besar daripada membunuh" (Al-Baqarah 191)


p/s: UMNO juara Fitnah Dulu, Kini dan Selamanya..BN, dosa di dahulukan, fitnah di utamakan...




20 December 2010

Video JAIS Serbu Pengikut Syiah di Gombak



p/s: ada orang kata serbuan yang dilakukan JAIS terhadap pengikut Syiah tidak 'Islamic'..?? Wallahualam

19 December 2010

Calon PRK Tenang adalah dari calon PAS

Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru tamat sebentar tadi, di bawah ucapan DS Anwar Ibrahim telah memutuskan bahawa calon yang akan bertanding di PRK Tenang adalah calon dari PAS.

Anyway, Tahniah buat pemimpin PR yang baru selesai berkonvensyen. Semoga selepas ini PR semakin bertenaga untuk terus memerangi kezaliman BN dan terus menuju ke Putrajaya untuk memerintah Malaysia dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

Link Lintas Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat

http://www.tvsnews.net/live/channel2/

18 December 2010

[Melaka Maju 2010] Nasib Monorail Melaka seperti Eye On Malaysia.


Tidak habis dengan bukti Melaka negeri maju dengan masalah banjir dan longkang yang tidak sistematik, satu lagi bukti nyata dipaparkan dengan laporan projek monorel yang mungkin bakal menyusul Eye On Malaysia yang sudah ghaib di bumi Melaka.

Projek monorel yang dibangga – banggakan oleh Ali Rustam nampaknya menjadi bukti sahih ’ Melaka Maju ‘; maju kehadapan berbanding negeri – negeri lain dengan projek – projek yang gagal.

Sungguh maju sehinggakan monorel yang baru dilancarkan beberapa jam terus rosak 100 meter daripada Stesen Hang Jebat. Pengendali Menara Taming Sari Sdn Bhd terpaksa menggunakan kren untuk menyelamatkan 20 penumpang yang terperangkap di dalam monorel tersebut.

Dalam temuramah dengan wartawan, Ali Rustam yang kelihatan agak ‘marah’ dengan apa yang berlaku berkata, empat jurutera daripada China sedang cuba untuk memperbaiki masalah yang menimpa monorel tersebut.

Beliau seolah – olah ‘ mengugut ‘ tidak akan membeli lagi monorel daripada negara China untuk fasa yang berikutnya jika masalah ini berterusan.

Monorel tersebut dilaporkan mengalami masalah rim tayar dan skru yang selalu rosak. Selepas Kuala Lumpur, Melaka merupakan negeri pertama yang mempunyai khidmat monorel, yang matlamat utamanya adalah untuk menarik pelancong.

Dikatakan juga monorel tersebut bakal mengatasi masalah kesesakan trafik di Bandar Hilir. Dikhuatiri projek yang bernilai 15.9 juta ringgit ini bakal mengulangi siri kegagalan kerajaan negeri menguruskan wang rakyat.

Soalnya, adakah kerajaan negeri gagal memilih syarikat yang benar – benar berkemampuan untuk melaksanakan projek berjutaan ringgit di Melaka? Kalau benarlah dakwaan ini maka pembaziran yang maha besar telah dilakukan sekali lagi oleh kerajaan UMNO / BN Melaka. (Sumber)

p/s: 'tangan' Ali Rustam ni memang tak 'ong'...suweey..


Muhyiddin tidak tenang untuk PRK Tenang?



Muhyiddin arah jentera BN, Umno tingkatkan sokongan pengundi Tenang


PAGOH, 18 Dis — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan.

Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.

“Rekod dulu memberangsangkan tetapi apa yang penting bukan sahaja setakat pertahankan tetapi kalau boleh kita tingkatkan lagi jumlah sokongan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan diadakan pilihan raya kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, semalam.

Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan jentera BN dan Umno bersedia menggerakkan persiapan bila-bila masa pilihan raya diadakan.

Mengenai calon yang bakal dipilih, beliau berkata ia akan diumumkan apabila tiba masanya.

Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran. — Bernama


p/s: err..pembetulan, bukankah jentera Kerajaan tu adalah jentera BN..?? itu kan mak bapak mereka yang punya...??

17 December 2010

Harussani: Amalan Pluralisme HARAM..


Amalan Pluralisme adalah Haram - Harussani (sumber)

MELAKA 16 Dis. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, orang Islam yang berfahaman pluralisme agama iaitu mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar adalah kafir dan murtad.

Menurutnya, fahaman seperti itu adalah haram dan jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

''Pluralisme adalah haram. Kita mana boleh kata semua agama sama dengan Islam. Kalau orang Islam kata semua agama adalah sama dengan Islam, mereka yang berkata begitu adalah kafir.

''Dalam kitab dan hukum syarak telah menyebut mereka yang mengamalkan fahaman pluralisme dianggap sebagai kafir dan murtad," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-92 yang berlangsung di Hotel Equatorial, di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 22 ahli jawatankuasa fatwa kebangsaan terdiri daripada mufti seluruh negeri dan dijadualkan berakhir esok.

Harussani berkata, di Malaysia, semua agama dilayan sama adalah wajar malah tindakan itu turut disarankan oleh agama Islam.

''Di Malaysia, kita wajar menghormati agama lain tetapi kita tidak boleh mengakui agama Islam sama dengan agama lain," tegasnya.

Beliau menambah, fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak oleh semua umat Islam di negara ini kerana ia boleh merosak akidah.


Harussani meminta kerajaan untuk menangani tindakan golongan tertentu yang cuba membawa fahaman pluralisme kerana ia akan membawa kepada kehancuran Islam.


p/s: Elok bonar la tu...




err....


Tak apa ni 1 Malaysia...HALAL..

Menteri yang paling Bijak dan Waras di Malaysia..


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah. (click)

Tak apalah, memang menteri yang bijak layak perintah negara...

-----------------------------------------------------------

Itu cara menteri jaga negara, mari kita tengok menteri yang bijak jaga anak pula..



...


vip10copyur5hj7 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip8copysr1 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip2copyiz2 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip3copyyw9 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip4copyor0 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip5sk7 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip6copyoh7 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip7copyag5 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip1vy4 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vip9copyps2 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

vipcopytw6 (Gambar) Anak Datuk Seri Nazri Aziz: Bila Anak Menteri Malaysia Bersosial

Sekali tengok gambar anak pun, nampak bijak dan waras...macam bapak dia...

~like father like son~(click)


p/s: maaflah, tak de niat nak mengaibkan sesiapa, sekadar memberi kesedaran pada semua..inilah muka pemimpin negara yang sombong, berlagak cerdik dan berkuasa,..mana semangat bangsa Melayu yang dok sibuk BN-UMNO laungkan..mana pula perjuangan Islam yang kononnya bermati-matian UMNO pelihara...lihat isteri menteri, lihat anak-anak menteri..perkara se'simple' ini pun tak mampu nak jaga, bagaimana nak jaga negara..??


15 December 2010

Apabila Perdana Menteri yang Kacak bertemu rakyat..




.....



-
-
-

Nah, ini lah baru di katakan kacak...!!




(click gambar jika anda tak puas melihat)






p/s: err...perhatikan 'bodyguard-bodyguard' Ahmadinejad yang ramai tu...

Kiamat Sudah Dekat...


Ura-ura Kiamat bakal berlaku pada tahun 2012 akibat perlanggaran Planet X atau Planet Nibiru terhadap Bumi. Ramalan kiamat ini bukan lah suatu yang baru, sejak dahulu lagi ramai orang yang beranggapan akan berlakunya kiamat pada tarikh-tarikh tertentu..Ada yang meramalkan akan berlaku akibat hentaman planet-planet, meteor, tahi bintang dll.

