29 November 2010

UMNO: Di tipu dan Menipu


Bersandarkan kepada sejarah Islam dalam dunia Melayu, apabila Inggeris menguasai Tanah Melayu, agama Islam diiktiraf sebagai agama negara yang dimaktubkan dalam perlembagaan Negara tanpa meletakkan apa-apa bantahan oleh kuasa penakluk itu ketika pengisytiharan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957.

 

Lantaran kejahilan dalam gelombang politik antarabangsa di samping kegairahan pemimpin yang dianggap jaguh rakyat itu yang membawa pulang sekalung kemerdekaan tanpa disedari kita telah dialpakan oleh tipu daya penjajah Inggeris. Adalah sesuatu yang amat janggal apabila Islam diterimahanya sekadar upacara dan amalan dalam urusan peribadi, tetapi dipinggirkan perlembagaan yangmenjadi nadi kekuatan pada Islam.

 

Itulah antara sebab mengapa UMNO dipilih oleh Inggeris untuk diserahkan kemerdekaan kerana UMNO ketika itu bukanlah sebuah pertubuhan yang berasaskan perjuangan Islam maka kepentingan dan hak bangsa sahaja dianggap menjadi pioriti bukannya Islam.

 

Kelemahan para pemimpin UMNO akhirnya terperangkap dengan menerima perlembagaan yang ditulis penjajah Inggeris yang hanya memperkatakan Islam sebagai agama Negara tetapi undang-undang dan sistem yang ada pada Islam tidak dijadikan sebagai sebahagian dari perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

 

Sebahagian besar dari undang-undang negara sekarang yang diguna pakai oleh kerajaan BN untuk mentadbir negara ini adalah berpaksikan undang-undang penjajah Inggeris. Sejarah kemerdekaan banyak negara di dunia ini menggunakan formula yang sama sebagaimana digunakan dalam kemerdekaan Tanah Melayu.

Penjajah akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang pro kepada mereka dan bukan kepada penentang Penjajah. Walhal penentang penjajah inilah sebenarnyamerupakan wira-wira pejuang yang sanggup mempertahankan negara dan hak mereka tanpamembuka selangkah ruang untuk dikuasai oleh penjajah

Dalam hubungan ini PAS adalah parti politik yang berteraskan perjuangan Islam dan orang Melayu yang menjadi musuh ketat kepada penjajah Inggeris di Tanah Melayu pada ketika itu. PAS sentiasa merancang dan melaksana pelbagai gerakan sama ada gerakan dakwah maupun perang saraf untuk menghalau penjajah dari bertapak di sini. Gerakan-gerakan penentangan yang dipelopori oleh guru-guru sekolah agama rakyat menjadi tunjang kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris. Inilah antara penyebab mengapa Inggeris terlalu marah kepada gerakan dan pertubuhan Islam.

 

Parti Islam ini menjadi penentang kuat kepada perlaksanaan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibuat Inggeris, Perlembangaan Persekutuan Inggeris yang langsung tidak membuka ruang kepada perlembagaan yang berteraskan hukum Islam dianggap satu penghinaan yang besar kepada orang Melayu dan agama Islam. PAS ketika itu menganggap kemerdekaan Tanah Melayu adalah separuh masak.

Oleh sebab itu Inggeris menyedari bahawa UMNO dapat  meneruskan misi Inggeris di negara ini disamping dapat membendung kebangkitan Islam yang dipelopori PAS. Penggunaan sebahagian besar perlembagaan British oleh Malaysia selepas 50 tahun merdeka serta menolak perundangan Islam secara menyeluruh adalah bukti sebenar UMNO bukanlah berjuang untuk kepentingan Islam.

 Islam cuma dijadikan boneka apabila sekian lama kuasa Mahkamah Sivil melebihi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Selepas merdeka UMNO meneruskan kesinambungan Penjajah Inggeris melenyapkan sejarah Islam dikalangan orang Melayu. Contohnya UMNO terlibat dalam usaha melenyapkan tulisan jawi yang merupakan bahasa perantaraan Al-Quran dalam sistem pendidikan negara suatu ketika dahulu. Mereka yang tidak dapat menguasai tulisan jawi akan jahil seumur hidup terhadap kitab suci orang Islam atau orang Melayu itu. Pelbagai lagi tanggungjawab yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk membawa misi mengembalikan Islam kepada orang Melayu gagal dilaksanakan.

