27 February 2011

Siapa lebih bersatu..Pakatan Rakyat atau BN..?



Parti Komponen BN


1) United Malays National Organization (UMNO) - MELAYU

2) Malaysian Chinese Association (MCA) - CINA

3) Malaysian Indian Congress (MIC) - INDIA

4) Malaysian People's Movement Party (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) (GERAKAN) - CINA

5) People's Progressive Party (PPP) - KEBANYAKAN AHLI INDIA

6) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - MELAYU

7) Sarawak United People's Party (SUPP) - CAMPUR

8) Parti Bersatu Sabah (PBS) - CAMPUR

9) Liberal Democratic Party (LDP) - CAMPUR

10) Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - CAMPUR

11) United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) - KADAZAN

12) Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) - CAMPUR

13) Sarawak People's Party (PRS) - CAMPUR

14) Malaysian Indian Muslim Congress (KIMMA) - MAMAK..haha


Pakatan Rakyat

1) PAS – Islam (untuk semua)

2) DAP – Campur kebanyakan bangsa Cina

3) PKR – Campur (untuk semua)

[PRK Merlimau] 7,000 penyokong parti BN dan 5,000 penyokong Pas??

Dianggarkan seramai kira-kira 12,000 penyokong kedua-dua parti yang telah berkumpul hari ini iaitu 7,000 penyokong parti BN dan 5,000 penyokong Pas - Utusan


5000 penyokong PAS







7000 ribu penyokong BN





hahaha...lain kali bila baca akhbar utusan kena fahamkan secara terbalik..tapi jangan baca terbalik..

26 February 2011

[PRK Merlimau] 'lu tolong gua, gua tolong lu'..


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau. - Mk

Komentar:

Jelas BN masih tidak memahami ruang lingkup sebagai kerajaan negeri apabila menggunakan kuasa yang di amanahkan oleh rakyat untuk mengugut kembali rakyat.

Apakah Ali Rustam buta dan tuli dengan jawatan dan pengkat yang di perolehi beliau untuk menjadi ketua menteri adalah dari undi rakyat. Sepatutnya tidak menjadi persoalan untuk membantu rakyat, kerana sudah semestinya peranan kerajaan tidak kira kerajaan BN atau PAS sekalipun memang kena bantu rakyat.

Tuntutan rakyat untuk membina sekolah adalah keperluan yang wajib di laksanakan jika ia perlu. Begitu juga prasarana seperti dewan, rumah ibadat, jalan raya, dan sebagainya.

Ali Rustam tidak seharusnya mencampurkan urusan parti kedalam urustadbir negeri, lebih-lebih lagi dengan cara mengugut, persis cara seorang bacul yang terdesak. Tidakkah BN sedar, parti hanyalah wasilah atau platform untuk menjadi wakil rakyat, memandangkan negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen?

Tidak hairanlah BN dulu, kini dan selamanya telah menggunakan peruntukan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi dan kroni padahal duit kerajaan itu adalah duit dari kantung rakyat, kutipan dari pelbagai cukai dll.

Bahkan hari ini BN juga menggunakan jentera kerajaan seperti JKR, SPR, PBT, Media Perdana, Kementerian Pendidikan dll untuk kepentingan parti atau peribadi. Dan hari ini juga Politeknik Merlimau jadi tempat berkempen, masjid juga jadi tempat program parti, sekolah turut jadi mangsa. Kalaulah Pakatan Rakyat sendiri yang lakukan, habis jadi isu besar, paparan di muka depan akhbar..mempolitikkan masjid, sekolah, dan lain-lain.

Adakah hanya itu sahaja modal BN untuk meraih undi dengan mengunggut rakyat supaya mengundi BN..??

p/s: jadilah sperti persatuan jogging negeri Melaka...berkempen utk BN...

[PRK Merlimau] Hina ulama' dah jadi darah daging orang UMNO-BN..pergi jahanam sama UMNO!!!