Ingatkan ramalan-ramalan begini hanya berkaitan dengan golongan mereka membuat kajian tentang astronomi sahaja..bahkan ahli-ahli politik juga tertarik akan cerita-cerita sebegini..


Pelik bin ajaib Malaysia ni..dalam parlimen pun boleh bincang isu Planet X langgar bumi..(click). Sidang Parlimen di Amerika Syarikat pun belum tentu bincang isu ni..macam-macam

p/s: ..hari kiamat..apa kaitannya dengan politik..;p





12 December 2010

Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura


12 Dis – Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.

Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil.

MOHAMED AZMIN ALI
12 Disember 2010

11 December 2010

Mengapa BN-UMNO wajib di jatuhkan?


Di dalam konteks negara Malaysia, di ketahui kerajaan BN yang menguasai kerajaan pusat adalah menjadi pemerintah negara. Dengan majoritinya di kalangan pemimpin Islam yang menjadi penggubal dasar. Maka secara dasarnya, sistem yang di guna pakai seharusnya adalah sistem pemerintahan Islam, kerana menjadi kewajipan pemerintah yang beragama Islam itu menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai pelembagaan tertinggi di dalam negara.

Namun, bagaimana sekiranya, pemimpin Islam itu tidak melaksanakan sistem pemerintahan Islam?

Persoalan tidak melaksanakan sistem atau syariat Islam selalu di bangkitkan. Kita harus membezakan pemerintah yang tidak melaksanakan sistem Islam dalam masa yang sama mengunapakai sistem kufur dengan pemerintah yang menolak secara rasmi hukum-hakam di dalam Al-Quran untuk di guna pakai di dalam perlembagaan negara.

Barangkali pemerintah yang tidak melaksanakan sistem Islam itu masih berkeinginan untuk melaksanakan sistem Islam pada masa akan datang, namun di sebabkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ia terpaksa di lewatkan. Atau sebaliknya pemerintah yang memang tidak mahu dan tidak berniat untuk menggunapakai perlembagaan Islam dengan menolaknya secara rasmi. Maka pemerintah kategori ini wajib di tentang

Jika pemerintah itu mendokong selain dari sistem Islam dan dalam masa yang sama mereka tidak melafazkan ucapan atau tindakan yang menghalalkan sistem kufur atau dengan kata lain mereka tidak menghina sistem Islam, mereka tidak di anggap sebagai terkeluar dari Islam. Aqidah mereka masih benar.

Namun, di dalam persoalan ini Profesor Dr.Yusof Al-Qardawi di dalam Fiqh Daulah menyatakan dengan jelas adalah tetap wajib menjatuhkan pemimpin tersebut atas persoalan pokok yang membabitkan dasar Islam

Sheikh Mohammad Naim Yasin di dalam kitabnya Al-Jihad pernah menulis tentang kefasikan dan buruk akhlak pemimpin Islam di mana dengan sikap dan akhlaknya itu akan mewujudkan suatu sistem kufur (bukan Islam) kepada rakyatnya sehingga menyediakn ruang-ruang maksiat dengan lebih luas yang menyalahi Aqidah dan Akhlak. Maka ia menjadi wajib bagi kaum muslimin bangkit menentang dan menjatuhkannya. Iaitu menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin.

As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam Fiqh ad-Daulah menyebut tiga kekuatan yang perlu wujud dalam menjatuhkan kerajaan di zaman ini.

Pertama: Kekuatan ketenteraan.

Kedua: Parlimen yang mampu mengubah dasar.

Ketiga: Kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan ini hendaklah ia bersabar dan bersiap sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada.