 Amat menjijik dan memalukan apabila sebuah pertubuhan yang bergelar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu serta melaungkan sebegitu gah perjuangan membela orang Melayu tetapi menjadi gunting dalam lipatan meruntuhkan budaya dan pegangan orang Melayu secara halus dan terancang.

 Memang ada sebab dan buktinya apabila seseorang berkata Dosa UMNO ke atas orang Melayu begitu besar.

 Tidak ada gahnya bila UMNO memperkatakan tentang kehebatan nasionalisme yang menjadi tunggak perjuangan mereka lahir dari iltizam dan inspirasi orang Melayu-Islam di negara ini. Ia sebenarnya tersasar jauh dari dasar perjuangan UMNO yang dilaungkan ketika menuntut kemerdekaan dahulu. Sedangkan hakikatnya Islam hanyalah dijadikan topeng yang digunakan untuk menarik simpati orang Melayu menyokong perjuangan yang berteraskan nasionalisme itu.

 Ini disebabkan pembuktian sejarah hari ini menunjukkan kekuatan, kehebatan dan ketamadunan Melayu itu sebenarnya terjelma kerana wujudnya kecemerlangan Islam. Tetapi kehebatan,keagungan dan kecemerlangan Islam bukan disebabkan oleh ketamadunan Melayu. Dan Melayu hanya menumpang kehebatannya dengan berpautpada ketamadunan dan kegemilangan Islam.

Tapi UMNO  masih tak sedar diri, Dulu Kini dan Selamanya..Hidup Melayu!!!

Wallahualam


27 November 2010

Video: Mayat masih Hidup??



p/s: ..wallahualam..mungkin ada sesuatu yang boleh di pelajari..

26 November 2010

Ulama UMNO: Tak Wajar Ungkit Isu Memali..(..???)


Ulama UMNO: Tak Wajar Ungkit Isu Memali (sumber)

Komentar: Saya tak menyalahkan ulama' UMNO, mungkin itu pandangan mereka..cuma mungkin  juga di harapkan ulama UMNO ini mampu menentukan kewajaran memperingati pahlawan yang terkorban di Hari Pahlawan yang di sambut setiap tahun. Mungkin fokus kepada kewajaran cara sambutan yang di lakukan..apakah wajar atau tidak?

Andai mereka mengatakan ketidak wajaran menyambut Hari Memali atas dasar Sahabat nabi lain tidak pernah menyambut hari kewafatan Nabi dan Khalifah Islam dahulu, dan ketidak wajaran menyambut Hari Memali atas dasar tidak mahu menyamakannya dengan kaum lain yang menyambut hari kematian atau kewafatan pemimpin-pemimpin mereka seperti gol.Syiah atau masyarakat Jahilyyah dahulu dengan melakukan pelbagai bentuk ritual dan sambutan yang tidak sepatutnya. Maka mungkin mereka juga boleh mempertikaikan bentuk sambutan menyambut Hari Pahlawan yang sambutannya juga tidak sepatutnya yang di ajar dalam Islam

Memperingati Peristiwa Memali sekadar memberitahu tentang sejarah yang semakin di lupakan. Sejarah ini bukan sekadar berhubung kait dengan soal keadilan, tetapi soal agama, soal demokrasi yang di cabul, soal penyalahgunaan kuasa dan akta, buka soal politik semata-mata.

Adakah ianya tidak wajar di kenang?..rasanya tiada sambutan melampau yang dilakukan selain memberi sumbangan kepada waris memali yang masih ada. Adakah mereka mahu menyamakan sambutan memperingati Memali dengan sambutan puak syiah dan kaum Jahiliyyah yang mengoyakkan baju, memukul badan, menjerit sana sini dll..? Atau mungkin mereka boleh persoalkan sambutan mmeletakkan bunga di Tugu Negara sempena hari Pahlawan setiap tahu..saya rasa Ulam UMNO tahu sangat hukumnya..