Gambar sekitar Penamaan Calon di N27 Merlimau

25 February 2011

[PRK Merlimau] Profile Hj Yuhaizad-Calon PAS Merlimau



-Click untuk besarkan-

Terbitan Jawatankuasa Penerangan PAS PRK Merlimau



23 February 2011

[PRK Merlimau] Persatuan Jogging di politikkan BN???


hahahahaha...Persatuan jogging negeri Melaka....

..persatuan jogging cap Barisan Nasional pun kemaruk nak berpolitik jugak..

...confirm lepas ni dapat trek 50 kilometer berhawa dingin...

...percubaan melobi tahap kampung dan JKKK...

...mari berjogging bersama Ali Rustam...

...amalkan gaya hidup sihat dengan berjogging...

...amalkan gaya hidup sihat dengan mengundi BN...

hahahaha.....

20 February 2011

[PRK Merlimau] Ali Rustam sudah berani 'Bersabung' dengan Mat Sabu??




Lokasi: Berhadapan Markas Induk dan Penerangan di Taman Muhibbah, Merlimau Utara.

p/s: Banner ini di naikkan petang tadi bagi 'menyambut' kedatangan TG Hadi Awang dan Haji Mat Sabu yang berceramah di Merlimau Utara malam ini. Persoalannya siapa sebenarnya yang takut 'BERSABUNG' ..???

17 February 2011

[PRK Merlimau] Lagi ciri-ciri munafiq Ali Rustam.




Ali rustam menunjukkan sekali lagi ciri-ciri seorang menafiq apabila mempersoalkan nilai-nilai Islam pada diri Anwar apabila berceramah di malam Maulidur Rasul 15 haribulan yang lalu.

Di dalam akhbar Sinar harian edisi Melaka & N.Sembilan 17/2/2011 (boleh rujuk Akhbar Sinar Harian bercetak m/s:6 bahagian Melaka/NS). Ali Rustam di katakan telah menyanggah Anwar Ibrahim yang berceramah di Permatang Serai dengan mengatakan Ketua Pembangkang itu telah mencemarkan malam maulidur rasul sambil mempersoalkan nilai keislaman Anwar.

Ali Rustam berkata, seharusnya malam maulidur rasul di isi dengan selawat dan melakukan kebaikan bukan berceramah menabur fitnah. Sedangkan malam tersebut juga Ali Rustam turut berceramah tidak jauh dengan ceramah PR. Bahkan maklumat dari beberapa petugas PR yang meninjau ceramah BN pada malam itu mengatakan BN telah mengupah beberapa mat rempit untuk menganggu ceramah PR.

Inilah ciri munafiq yang bercakap tapi tak serupa bikin. Mengata orang tetapi dia sendiri yang buat, bahkan lebih teruk dari orang yang di tuduh.

Sah, Ali Rustam hanya mampu bercakap soal 'isu sampah'. Tidak mampu membongkar isu besar, paling melucukan beliau juga tidak mampu berdebat secara gentle-man, hanya berani berdebat 'cara Ali Rustam' - berkokok dari jauh...







Gambar di atas bukti ceramah BN di malam 15/2 (malam Maulidur rasul) sumber

16 February 2011

[PRK Merlimau] Ribuan Hadir di ceramah Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat Melaka buat kesekian kali meneruskan ceramah penerangan di Merlimau dengan kehadiran beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat. Malam tadi Merlimau menerima kehadiran Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan PKR dan PAS seperti Hj.Mat Sabu, Dr.Hatta Ramli dan Shamsul Iskandar.

Gambar di bawah membuktikan ribuan rakyat hadir di majlis ceramah tanpa di bayar (bahkan membayar untuk derma jihad) semata-mata untuk mendengar penerangan dan beberapa fakta terbaru dari pimpinan yang hadir. Ternyata kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat telah membongkar pelbagai isu nasional terutamanya isu tentang penyelewenagn harta rakyat dan hutang yang dilakukan oleh pemimpin Melayu UMNO.