Berbalik kepada realiti sistem pemerintahan negara Malaysia ini, kita telah semua sepakat dan ketahui perlembagaan dan sistem yang di guna pakai sekarang adalah dari Barat. Sejak Merdeka, Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 telah menjadi asas kepada perlembagaan negara sehingga kini. Maka ianya sudah pasti menyimpang jauh dari sistem pemerintahan Islam. Inilah sebenarnya strategi musuh terhadap Islam sepertimana Khalifah Umar Al-Khattab menyebut, " Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leker umat Islam apabila berleluasanya di dalam Islam mereka yang tidak menggetahu sepak terajang jahiliyyah (musuh Islam)"

Persoalannya, bagaimana pula sikap pemerintah hari ini terhadap sistem Islam? Barangkali mungkin mereka berkeinginan dan masih menunggu masa yang sesuaiuntuk di laksanakan walaupun sejarah telah banyak merakamkan beberapa komen negatif terhadap sistem Islam dari mulut dan tindakan para pemimpin atau barangkali juga mereka memang tidak langsung berminat.

Ianya akan berbalik kepada persoalan sikap pemerintah dan sifat pemerintahan. Kita sebagai rakyat menilai. Menggunakan hujah Ulama' kotemporari Prof.Dr Yusof Al-Qarawi, hasilnya pada hari ini, pemerintah yang ada pada hari ini sudah wajib di jatuhkan dan di gantikan. Atas dasar apa? Iaitu tak lain tidak bukan atas dasar Islam. Apabila akhlak pemimpin Islam itu tidak lagi mencerminkan peribadi muslim seperti mana yang di katakan Sheikh Mohammad Naim Yasin, sehingga asbab dengan sikap pemimpin itu membuka lagi ruang kejahiliyyahan kepada rakyatnya.

Atas faktor itu, PAS hari ini berusaha untuk mengantikan BN-UMNO sebagai pemerintah. Dasar PAS yang membawa agenda Islam itulah menjadi kekuatan roh dan jasmani buat para amilin bekerja mengangkat kembali syiar Islam yang kian malap dek BN-UMNO yang memerintah sebelum ini.

Pembinaan akhlak dan syakhsiah yang baik di kalangan pemimpin PAS menjadi perkara asas dalam pembentukan fardil muslim. Masakan boleh matlamat negara Islam itu lahir dari individu yang tidak berperangai seorang muslim. Sepertimana kata Imam Hasan Al-Hudaibi,"Tegakkan negara Islam itu di dalam diri kamu, nescaya negara Islam akan tertegak di dalam tanahair kamu"

Inilah alasan asas dan mudah kenapa BN-UMNO harus di jatuhkan. Apabila peribadi pemimpin Islam itu tercemar, maka apakah jaminan pemerintahan yang di pandunya itu akan menjadi elok. Usah bicara tentang sistem Islam yang besar itu, andai akhlak dan syakhsiah diri masih kelam kabut, langgar segala halal dan haram. Hairannya bukan sekadar diri sendiri terus menerus melakukan dosa, malah membentuk pula undang-undang yang menghalalkan apa yang diharam dan sebaliknya sehingga melibatkan rakyat bawahan mendapat 'saham'.

Sebelum menjadi fitnah yang lebih besar agama, bangsa dan negara, lebih baik jatuhkan pemimpin seperti ini dahulu. Bagaimana? Tidak lain tidak bukan, dengan menggubah dasar di dalam parlimen melalui pilihanraya.

Allahu'alam

Konflik dalaman PKR menghakis sokongan terhadap PR


PETALING JAYA: Konflik dalaman, masalah imej dan indentiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini dijangka menghakis sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Demikian menurut pandangan Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah ketika ditemubual oleh FMT sejurus beliau kembali dari Vietnam semalam.

"Tidak dapat dinafikan sama sekali secara persepsinya dan diperkuatkan lagi oleh data dari kajian yang dibuat oleh UM baru-baru ini, berlaku kemerosotan kepercayaan politik terhadap PR hasil dari masalah imej, indentiti dan konflik internal PKR sewaktu proses pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Ini paling ketara ketika berlangsung proses pemilihan pucuk pimpinan baru-baru ini. Ia lebih mendatangkan kesan apabila pemimpin-pemimpin PKR termasuk sebahagian calon bertanding tidak bijak memahami media, tidak bijak dalam mengatur perhubungan awam dan juga dari segi komunikasi.

