31 March 2010

Fastest BMW Model - faster than Lamborghini and Ferrari






 p/s: excited...

Beberapa tempat di percayai Kitab Injil asli disorok


Di manakah kita boleh mencari kita injil yang asli?

Terdapat di beberapa tempat, iaitu:

1. Disorok dan dipelihara di dalam perpustakaan rahsia Vatican

2. Di gunung-gunung terpencil di Ethiopia. Dipelihara dalam bahasa Afrika purba dan hampir pupus.

3. Di dalam beberapa gereja purba di Timur Tengah

4. Di tempat kelahiran Nabi Isa a.a.

Wallahualam




30 March 2010

Mati di depan kamera..

Kematian menjemput tanpa kita sedar..

Ada yang mati ketika berucap di hadapan orang..




Ada yang mati ketika bersukan...




Ada juga mati ketika sedang berlawak..




Maka beruntunglah mereka yang mati dalam keadaan baik..(khusnul khatimah)


Atau mati syahid..Allahuakbar!!


"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki.." Ali-Imran 169


p/s: bagaimana pula kesudahan kita nanti...

Pengambilan arak, Malaysia negara top 10 di dunia


Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.


"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.


Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan. Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.


Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.


Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.


"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.


"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.


Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.


Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.


"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.


"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.


Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.


Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.


"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.


"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.


Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

29 March 2010

Pulau Besar Melaka..port 'syirik' dan 'khurafat'..


Nampaknya di Melaka ni macam-macam ada.


Kuliah agama,jangan cakap, hampir di seluruh pelusuk masjid dan surau di Melaka ada. Sesuailah dengan kelambakan masjid-masjid dan surau-surau yang ada di Melaka yang juga menjadi bukti Melaka sebuah negeri Islam..yah..negeri Islam..


Tapi... 


Melaka juga ada banyak 'kuliah' maksiat. Hampir di seluruh pelusuk lorong-lorong dan bandar-bandar. Sesuialah dengan kelambakan kelab-kelab malam, pusat judi yang ada di Melaka yang juga menjadi bukti Melaka sebuah negeri Maksiat..yah negeri Maksiat..


Penemuan 'lama' yang di 'baru'kan mendapati di Pulau Besar Melaka, yang dahulunya terkenal dengan pusat aktiviti syirik dan khurafat rupa-rupanya masih berlaku sekarang. Saya tak hairan sebab Pulau Besar itu sampai sekarang masih di kunjungi 'pelancong' yang datang untuk meminta nombor ekor, yang membuang ancak, dan ada yang datang untuk menziarahi kubur lama, bukan pada hari raya sahaja, tapi setiap hari untuk melakukan aktiviti yang merosakkan Aqidah manusia.


Lihat bagaimana Pulau Besar Melaka menjadi syurga pemuja kubur, kaki khurafat, syirik dan bid'ah. Macam-macam kepercayaan. Sampaikan ada di suatu tempat, sesiapapun tak dibenarkan berkasut. Hendaklah berkaki ayam kerana mereka anggap tempat itu suci. Di tempat itu nanti, pengunjung boleh meletakkan hajat yang telah ditulis di atas kertas.


Selebihnya boleh lihat sini


p/s: Melaka banyak pulau..yang terbaru, Pulau Melaka..ada masjid besar baru buat kat situ, tak ramai makmum..ALi Rustam sorang je yang sembahyang kat situ sebab kerajaan Melaka memang prihatin..

27 March 2010

Jangan bermusuh Perkasa jika mahu menang pilihan raya



KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Pada masa yang sama Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mahu Umno kembali kepada landasan perjuangan asal jika mahu kekal berkuasa.

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa yang penuh istiadat Melayu termasuk keris sebagai simbol perwiraan Melayu, di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Ibrahim, oleh kerana Umno adalah parti Melayu yang memperjuangkan Melayu maka ia mesti tegas mengenai kepentingan dan tuntutan Melayu.

“Kalau mahu kekal relevan sebagai parti Melayu dan mendapat kembali sokongan padu daripada umat Melayu,” katanya lagi.