Dalam masa yang sama, beberapa meter dari tempat ceramah Pakatan Rakyat, turut di adakan ceramah UMNO-BN. Di beritakan berlaku sedikit provokasi dari UMNO-BN yang cuba mengganggu ceramah dengan mengupah beberapa mat rempit untuk membuat bising di tempat ceramah Pakatan Rakyat. Seorang petugas Pakatan Rakyat juga telah di tangkap polis setelah berlaku salah faham sesama mereka.

















































Berita semasa tentang PRK Merlimau akan di kemas kini di blog ini atau boleh layari portal rasmi PRK N27 Merlimau di http://pasprkmerlimau.blogspot.com/

15 February 2011

[PRK Merlimau] Projek PPRT untuk rakyat miskin di Negeri Maju


RM 1.8 juta bagi projek perumahan kos rendah bakal menjadi habuan buat rakyat Merlimau. Sebanyak 193 buah rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan di bina dengan anggaran setiap rumah bernilai RM17,000. Dalam jumlah 193 buah rumah itu, 143 buah rumah akan menerima bantuan pembaikan dan penyelenggaraan dengan kos di antara RM8,000 hingga RM12,000 sebuah.

Program PPRT ini menerima sokongan pelbagai bantuan dari pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Bahagian Pembela Pembasmian Kemiskinan.

Kerajaan Negeri menerusi JKM juga telah memperuntukkan sebanyak RM69.52 juta untuk 22,856 orang rakyat miskin. Jumlah peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun 2009 sebanyak RM46,217,794 yang mana ia di agihkan kepada 17,005 penerima bantuan.

Memandangkan kerajaan Negeri juga masih banyak berhutang, kerajaan Negeri hanya mampu memperuntukkan RM10.5 juta dengan sokongan bantuan kewangan dari kerajaan Persekekutuan dengan RM59 juta untuk kebajikan rakyat Melaka. Peruntukan meningkat sebanyak kira-kira RM23 juta di antara 2009 dan 2010.

Inilah yang dikatakan pepatah baru " ADUN Mati, rakyat senang".

p/s: antara ciri-ciri negeri Maju (ala Melaka)...1) wajib ada orang miskin..2) wajib ada pemimpin kaya..3) wajib ada projek besar sini-sana, 4) wajib ada hutang sana-sini dan 5) wajib ada pemimpin berani berdebat...macam Ali Rustam..







Kenyataan Ikhwanul Muslimin sempena kejatuhan regim Mubarak


لِ اللَّهُمَّ مَالِكَ المُلْكِ تُؤْتِي المُلْكَ مَن تَشَاءُ وتَنـزِعُ المُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الخَيْرُ إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

يا جماهير مصر الصابرة الصامدة، يا أبطال الحرية وأنصار الحق، يا أهل التضحية والفداء، نحييكم فردًا فردًا، رجلاً وامرأةً، شابًّا وفتاةً، طفلاً وطفلةً، مسلمين ومسيحيين، تحيةً من أعماق قلوبنا ونشدُّ على أيديكم ونقبل جباهكم، ونحمد الله أن أزاح عن صدورنا جميعًا كابوسًا خانقًا، وطاغيةً مستبدًّا، وأزاح عن شعب مصر العظيم غلالة الغبار حتى ظهر معدنه النفيس للعالم أجمع بأنه شعب- وإن كان صبورًا- إلا أنه يأبى الضيم ويثور على الظلم ويعشق الحرية والكرامة، فهنيئًا لكم هذه اللحظات الكريمة المباركة التي كانت ثمرة عظيمة لثورة مباركة

Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai kuasa! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang dikehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Wahai rakyat Mesir yang sabar teguh, wahai pahlawan kebebasan dan kebenaran, wahai sang pejuang yang sanggup mengorbankan apa sahaja, kami menyambut anda semua, lelaki dan wanita, pemuda dan pemudi, putera dan puteri, Muslim dan Kristian. Salam takzim daripada lubuk hati kami dan kita bersama saling berpegangan tangan, dan syukur kami kepada Allah yang mengeluarkan kita semua daripada mimpi buruk dan cengkaman kezaliman. Kini telah dihapuskan daripada kita rakyat Mesir segala debu yang menjadi tayangan kepada alam seluruhnya bahawa mereka adalah (selepas lama bersabar) rakyat yang tidak sekali-kali tunduk mengalah menuntut kebebasan dan maruah. Nikmatilah saat-saat penuh keramat dan barakah hasil kebangkitan yang diberkati.