"Ini telah mewujudkan gambaran corak atau fenomena yang mereka berkelahi sesama sendiri dan tidak mempunyai konsensus secara pragmatik, secara praktikal terhadap visi yang hendak mereka bawakan," terang beliau.

Menurut satu kajian yang dijalankan di dua negeri yang dikuasai PR, Kuala Lumpur dan Selangor oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) baru-baru ini, beliau berkata, "Kajian itu mendapati 52 peratus daripada 1,124 responden berkata konflik dalaman PKR telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.

Berdasarkan keputusan bancian itu lagi, sebanyak 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada akan meberikan undi mereka kepada PKR atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

PKR masih ada ruang

Bagaimanapun menurut Prof Abu Hassan lagi, keputusan tersebut masih bergantung kepada perkembangan semasa dan beliau tidak menolak kemungkinan PR, khususnya PKR sendiri masih mempunyai ruang untuk membaiki keadaan sebelum ketibaan PRU 13 nanti.

"Tetapi sejauh mana kemerosotan itu berlaku masih lagi dalam peringkat perkembangan. Kemungkinan ianya akan berubah atau sebagainya bergantung kepada demografi pengundi terbesar iaitu yang berumur 21 hingga 40 tahun yang kebanyakannya menyokong pemikiran alternatif iaitu PR.

"Jadi selagi tidak ada data demografi yang mewakili kelompok ini secara detail, masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi menarik semula kepercayaan tersebut," ujar beliau lagi.

Sebelum ini dalam perkembangan bancian yang dijalankan oleh Umcedel tersebut, Anwar mendakwa laporan media yang memburukkan nama parti dan imejnya tidak mendatangkan kesan.


MalaysiaToday






10 December 2010

Lawak paling mendebarkan minggu ini..






“Kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin,”




We vote UMNO...!!

Menteri yang tak sedar diri bila dah berucap, jadi badut..melucukan dan menghiburkan.

Mereka masih berada di syurga dan di kelilinggi bidadari yang cantik rupawan...




Mungkin Khir Toyo boleh bagi idea bagaimana nak perintah negara dan bagaimana nak jaga kepentingan rakyat...kasi ajar sikit pada PR..

08 December 2010

Owh..Melayu-Ku tercabar..!!




Tokoh 'Ketuanan Melayu' tercabar...


Sia-sia aku bela kau..





UMNO..UMNO..(click)

07 December 2010

Harga Barang Naik, Nak Elak Penyeludupan - Awang Adek



Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara - Awang Adek (sumber)

Berapa penjimatan yang di peroleh dari pengurangan aktiviti penyeludupan itu jika subsidi di kurangkan tidak pula di nyatakan..cuma kita boleh anggap alasan begini alasan typical dari seorang menteri yang memang tak mampu dan tak mahu merasai keperitan rakyat.

Kan baik beliau memberi alasan pengurangan subsidi mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas, atau dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya asbab dari kurangnya kenderaan di jalan raya (sebab minyak mahal).

Atau mungkin memberi alasan pengurangan subsidi itu mampu mengelakkanpenyakit kencing manis asbab dari kenaikan harga gula (alasan biasa menteri) atau boleh jadi ianya mampu memupuk semangat jimat cermat supaya pengguna tak membazir.

Oleh sebab itu, menteri-menteri jenis begini memang hanya mampu bercakap. Padahal mereka sendiri tidak pernah merasai keadaan sebegini, buktinya boleh lihat kehidupan mewah menteri-menteri UMNO-BN yang memerintah negara ini. Sebab itu mereka pernah 'condemn' seorang wakil rakyat dari DAP yang mahu mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz, sebabnya corak pemerintahn khalifah Umar itu menyalahi corak pemerintahan mereka. Jika khalifah Umar yang menjadi orang terakhir kenyang, mereka pula menjadi orang pertama kenyang. Jika khalifah umar mengasingkan harta negara dari kegunaan peribadi, mereka pula mencampur adukkan. Jika khalifah Umar menggunakan harta negara untuk keperluan, merekapula guna untuk kehendak nafsu semata-mata.