Kata Ibrahim, apa yang menyedihkan ialah ada juga parti Islam yang menjual Islam demi kepentingan diri sendiri dan sanggup diperkudakan.

“Ada pemimpin Melayu yang dianggap hebat, kita tahu siapa orangnya, yang menjadi dalang sehingga menimbulkan masalah sekarang ini dan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

“Tokoh ini nampaknya disokong oleh beberapa kerat pemimpin Amerika, Australia dan satu dua negara Islam liberal.

“Malah kemuliaan ulama besr Al-Qardhawi juga diperdagangkan untuk kepentingan dirinya,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, umat Islam, Melayu dan Bumiputera juga mula merasa terancam dan tergugat kerana segolongan anasir bukan Melayu, anasir bukan Islam dan anasir bukan Bumiputera di negara ini nampaknya sedang bangkit untuk memperkukuhkan identiti etnik masing-masing menerusi pendekatan di luar rang kerja Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan seperti ini membimbangkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera.

“Tindakan ini juga seolah-olah merupakan satu revival atau pembaharuan semangat kepada perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ di tahun-tahun 1960-an walaupun Malaysia sedang dalam era perjuangan membina negara dan menyatupadukan warganegaranya menerusi konsep 1 Malaysia,” katanya.

Kata Ibrahim, berdasarkan soal survival, kelangsungan dan soal hidup matinya umat Islam, Melayu dan Bumiputera beliau terdorong untuk mentafsirkan perkembangan di Malaysia akhir-akhir ini seolah-olah serupa dengan perkembangan sosiopolitik dan ekonomi yang mengiringi tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

“Pada ketika itu, kerajaan gagal untuk menangani masalah ekonomi, sosiobudaya dan politik Malaysia yang majmuk.

“Pada ketika itu terdapat elemen-elemen antinasional, termasuk segelintir pemimpin utama parti-parti politik pembangkang di Malaysia termasuk Tan Chee Khoon dan Lim Kit Siang yang turut hadir di upcara membakar Jalur Gemilang dan membakar Perlembagaan Persekutuan mengikut apa yang saya diberitahu,” katanya.

Malangnya kata beliau, beberapa aktor politik yang membakar bendera Malaysia dan membakar Perlembagaan Persekutuan ini masih lagi hidup pada hari ini.

“Mereka mendukung perjuangan merealisasikan konsep ‘Malaysian Malaysia’ sama ada menerusi jalan yang terang atau menerusi jalan yang samar-samar atau mengubah strategi dengan menukar kepada dasar ‘Middle Malaysia’ dan memutarbelitkan konsep 1 Malaysia, sebagai dasar hak sama rata semua bangsa yang akan sama dengan ‘Malaysian Malaysia’ atau ‘Middle Malaysia’,” katanya lagi.

Ibrahim mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan isu konsep ‘Malaysian Malaysia’.

Beliau mengajak orang Melayu dan Bumiputera supaya insaf, sensitif dan tegas dalam menentang perebakan konsep ‘Malaysian Malaysia’ di negara ini.

“Kita kena bersikap demikian kerana sasaran utama konsep ini adalah umat Islam, Melayu dan Bumiputera terutama sekali mengenai keistimewaan mereka yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Lebih serius lagi jika dianalisis secara lebih mendalam, konsep ‘Malaysian Malaysia’ juga disasarkan kepada agama Islam, institusi raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu yang kesemuanya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.” MalaysianInsider

p/s: hebat betul Perkasa ni..

Kes Malek Hussein: Keputusan mahkamah retrogresif, tidak adil


PETALING JAYA: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyuarakan rasa kecewa terhadap keputusan Mahkamah Rayuan kerana menolak keputusan Mahkamah Tinggi menghadiahkan RM2.5 juta kepada bekas tahanan ISA Abdul Malek Hussein.

"Malek bukan sahaja dinafikan RM2.5 juta tetapi diarah oleh mahkamah untuk membayar RM50,000 pula sebagai kos," kata penyelaras SUARAM, E Nalini dalam satu kenyataan semalam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi berikutan dari rayuan kerajaan Malaysia dan memutuskan penahanan Abdul Malek adalah sah di sisi undang-undang.