وأنتم أيها الشهداء يا من ضحيتم بحياتكم في سبيل الله، ومن أجل تحرير أهلكم ووطنكم، تحيةً خالصةً لكم في أرقى مكان وأكرم جوار، في أعلى الجنان وجوار الرحمن، ومع حزننا العميق لفراقكم فإن سلوانا أنكم لستم أمواتًا ولكنكم أحياء في الجنة تمرحون (ولا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ * فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ويَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ ولا هُمْ يَحْزَنُونَ

Dan untuk para syuhada yang telah mengorbankan nyawa demi Allah dan demi kebebasan keluarga juga negara mereka, setulus ucapan kami kepada mereka yang kini di sebaik-baik tempat termulia di sisi Ar-Rahman. Meskipun perpisahan ini menyedihkan, namun kami penuh yakin bahawa anda tidak mati bahkan akan hidup selamanya di syurga Allah


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.


وتحيةً لجيش مصر العظيم الذي حمى الثورة منذ نزل إلى الشوارع وأمن الناس والمؤسسات بعد انسحاب الشرطة، وتلاحم مع المتظاهرين، ورفض محاولات توريطه والإيقاع بينه وبين الشعب، ولا عجب!! فالجيش هو جيش الشعب، وأبناؤه هم أبناء الشعب، ونحن نثق في أن السلطة التي اُئتمن عليها بصفة مؤقتة سوف يتم نقلها بطريقة سلمية إلى أهل السياسة؛ للحفاظ على مدنية الدولة وديمقراطيتها وإقامة المؤسسات التشريعية فيها وفق انتخابات حرة نزيهة

Salam penuh hormat kami juga buat angkatan tentera Mesir yang memelihara kebangkitan ini sedari awal semenjak ia bermula di jalanan, juga menjaga keselamatan rakyat dan harta benda selepas tindakan pihak polis yang berlepas tangan. Mereka juga menolak segala usaha dipergunakan untuk bertembung dengan kehendak rakyat. Tiada yang pelik. Kerana tentera ini adalah tentera rakyat, mereka adalah sebahagian rakyat ini, kami memberi kepercayaan bahawa kuasa pemerintahan sementara yang diamanahkan kepada mereka ini akan diserahkan secara aman kepada ahli-ahli politik, demi sebuah negara madani demokrasi dan pembentukan pemerintahan yang berdasarkan pilihanraya yang bebas dan adil.


وإلى الثائرين فى كل ربوع مصر، ولا سيما الشباب منهم، نقول: إن المرحلة الأسهل قد انتهت، رغم مرارتها وقسوتها؛ ألا وهي مرحلة هدم النظام الفاسد، أما المرحلة التالية فهي المرحلة الأصعب، وهي مرحلة بناء نظام جديد على أسس صحيحة تحترم فيها الحريات العامة وحقوق الإنسان وكرامته، وتتوزَّع فيها الثروة بطريقة عادلة، ويقام فيها العدل والمساواة وتكافؤ الفرص بين المواطنين، وتطبق فيها قواعد العدالة الاجتماعية، وتبنى مؤسسات الدولة على مبادئ وقيم وقوانين سليمة، ويكافح فيها الظلم والفساد، ويحارب الاستبداد حربًا لا هوادة فيها ولا تهاون معها

Dan untuk penuntut-penuntut perubahan di seluruh pelusuk Mesir, khususnya kepada pemuda, kita katakan: “Sesungguhnya fasa yang sebenarnya mudah telah berakhir, meskipun dipenuhi kepahitan dan kekejaman; iaitu fasa menghancurkan regim korupsi. Kini, fasa berikutnya adalah tahap yang lebih sukar, waktu untuk membina sistem baru berdasarkan asas kebenaran di mana kebebasan dan hak-hak asasi manusia dan maruah dihormati.