Peristiwa ini semakin di mamah usia dek sejarah yang di padamkan oleh pihak peemrintah. Kerana peristiwa ini akan membuka aib pihak pemerintah ketika dahulu. Andai ia diingati dan terus diingati, maka rakyat akan tahu sebenar kisahnya..anak-anak yang tidak lahir ketika itu juga akan mengenang peristiwa yang tidak beri kemanusiaan itu. Namun andai ia luput dan terus luput..ia bukan sekadar memadamkan plot cerita kisah tersebut, tetapi memadamkan juga kezaliman yang di lakukan pemerintah pada waktu itu...yang sehingga hari ini ia masih tetap di teruskan...

Wallahualam


25 November 2010

UMNO Negeri Melaka pula ganggu ceramah PAS Kawasan...


Pengerusi JKKK Negeri Melaka


Malam ini bakal menyaksikan pertarungan senget sebelah..'pertarungan' "Debat"..UMNO dan PAS. Ini bukan kali pertama "Debat" ini berlaku, sebelum ini telah banyak kali berlangsung. Cuma kali ini kelihatan UMNO betul-betul mahu tunjukkan "kejantanan" mereka akibat menerima tekanan demi tekanan.

Sebelum ini ceramah PAS Kawasan Bukit Katil sering di ganggu oleh UMNO yang turut sibuk mengadakan ceramah di tempat yang sama..malam ini bezanya, UMNO sudah "upgrade"..Jika dahulu PAS Kawasan Bukit Katil ber"debat" dengan UMNO Bahagian Bukit Katil, kali ini kelihatan UMNO peringkat Negeri Melaka pula turun menggantikan UMNO Bahagian Bukit Katil..

Mungkin antara sebabnya (berdasarkan ceramah UMNO sebelum ni):

1) Ceramah UMNO Bahagian kelihatan ramai kerusi ..jadi kali ini mahu meraih ramai lagi kerusi..

2) Menjanjikan lebih banyak lagi "lucky-draw"..jika sebelum ini buah durian dan beras..mungkin kali ini mana tau dapat motor sebijik..tak pun percutian 2 hari 3 malam ke Mongolia bersama Najib dan Rosmah.

3) Pemimpin UMNO yang datang berceramah, kebanyakkan orang yang sama, yang dah expired, yang banyak membebel dari fakta..jadi kerusi pun naik muak dengar..

4) Ali Rustam semangat sikit nak turun sebab peringkat negeri..walaupun standard dia taraf JKKK..

5) sebab UMNO dah nak mampus...


Kesimpulannya, jelas menunjukkan UMNO tiada kekuatan lagi..sehingga terpaksa mengerahkan seluruh jentera mereka di seluruh kawasan untuk berkampung mengganggu ceramah PAS Kawasan Bukit Katil. Penduduk Melaka khususnya akan melihat dan menilai bagaimana perangai kebudak-budakkan UMNO ini..

p/s: Biasalah orang dah nak mati, perangai pun pelik-pelik..just wait n see..

23 November 2010

Formula to find page number in Al-Quran


Would like to share with you a formula for memorizing the Qur'an pages (On a standard size Qur'an - Madina Al Munawwarah).

Pay attention carefully; its very easy:-

Qur'an has 30 Juzu's (parts)


Example 1 

If you want to know the 5th Juzu' of the Quran is on which page?

Take 5 (the fifth juzu') 5-1 = 4, the answer 4 x 2 = 8 then insert 2 after 8 which shows 82
Now look at the Quraan and you will see The 5th Juzu' begins on page 82.


Example 2

10th Juzu' 10-1 = 9, the answer 9 x 2 = 18 then insert 2 after 18
which shows 182
Now look at the Quraan, you will see the 10th Juzu' begins on page 182.


Example 3

Juzu' 23, 23-1 = 22, the answer 22 x 2 = 44 then insert 2 after 44
which shows 442
Now look at the Quraan, you will see the 23rd Juzu' begins on page 442. 
Moreover, the Juzu' starts from the top of the pages & ends on the bottom of the pages


Subhanallah...so you can try for another juzu'...Good Luck.