Mahkamah juga menafikan beliau di dera ketika dalam tahanan.

Beliau berkata, "penghakiman itu bersifat retrogresif dan secara terang-terang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia yang asas dan universal.

Menurut beliau, SUARAM yang berkempen supaya ISA dihapuskan sejak 1989, melihat keputusan mahkamah ini sebagai satu hari yang gelap untuk hak asasi manusia di negara ini.

"Keputusan mahkamah ini dilihat sebagai memihak kepada mereka yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan keadilan kepada mangsa-mangsa mereka," ujar beliau.

Malek ditahan pada malam 25 September 1998 selepas berceramah dalam satu perhimpunan pada sebelah petang itu di Masjid Negara.

Beliau mendakwa polis menderanya dengan teruk, secara fizikal dan mental.Ketika perbicaraan yang lalu, Malek memberitahu mahkamah beliau ditampar oleh responden, Borhan Daud ketika ditahan. Kemudian beliau ditelanjangi dan ditutup mata semasa tempoh soal siasat.

Beliau didera secara fizikal sebanyak 60 kali, dipukul dan kepalanya dipukul dengan kuat sehingga beliau membuang air besar. Beliau dipaksa minum sejenis air, dipercayai air kencing. Mereka yang menderanya juga mengancam untuk menyuntik beliau dengan virus HIV/AIDS.

Malek memfailkan saman pada Mac 1999, menamakan pegawai cawangan khas, Borhan Daud; Abdul Rahim Noor, ketua polis negara pada ketika itu dan kerajaan sebagai responden.

Pada 18 Oktober 2007, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada ketika itu, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dalam satu keputusan yang bersejarah memutuskan penahanan Malek dalam demonstrasi reformasi pada 1998 dibuat dengan niat jahat di bawah Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan. Beliau dihadiahkan RM2.5 juta sebagai bayaran ganti rugi.

26 March 2010

Isu Karikatur Nabi: muhasabah buat kita semua



"Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina. Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarang perkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek,"
kata Vilks dalam satu temu bual di Stockholm (sumber)


Ini antara alasan yang di berikan oleh musuh Islam ini apabila di tanya mengenai tindakannya melukis karikatur Nabi s.a.w.

Apa perasaan kita mendengar dari kata-kata yang keluar dari mulut Vilks ini? Kurang ajar bukan?

Itulah realitinya. 

Puncanya? kita sendiri tahu, soalnya sekarang apa tindakan kita? sejauh mana pendirian kita sebagai seorang muslim yang benar-benar sayangkan agama, sayangkan Nabi. 

Boikot barangan Sweden? atau angkat senjata, senapang, parang, pisau?

Atau paling 'koman', rasa benci di hati.

Ingat kita akan di tanya di hari kiamat nanti apa pendirian kita, apa yang kita dah buat apabila agama Islam di hina, Nabi kita di caci, Al-Quran di pijak..kita akan di soal apa yang kita dah lakukan untuk mempertahankan maruah agama kita yang di hina puak kuffar. Kalau kita diam, melihat tanpa rasa 'sakit hati' dengannya, 'check' balik iman kita. Jangan ingat amalan sembahyang, puasa, sedekah kita akan jamin 100% kita ke syurga kalau kita sendiri tiada rasa terpanggil untuk membela agama yang di hinjak-hinjak oleh musuh.

Muhasabah buat saya dan kita semua. Wallahualam.


 


Demonstrasi- jangan soal HASIL-nya, tapi soal-lah USAHA kita..

Bukan main hebat polis sekarang..


Sejak kerajaan mengumumkan imbuhan dan bonus kepada pak-pak polisi akhir-akhir ini, kerap sekali polis dilihat begitu rajin membuat siasatan terhadap pemimpin-pemimpin negara yang menjadi suspek atau yang memang bersalah atau memang tak bersalah (sbg contoh Zul Noordin, Zahrain, V,Sivakumar dll). Hairan juga..hinggakan teks khutbah jumaat hari ini (tempat saya, tak tau tempat lain sama ke tak) pun cerita tentang kehebatan polis. Saya yakin, polis begitu jujur cuba menyelamatkan politik negara dari sebarang masalah, tetapi jangan dilupa dengan masalah sosial negara. 