Seterusnya pengagihan segala sumber kekayaan berasaskan keadilan, penegakan keadilan dan kesamarataan peluang antara warganegara. Perlaksanaan peraturan keadilan sosial serta pembinaan asas negara berteraskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai serta undang-undang yang sejahtera. Menumpaskan semua ketidakadilan dan kerosakan moral juga menentang sebarang bentuk kezaliman tanpa noktah apalagi untuk berkompromi dengannya.


أيها المواطنون الشرفاء.. لقد حققتم بفضل الله مكاسب عظيمة، فلا بد من حراستها والحفاظ عليها، وهذا يقتضي الاستمرار في اليقظة والانتباه والوحدة والإيجابية، والحب والتواصل، وفقنا الله جميعًا، وسدد على طريق الحق خطانا وحقق آمالنا لشعبنا وأمتنا ووطننا

(وقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ ورَسُولُهُ والْمُؤْمِنُونَ)

Wahai rakyat yang penuh kemuliaan. Anda telah pun mencapai kejayaan dengan bantuan Allah. Maka peliharalah ia sebaiknya. Bersiap siagalah sepenuh perhatian, jagalah kesatuan, kasih sayang dan hubungan kalian. Semoga Allah membimbing kita semua dan membetulkan dengan tepat setiap langkah yang diambil demi memenuhi harapan kami dan juga rakyat, bangsa dan negara.


Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.


Sumber: Ikhwan Online

14 February 2011

Tun M kata Taib Mahmud jangan jadi seperti Mubarak




Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.

Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.

Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.

Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.

Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.

Abdul Taib pada minggu lalu berkata, belaui mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.

Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu. - Malaysiakini

p/s: Taib Mahmud dah jadi seperti Mubarak dah, cuma rakyat masih belum gulingkan dia lagi..

Sedikit tentang Taib Mahmud..

13 February 2011

Debat ala Ali-Rustam, sama sahaja dengan gangguan ceramah yang mereka lakukan di Melaka.

Ajakkan berdebat oleh KM Melaka Ali Rustam yang di siarkan di dalam akbar Sinar Harian bertarikh hari ini 13/2 sesuatu yang di nanti-nantikan khususnya Pakatan Rakyat di Melaka.

Ajakkan berdebat sebelum ini telah kerap kali di saran oleh Pakatan Rakyat di Melaka khususnya parti PAS yang sebelum ini pernah beberapa kali menghantar surat kepada Ali Rustam untuk berdebat tentang beberapa isu negeri Melaka seperti sekolah Harapan, pembaziran wang rakyat dan lain-lain.

Adalah suatu yang menghairankan akhir-akhir ini apabila Ali Rustam sendiri mengutarakan cadangan dan kesediaannya untuk berdebat dengan pimpinan PAS Melaka. Kemungkinan keberanian yang datang untuk berdebat adalah untuk membina kembali kredibiliti Ali Rustam yang telah di pelekehkan pembangkang Melaka dan kemungkinan besar adalah faktor PRK Merlimau yang bakal di adakan.

Rakyat Melaka khususnya sangat menantikan debat tersebut.

Tetapi malangya, ajakkan berdebat cara Ali Rustam kelihatan aneh memandangkan cadangan beliau untuk mengadakan debat adalah di pentas berbeza dan barangkali dengan jarak tertentu. Idea cara debat Ali Rustam juga adalah dengan menjawab tuduhan satu persatu dari tuduhan pembangkang yang di lihat kerap kali di lakukan BN-UMNO Melaka di sepanjang berlangsungnya ceramah PAS.

Perdebatan cara Ali Rustam ini langsung tidak tumpah dengan situasi yang di alami PAS Melaka, khususnya di kawasan beliau, Parlimen Bukit Katil. Sebelum ini telah sedia maklum setiap kali ceramah PAS berlangsung di sekitar Bukit Katil, pasti akan ada satu lagi ceramah UMN-BN di sebelahnya. Dan pastinya ceramah BN-UMNO tersebut hanyalah untuk menyerang dan menjawab tuduhan dari ceramah PAS yang berada bersebelahan.