Ajaran Sekular BN-UMNO


Kerajaan Barisan Nasional semakin rakus dengan sikap ingin terus berkuasa. Mereka masih beranggapan mereka adalah parti yang memerintah, padahal mereka tidak sedar bahawa tempoh mereka telah hampir luput, stamina mereka telah berkurang dan terus berkurang. Hari ini cabaran kerajaan Malaysia di bawah pemimpin-pemimpin BN lebih mahu menyelamatkan parti dari menyelamatkan negara. Sebab itu hari ini, kerajaan Malaysia yang di terajui Barisan Nasional terlalu banyak kepincangan. Kedurjanaan dan kerakusan kerajaan BN dengan sikap ingin berkuasa terus menerus melakukan pelbagai penyelewengan, korupsi dan huru-hara.

Apa yang membimbangkan adalah dari sudut sosial dan agama yang semakin di jauhkan. Sekularisme yang mendarah daging semenjak merdeka telah membusuk, berulat sehingga kesannya telah tampak hari ini. Inilah yang memberi tanda bahaya kepada negara kerana didikan ajaran sekularisme dengan ajaran agama yang di tolak begitu sombong oleh kerajaan Malaysia di bawah BN. Walaupun ada penyelesaiannya yang cuba di lakukan, tetapi penyelesaian demi penyelesaian itu hanyalah berkepentingan dengan tiada keihlasan.

Sebagai contoh, pendidikan seks yang bakal di ajar nanti bagi menangani masalah sosial dan akhlak seperti buang bayi. Yang mana ini adalah cadangan untuk kesekian kali selepas penubuhan sekolah hamil, pemberian kondom, menubuhkan rumah bayi yang di buang dan lain-lain.

Ia menjadi bukti kerajaan Malaysia di bawah BN terlalu sombong dan bodoh untuk menerima pakai sistem pendidikan Islam yang acap kali di cadangkan. Penyelesaiannya hanya berkisar soal untuk mudah, cepat, dan singkat. Ianya tak lain tak bukan pasti membabitkan pengorbanan tenaga, masa dan yang paling utama wang ringgit..wang ringgit dari poket rakyat.

Itulah BN atau bahasa mudahnya di kenali dengan UMNO yang Melayunya lebih Melayu dari orang Melayu dan Islamnya lebih Islam dari orang Islam. 

Apakah kita tidak melihat bagaimana kebiadaban pemimpin BN/UMNO ini terhadapa ajaran Islam, bagaimana Islam di label sendiri dengan pelbagai jenama. Islam yang di praktikkan oleh mereka-mereka yang bukan ahli sehingga ada yang menghina hukum, syariat dan ulama'-ulama' yang ikhlas membawa Islam.

Mungkin saya boleh beri contoh, bagaimana penghinaan pemimpin UMNO/BN terhadap hukum hudud, pengzahiran yang salah tetang Islam dalam busana Muslim oleh isteri menteri, penghinaan dan fitnah terhadap ulama'-ulama' gerakan Islam melalui media, gambaran di dalam drama dan rencana yang di kaitankan dengan Islam seperti kemiskinan, jumud, konservatif dll. Paling malang kepada mereka yang menjadi syaitan bisu..menjadi bisu di depan pemimpin sekular mereka. 

Atas dasar itu PAS bangkit menentang. Kerana menentang tak bererti melawan, menentang tak bererti menghukum, tetapi menegur dan menasihat, seperti mana yang telah di katakan oleh Hasan al-Hudaibi," Kita adalah para Daie, bukannya hakim yang menjatuhkan hukuman". Atas sebab itu PAS bukan sekadar parti, tetapi suatu gerakan Islam yang bukan suatu fahaman seperti mana UMNO dengan fahaman kebangsaan, tetapi sebagai suatu cara hidup...cara hidup Islam.