Harapnya pak polisi jangan lupa tanggungawab mencari penjenayah-penjenayah 'low-profile' yang bebas bertebaran di dalam negara ini. Walaupun di khabarkan indeks jenayah menurun tapi itu indeks jenayah di atas kertas, bukan jenayah di dalam masyarakat. Dalam berita masih kedengaran lagi tentang jenayah, bunuh, dera, ragut setiap hari.


Kadang-kadang asyik tangkap dan siasat ikan-ikan jerung, ikan-ikan bilis yang banyak tu pula gembira bebas. Saya terfikir juga, kalau mahkamah pun boleh buat begitu, maksudnya kalaulah mahkamah boleh berlaku adil dan tidak berselindung dengan jerung-jerung besar ni kan elok, pelik asyik ikan-ikan bilis je yang di dakwa..mungkin kerajaan perlu beri insentif pada hakim dan peguam kot..Wallahualam.


p/s: sepandai-pandai 'katak' melompat, akhirnya di siasat polis juga..



Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Tak Lama Lagi



PETALING JAYA: Kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam tadi membuka laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil bagi edisi ke-10 selepas pilihan raya umum 2008.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi berkenaan.

"Mengikut prosedurnya kita perlu mendapatkan notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu.

"Selepas notis dikemukakan, SPR akan bermesyuarat sebelum mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan secara rasmi," katanya kepada mStar Online di sini malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam ini, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Allahyarham mengambil cuti sakit.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata pilihan raya kecil akan diadakan kerana kekosongan berkenaan berlaku dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertama kali Dewan Rakyat bersidang.

"Bagi kes kekosongan ini, pilihan raya kecil akan diadakan bagi memilih wakil rakyat baru kerana ia masih berada dalam tempoh tiga tahun selepas Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali... iaitu selepas pilihan raya umum yang lalu," katanya

"Melainkan jika tempohnya melebihi tiga tahun daripada tarikh awal Dewan Rakyat bersidang... pilihan raya kecil tak perlu diadakan sehinggalah Parlimen dibubarkan," katanya. - mStar

Sarkozy janji haramkan pakai purdah


PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berjanji akan mengharamkan pemakaian purdah dalam kalangan wanita Islam di negara itu dengan alasan mahu melindungi maruah wanita.


Beliau membuat pengumuman itu selepas perbahasan selama beberapa bulan mengenai isu berkenaan.


"Pemakaian purdah adalah bercanggah dengan kehormatan wanita," kata Sarkozy.


"Tindakan yang akan diambil ialah mengharamkannya dan kerajaan akan membentangkan rangka undang-undang mengenainya," katanya.


Sebuah jawatankuasa Parlimen pada bulan lalu mencadangkan langkah lebih ringan iaitu melarang pemakaian purdah di dalam pengangkutan awam dan premis kerajaan seperti pejabat pos, universiti dan hospital.


Sarkozy sebelum ini menyatakan pemakaian purdah melambangkan penindasan ke atas wanita dan tidak dibenarkan di Perancis- Sinar


p/s: apa kita nak jawab dengan non-muslim andai kita di tanya, adakah pemakaian purdah itu suatu bentuk penindasan kepada wanita?..

25 March 2010

Akan wujudkah pilihanraya kecil di Selangor??


Manusia merancang, Allah juga merancang. Adakah kali ini SPR akan berdolak-dalih? Kali ini ada ahli parlimen yang meninggal, bukan letak jawatan, kena 'culik' atau pun yang 'malas'. Meninggal-meninggal ini bukan perancangan manusia, apatah lagi perancangan BN. Ini perancangan Allah. 


