Semalam telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat
Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di
Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan
iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti.
Program yang berlangsung di Dewan Rakyat DAP ini bertujuan bagi
mengumpul dan mengerakkan jentera pemuda ketiga-tiga parti bagi menghadapi pilihanraya
umum yang akan datang selain bertujuan membangkitkan semangat para petugas
pemuda pakatan rakyat Melaka untuk terus komited dengan gerak kerja.
Antara pimpinan pemuda pakatan rakyat pusat yang hadir adalah Timbalan
Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Ketua AMK Pusat, Shamsul
Iskandar dan Ketua DAPSY Pusat, YB Anthony Loke selain beberapa pimpinan pemuda
pakatan rakyat negeri Melaka.
Dalam ucapan Ketua AMK Pusat, Saudara Shamsul Iskandar , beliau
memberitahu bahawa gangguan yang di lakukan UMNO Melaka dalam setiap program
yang di laksanaka Pakatan Rakyat Melaka menjadi bukti bahawa UMNO sudah
tertekan.
Dan di khabarkan pada masa terdekat UMNO Bukit Katil akan melancarkan
Kelab Penyokong BN Bukit Katil walaupun Parlimen Bukit Katil telah di menangi
BN dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam menang di dalam DUN di Parlimen
ini. Ini petanda BN semakin terdesak untuk meraih penyokong.
Oleh: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
No comments:
Post a Comment