Sifirnya mudah, andai kerajaan BN/UMNO menerima Islam, dalam erti kata mengubah dasar dan perlaksanaan kepada Islam. Nescaya tidak akan ada yang menentang, bahkan sanggup bekerja sama. Dan yang paling penting, segala permasalahan terutamanya masalah sosial dan akhlak pasti dapat di selesaikan dengan mudah kerana dalam Islam penyelesai segala masalah..soalnya yakin atau tidak sahaja.

Allahuta'ala 'alam

21 November 2010

Malangnya Bahasaku

Bahasa orang dipuja dipuji
bahasa sendiri dicerca dikeji.


Bahasa orang dihormati
bahasa sendiri dibiar mati.


Bahasa orang dinilai dihargai
bahasa sendiri diabai dibenci.


Bahasa orang diyakini
bahasa sendiri disangsi.


Bahasa orang dianggap berguna
bahasa sendiri dipandang hina.


Bahasa orang dinobat dipelihara
bahasa sendiri disekat didera.


Bahasa orang dijunjung dijulang

bahasa sendiri dirundung malang.


Bahasa orang digilap gemilang
bahasa sendiri malap dan hilang.

15 perkara yang mengundang Bala' Allah kepada manusia



Allah menurunkan bencana ke atas umat manusia berlandaskan banyak faktor, termasuk sebagai menguji keimanan mereka atau menghukum di atas kesalahan yang dilakukan.

Firman Allah bermaksud:

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang di berikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap oarng yang sombong lagi membanggakan diri,” (Surah al-Hadid, ayat 22-23)

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad s.a.w ada menerangkan mengapa manusia ditimpa bencana. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana. Iaitu:-

1.    Apabila kebendaan menjadi matlamat dan tujuan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tidak mentadbir dunia dengan agama Allah dan tidak menunaikan amanah.

2.    Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa.)

3.    Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.    Apabila suami terlalu mentaaiti isteri.

5.    Apabila anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6.    Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.    Apabila kedengaran banyak bunyi bising daripada segala macam sumber ciptaan manusia yang dahagakan hiburan yang melalaikan.

8.    Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal duniawi dalam masjid.

9.    Apabila yang menjadi pemimpin itu ialah orang yang zalim, bukannya orang yang baik.

10.    Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya (zalim).

11.    Apabila arak menjadi minuman biasa.

12.    Apabila melanggar larangan memakai pakaian yang dikhususkan untuk wanita. Iaitu memakai pakaian yang diharamkan unrtuk lelaki (memakai sutera).

13.    Apabila kaum wanita sanggup menghiburkan lelaki yang bukan mahramnya.

14.    Apabila wanita memainkan alat muzik sehingga melalaikan orang lain daripada mengingati Allah dan mencari keredhaan-Nya.

15.    Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu. (Umat sekarang menyalahkan sahabat nabi atau ulama-ulama muktabar yang terdahulu).


Allahuta'ala'alam

20 November 2010

18 November 2010

Ulama Muda UMNO Solat Macam Yahudi????


Berikut ini adalah artikel yang dipetik dari blog al-Fadhil al-ustaz Zamihan al-Ghari yang mendakwa kaum Wahabi bersembahyang macam Yahudi. Di dalam artikel berkenaan disertakan dengan gambar dan video cara kaum Wahabi dan Yahudi bersembahyang. Disertakan juga video seorang sedang solat berjamaah, kemudian dia berjalan mengambil dan mendukung anaknya. Menurut catatan di bawah gambar berkenaan: 
"Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda UMNO yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat.." 


Solat Macam Yahudi

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan solat sebagaimana diajarkan Nabi SAW dengan memenuhi rukun, syarat sah dan beberapa aksesori sunat yang lain. Cara pelaksanaan begini boleh didapati melalui keterangan ayat2 suci al-Qur'an dan hadis2 yang sahih, hasan dan dhaif. Lisan ulamak mujtahid memudahkan kita untuk mencontohi sifat solat Nabi SAW. Semua ini mudah diperolehi dalam pelbagai mazhab muktabar. Disini kami bawakan satu alternatif Sifat solat Nabi SAW menurut mazhab al-Syafie yang dipersembahkan Tuan Guru Kami syeikh Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Syafie al-Asya'ri. Buku ini saya terjemahkan sebagai peneguhan hujjah mazhab al-Syafie, sebagai respon Sifat Solat al-Baani dan juga jawapan terhadap ciri2 solat syiah.