Itulah hikmah di sebalik isu ahli parlimen Titi Tinggi yang menarik balik surat perletakan jawatan (walaupun dengan sms). BN boleh memper'kuda'kan SPR apabila adanya isu seperti ini. (contoh seperti Pasir Seputeh dan Titi Tinggi). Mereka boleh memberi pelbagai alasan dan hujah bagi membolehkan tiadanya Pilihanraya kecil, dalam usaha mereka untuk memancing ahli parlimen bagi menambahkan kerusi mereka (BN) dan mengurangkan kerusi PR di Parlimen.


Andai SPR benar-benar mahu memulihkan kembali integriti mereka, jangan banyak beralasan.


Biar rakyat menghukum BN melalui pilihanraya. 


p/s: BN kembali berpeluh..


Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal..Al-Fatehah


Berita Terkini yang baru KBSB terima dari Sdr Aswadil Azmir : Al-Fatihah-Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 Tahun, meninggal dunia di rumahnya di alamat Batu 9, 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam sebentar tadi.


Allayarham sebelum ini terlantar di rumahnya di Kajang, Selangor dalam keadaan tidak dapat berinteraksi walaupun masiih sedarkan diri. 


Allayarham di beritakan meninggal dunia di sebabkan barah otak yang di alaminya. W'A


Al-Fatehah.

Karpal Singh is an expired dinosaur, says Zul Noordin



Independent member of parliament Zulkifli Noordin on Thursday, March 25 dismissed demands by DAP Chairman Karpal Singh to name the persons who allegedly ordered Zulkifli to implicate the prime minister in the death of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu.


The Kulim-Bandar Baharu MP on Wednesday claimed he was ordered to obtain sworn statements to link Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor in Altantuya's murder with Zulkifli revealing that he was offered "rewards" for the "mission".


The allegations were brought up again on Thursday when Karpal (Bukit Gelugor-DAP) used his time on the royal address debate to challenge Zulkifli to expose who had given the orders.


Karpal also challenged Zulkifli to also lodge a police report, warning that making a false report could land the latter with a criminal charge.


When approached for comment, Zulkifli repeatedly maintained, "This has nothing to do with him (Karpal). This has nothing to do with Karpal unless he feels it (terasa)".


To repeated questions, Zulkifli said he would not reveal more details as he had "said enough" on Wednesday and that his intentions were not to embarrass people but to show "the severe culture of slander".


Zulkifli, who was recently sacked from Parti Keadilan Rakyat (PKR), also said preparations were underway for him to meet with Najib but declined to reveal what he would tell the prime minister."


That's between me and the prime minister. Are you the prime minister?" Zulkifli quipped.While laughing off Karpal's challenges, Zulkifli retorted against the DAP veteran, "Karpal dinosaur luput. You can quote me" and "Karpal naik kapal".


Zulkifli had briefly acted as defence lawyer for Chief Inspector Azilah Hadri, one of the two special action force officers accused of murdering Altantuya, while Karpal had held a watching brief for Altantuya's family during the lengthy trial in 2007.


Azilah and Corporal Sirul Azhar Umar were found guilty and sentenced to death by the Shah Alam High Court in April 2009 for the murder.


M-Today


p/s: zaman firaun kecil ada dinosaur kah?

Lagi cerita Sejadah Berdiri??


Gambar hiasan


Penduduk Weston, di Sabah gempar setelah menyaksikan kejadian ajaib bagaimana sehelai sejadah yang digunakan untuk solat tiba-tiba terbentuk duduk seperti solat.


Kejadian ajaib itu berlaku di rumah Puan Asimah Bte Edinin (tidak mahu gambarnya disiarkan) yang merupakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Pekan Weston kira-kira jam 8.30 malam Isnin.


Menceritakan saat-saat keajaiban itu, beliau berkata pada mulanya suaminya baru selesai solat Isyak dan setelah melipat dan mengemas sejadah yang digunakannya itu suaminya meletakkannya dekat dinding. Kira-kira jam 8.20 beliau pula mengerjakan solat Isyak.