Apa yang saya boleh simpulkan, cabaran debat Ali Rustam itu hanyalah untuk memberi kredit dan gambaran kepada rakyat Melaka khususnya bahawa kononnya Ali Rustam seorang yang berani, memandangkan isu berdebat ini hangat di perkatakan di peringkat nasional. Maka demi meraih credit dan pengaruh rakyat Melaka khususnya memandangkan Merlimau bakal di adakan pilihanraya.

Saya lampirkan link beberapa artikel lepas yang saya tulis tentang ganggun ceramah atau 'debat cara AliRustam' UMNO di Melaka di SINI(1), sini(2), sini(3) dan sini(4),

Inilah 'debat' ala Ali Rustam.

p/s: terlondeh lagi kredibiliti Ketua Menteri Melaka ini..






[PRK Merlimau] Ceramah TG Nik Aziz meriah. Ceramah BN pula hambar


Malam semalam telah berlangsungnya ceramah perdana di Dataran As-Solihin, Merlimau yang mengundang penceramah utama iaitu Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, YB Saifuddin Nasution, YB Anthony Lok dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Ceramah perdana tersebut mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Merlimau dengan bilangan hampir mencecah lebih kurang 2000 orang yang hadir.


Melepaskan dahaga selepas berceramah



TGNA mengingatkan agar kita tidak lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah



Rakyat yang hadir




Peringatan dari TGNA




Ucapan penceramah begitu baik dan padat dengan fakta terutamanya ucapan dari YB Saifudin Nasution yang telah mendedahkan pelbagai kepincangan negeri-negeri yang di perintah BN dengan memberikan perbezaan sebelum dan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih negeri-negeri yang di menangi seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Isu hutang kerajaan negeri yang di tinggalkan BN kepada kerajaan PR, hasil balak di Kedah, elaun guru di Pulau Pinang, air percuma di Selangor, kepimpinan ulama di Kelantan dan lain-lain.


Pimpinan PR yang hadir




YB Saifudin Nasution berucap

Ceramah TG Nik Aziz juga tidak lepas dengan peringatan demi peringatan kepada umat Islam dan bukan Islam yang hadir. Kepimpinan dan ketokohan seorang ulama jelas kelihatan apabila ucapan TGNA tidak lekang mengingatkan manusia tentang dosa, pahala dan syurga neraka di samping memberi perbezaan antara Islam dan nasionalisme yang PAS dan UMNO bawa.


Ribuan rakyat yang hadir



Dataran As-Solihin sesak dengan pengunjung





Namun demikian, walaupun Melaka sering di katakan sebagai kubu kuat BN. Tetapi malam tadi menjadi bukti bahawa BN tidaklah sekuat mana, mereka juga sedang mengalami ketakutan memandangkan mereka juga turut membuat ceramah berhampiran ceramah PAS berlangsung. Beberapa petugas telah meninjau ceramah mereka dan mendapati lebih kurang 60 orang hadirin yang hadir, kebanyakannya golongan tua. Beberapa risalah dan akhbar mereka turut di edarkan sebagai bahan kempen awal mempengaruhi penduduk.


Ceramah BN..


Ceramah penerangan akan di teruskan dari semasa ke semasa di Merlimau. Sila layari blog rasmi PRK N27 Merlimau di http://pasprkmerlimau.blogspot.com. dan facebook PRK N27 Merlimau.


12 February 2011

[PRK Merlimau] TG Nik Aziz merasmikan Markas Induk N27 Merlimau

Berlatar belakangkan markas Induk PAS N27 Merlimau


YB Salahudin di temubual wartawan


Lambaian seorang pejuang...


TGNA mengakhiri masjlis dengan doa


Ust.Ghani, PJ Melaka turut hadir


TGNA memberikan ucapan



Ketibaan TGNA ke Markas Induk PAS N27 Merlimau


YB Salahudin bersama rakyat


Maklumat semasa boleh layari blog rasmi N27 Merlimau di http://pasprkmerlimau.blogspot.com/