Awas! Jangan belajar solat dengan fahaman Wahhabiy kerana mereka mengajar cara solat persis Yahudi. Anda boleh telusuri SOLAT YANG PELIK LG TAK BENAR di bawah ini;

Pelampau Wahhabi akan mencela sesiapa yang bersolat tidak meletakkan kedua tangannya di atas dada. Bagi mereka, sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka solatnya dianggap tak betul. Sebahagian wahhabiy mendakwa tidak sah. Ketentuan ini dilihat ada persamaan dengan cara 'solat' Yahudi. Yahudi meletakkan kedua belah tangan mereka di atas dada dan mendakwa sesiapa yang tidak berbuat demikian maka 'solat'nya dikira tidak sah!. Sila lihat buktinya dari awal hingga akhir persamaan di antara mereka (wahabi-yahudi).












Kesimpulannya :

1) Tunaikanlah solat dengan sempurna sebelum masa berangkat tiba. Kesempurnaan solat pemangkin integriti.
2) Ciri-ciri solat Nabi yang sahih boleh diperolehi melalui kitab-kitab karangan ulamak muktabar. Bukannya melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai ulamak.
3) Dapatkan kitab kami di atas sebagai satu solusi solat sempurna. Selagi stok masih ada.
4) Jangan bersolat cara syiah atau cara Wahhabiy persis yahudi. Bersolat cara sunni. Insya Allah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar.


15 November 2010

UMNO Pejuang Islam..


Sebelum ini UMNO telah mengistiharkan negara Malaysia sebagai negara Islam pada 29 September 2001. Mereka telah mendakwa inilah Islam Hadhari yang mereka anuti..pada ketika itu. Iaitu Islam yang di hadirkan kemudian. 

Mungkin atas sebab itu UMNO berani mengatakan mereka bukan sahaja pejuang Melayu, tetapi juga pejuang Islam. Bahkan menyalahkan PAS yang sendiri menyelewengkan Islam. Seperti yang galak di mainkan akhir-akhir ini apabila Pakatan Rakatan rakyat bersatu bersama DAP. Sikit-sikit isu PAS menjual Islam, DAP pula di tuduh ekstrim Islam.

Inilah sebenarnya taktik UMNO..iaitu taktik "Keliru dan Kawal"..

Mengelirukan rakyat khususnya dengan polemik agama atau Islam, dengan ideologi Islam yang mereka bawa. Ideologi Islam untuk Melayu sahaja..ideologi Islam Hadhari (Islam yang bersandar kepada kemajuan, bukan kemajuan yang bersandar kepada Islam), momokan Negara Islam oleh PAS kepada orang bukan Islam di Malaysia, Tuhan Samseng, Hukum Hudud, Kalimah Allah,  dan lain-lain. Selain kekeliruan istilah yang mereka lakukan seperti rasuah dan salah guna kuasa, hukum hudud dan potong tangan, zina dan sumbang mahram dll..Hairannya, Ulama' UMNO juga tenggelam dengan kekeliruan yang di mainkan pemimpin mereka. 

Taktik kawal atau sekat, iaitu dengan pelbagai akta dan sekatan, ISA, OSA, AUKU, Akta Mesin Cetak, selain sekatan media, kongkongan dari Pembangkang membuat penjelasan. Lebih hodoh lagi bila penjelasan itu pula di selewengkan. Realitinya apa yang kita lihat hari ini. Pihak media milik UMNO terpaksa bersaing bersama media alternatif menawan isu, sehingga bukan isu pun di jadikan isu..isu yang layak ditong sampahkan. 

Dua taktik ini adalah resepi UMNO. Mereka mahu rakyat bersama mereka di dalam kekeliruan asbab kejahilan diri. Tetapi bila rakyat cerdik, mereka akan guna taktik 'kawal' untuk memberi tahu mereka berkuasa. 