Alasan yang mengatakan pengurangan subsidi minyak dan gula ini mampu mengurangkan aktiviti penyeludupan menggambarkan kerajaan seolah-olah sudah tidak mampu dan keputus-an idea untuk mengatasi masalah penyeludupan ini. Ia ibarat langkah yang terakhir dan terdesak yang menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Bukankah jika sebelum ini pelbagai usaha yang telah kerajaan lakukan di bawah kementrian dalam negeri membenteras kegiatan penyeludupan ini, seperti menguatkuasa akta dan undang-undang, denda maksima bagi yang terlibat, pemeriksaan dan kawalan bersepadu di setiap pintu sempadan, kempen kesedaran dan lain-lain.

Apakah ia masih tidak mampu di atasi? melaikan dengan mengurangkan subsidi minyak dan gula..?

Jika Awang Adek berpendapat masalah penyeludupan minyak dan gula menjadi alasan subsidi di kurangkan dan harga barang tersebut di naikkan..maka bagaimana pula nanti andai barang bersubsidi dan kawalan lain pula di seludup seperti garam, tepung gandum dan minyak masak, apakah akan naik juga? (rasanya barang-barang tersebut telah banyak kali naik).

Jadi alasan ini sebenarnya tak perlu di berikan lagi, sebagai contoh minyak mentah, sudah di maklumkan kenaikan harga di sebabkan mengikut pasaran dunia,sebagai contoh Ron97, andai aktiviti penyeludupan di bentras terus sekalipun, ia masih tetap di bawah kawalan harga pasaran dunia (sepertimana yang dikatakan menteri), mahu tak mahu di mana sahaja adanya minyak tersebut,pengguna tidak akan terlepas untuk membayar harga minyak tersebut mengikut harga pasaran. Apakah Awang Adek boleh beri jaminan andai aktiviti penyeludupan di bentras hingga tiada sekalipun, harga minyak akan turun???

Mungkin kita boleh tanya, berapa juta kerajaan rugi dari kegiatan penyeludupan berbanding keuntungan yang kerajaan peroleh dari perahan duit kocek setiap orang yang menggunakan kenderaan di Malaysia. Kirakan bilangan kegiatan penyeludupan itu dengan bilangan kegiatan seharian jutaan pengguna kenderaan bermotor yang mengisi minyak setiap hari, setiap minggu, bulan dan tahun. Begitu juga barangan asasi seperti gula yang boleh di katakan hampir setiap rumah memerlukannya.

Kerajaan memperuntukan 10 billion setahun bagi menanggung subsidi barangan, dalam masa sama kerajaan juga memperuntukkan 5 bilion untuk seketika masa bagi membina menara warisan 100 tingkat....owh ye, masih jimat 5 bilion...

Allahualam

p/s: Awang Adek terkenal dengan idea canggih beliau...


"Tak semestinya calon yang berjawatan tinggi dalam UMNO" - KJ



UMNO akan meletakkan calon tahap prebet di PRU13 nanti? (sumber)

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, calon tidak semestinya mereka yang berjawatan tinggi, apa yang penting dia berkemahiran, di senangi rakyat, bertanggungjawab selain tahu menggunakan aplikasi media baru sepeerti Facebook.

Persoalannya, mampukah 'prebet-prebet' kelas bawahan ini meyakinkan ahli-ahli dan pemimpin atasan UMNO untuk memimpin?...

Bukankah di dalam UMNO..

Tak berjawatan tinggi bermakna tidak mempunyai wang yang banyak..

Tak mempunyai wang yang banyak bermakna pengaruh pun kurang..

Bila pengaruh kurang...siapa yang nak mengundi dia..??


p/s: saya cadangkan letak semula Pak Lah sebagai calon..boleh kot?