Dan dengan kuasa itulah UMNO menunjukkan mereka 'pejuang' Islam dengan menutup surau, merobohkan masjid, menghalang ceramah agama dan kuliah-kuliah, mengawal dan menafikan sekolah agama, melucutkan ahli jawatan kuasa masjid dan surau dan sebagainya. 

Inilah tindakan kuku besi, drakonian dan autokratik yang hampir sama dengan trend tinndakan komunis dan yahudi. Inilah proses pembodohan kepada rakyat oleh UMNO yang mereka kata mereka itu pejuang Melayu Islam, di saat mereka mengatakan negara ini sebuah negara Islam. Dan inilah jenayah besar dan mengaibkan kepada agama oleh UMNO.

Sebab itu bila orang kata musuh no.1 negara apa?..jawabnya Dadah. Padahal syirik yang di lakukan UMNO itu lebih bahaya kepada negara. UMNO lah yang mengelapkan sejarah kemerdekaan dengan menghilangkan peranan ulama dan pejuang agama yang juga berperanan menghalau penjajah seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi dan lain-lain. Hari ini muka surat sejarah hanya gambar muka pemimpin UMNO sahaja yang di lihat memperjuangkan negara dan agama.(walaupun tak di nafikan sumbangan mereka). tetapi biarlah adil.  

Hari ini terbukti di mana peranan Ulama'..terutamanya golongan Ilmuan agama yang bekerja di bawah UMNO. PM Negara yang setiap tahun 'sembah' tugu negara tidak di tegur. Yang keluar lesen judi, arak dan maksiat buat-buat tak nampak. Yang terang-terang hina hukum Allah, hina Nabi tidak di tegur..bila di tanya mengapa, katanya biar cara 'hikmah'..diam-diam jangan mengaibkan pemimpin. Peliknya, bila puak Pembangkang buat, cepat pula menegur walaupun mereka dapat berita dari membaca Utusan Malaysia atau melihat TV1 dan TV3.

Inilah fitnah yang berlaku..fitnah buat umat Islam yang dilakukan oleh UMNO. Umat Islam tercari cari yang mana sebenarnya acuan Islam khususnya melalui pendekatan politik. Walaupun ada golongan yang tolak terus politik asbab kekotoran yang ada padanya, walhal ianya di kotorkan oleh politikus yang tak bertamadun seperti UMNO. Tetapi bagi mereka yang mahu mengambil keseluruhannya Islam, politik tidak harus di tinggalkan. Usaha berterusan harus dilakukan bagi menjernihkan politik agar ianya menjadi siasah, yang berladaskan Al-Quran dan Sunnah...sememangya ia suatu proses yang panjang. Keledak yang di tinggalkan UMNO selama 50 tahun lebih sangat sukar di tanggalkan.

p/s: slogan UMNO dulu kini dan selamanya pun dah nampak ke'syirik'anya...


Islam acuan UMNO di Melaka..hasil tarbiyah Ali Rustam



Tak hairan lah...


Mahkota Hospital Melaka TIdak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung

Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak 
dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Janganlah sampai kita jadi macam Indonesia. Pekerja2 perempuan diberi arahan secara terbuka untuk tidak memakai tudung. Sekiranya mereka memakai tudung, nescaya mereka dibuang kerja.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunnyaan Singapura.



14 November 2010

Hari Wukuf di Arafah pada tahun ini jatuh pada Hari Isnin 15/11/2010



Wukuf

  1. Wukuf di padang Arafah adalah untuk mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan  ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
  2. Nabi Adam dan Hawa telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah SWT.
  3. Mengikut pengertian wukuf di Arafah bererti berhenti seketika di padang luas itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik.
  4. Para jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, solat sunat, membaca al-Quran, bermunajat dan berdoa di padang Arafah, begitu juga bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Sunat juga berpuasa pada hari Arafah. 
  5. Berdoa di Padang Arafah dikatakan sangat dimakbulkan oleh Allah. (antara tempat dan masa yang paling mustajab doa di makbulkan)
  6. Berwuquf di padang Arafah  memberi gambaran keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Wallahu'alam

Firman Allah SWT, “Hai malaikat-Ku! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku. ‘‘Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”