Apabila saya memulakan solat, saya terasa seram sejuk dan selepas rakaat terakhir tahiyat akhir, dan memberi salam ke kanan, saya begitu terperanjat lalu menjerit apabila mendapati sejadah yang terletak dekat dinding yang telah digunakan suami betul-betul duduk berada di belakang saya dan keadaannya tidak lagi berlipat tetapi terlonggok seperti orang duduk,” katanya.


“Apabila mendengar jeritan suami saya lalu bergegas masuk ke bilik dan dia juga amat terkejut menyaksikan kejadian itu,” katanya.Asimah juga memberitahu semasa solat dia terasa seperti ada orang sedang berada di belakangnya dan menyentuh bahu kanannya namun beliau tidak peduli kerana masih khusyuk mengerjakan solat.


Suami beliau, Hamid Baba ketika ditemui berkata, selepas solat Isyak beliau telah melipat sejadah itu dan meletakkannya dekat dinding dan beliau juga amat terperanjat apabila melihat sejadah itu duduk.


Hamid berkata pada kebiasaannya selepas solat beliau akan mengemas dan melipat sejadah itu dengan kemas.


“Sejadah ini adalah permaidani yang lembut dan bukan mudah untuk mendudukkannya dengan cara apa yang berlaku dan kami bukan mereka-reka kejadian ini dan demi Allah ia berlaku sedemikian dan merupakan antara kejadian ajaib menunjukkan kebesaran Allah,” kata Hamid dan isterinya.


Selepas kejadian itu, rumah Hamid menjadi tumpuan bukan saja penduduk Weston bahkan ada yang datang dari sekitar Pekan Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok, Sipitang dan Kota Kinabalu.


Hamid berkata ratusan orang ramai telah datang menyaksikan sejadah itu dan beliau memberikan peluang mereka untuk menyaksikan kejadian ajaib itu kerana ia sesuatu kejadian yang jarang berlaku.


p/s: confirm makcik ni kena qada' balik solat dia, tak habis solat dah jerit..adoi aii..dunia..dunia

Konstabel naik pangkat automatik antara insentif baru polis


KUALA LUMPUR, 25 Mac — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif kepada pegawai dan anggota polis sebagai dorongan untuk mereka memberikan perkhidmatan terbaik.

Pengumuman Perdana Menteri itu dibuat beliau ketika merasmikan sambutan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini.

Insentif berkenaan ialah:

1) Elaun bulanan RM200 kepada 33,000 pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas am.

2) Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun. Kedua-duanya berdasarkan tempoh perkhidmatan.

3) Kerajaan mencadangkan balai-balai yang cemerlang dan terbaik diberikan penghargaan khas berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka.


Mengumumkan perkara itu hari ini, Najib berkata pemberian elaun itu akan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM84 juta setahun.

Melalui pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009, anggota berpangkat Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun perkhidmatan, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun, katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

“Inisiatif penambahbaikan ini akan melibatkan lebih 52,000 anggota lain-lain pangkat,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Najib dalam ucapannya turut mencadangkan supaya balai polis yang cemerlang diberikan penghargaan khas berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka.

“Apa yang diberikan hari ini sebagai menunjukkan sokongan dan dorongan kerajaan atas jasa anggota polis yang bertugas demi bangsa dan negara,” katanya.

Selain itu, Najib turut menekankan tiga nilai utama iaitu integriti, keberkesanan dan keberhasilan yang perlu dipegang oleh seluruh warga PDRM dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat terutama untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan selamat.

Tiga nilai itu penting terutama dalam usaha mengurangkan kadar jenayah yang menjadi satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).


“Mengurangkan jenayah merupakan satu misi nasional yang menjadi agenda penting kerajaan.

Tugas tersebut bukan sahaja menjadi tanggungjawab polis tetapi juga Menteri Dalam Negeri serta saya sendiri sebagai ketua kerajaan yang turut bertanggungjawab kepada rakyat untuk menjayakan matlamat ini,” katanya. Najib berkata sejak NKRA diumumkan tahun lepas dengan mensasarkan penurunan kadar jenayah sebanyak lima peratus menjelang tahun 2010, ia mula menunjukkan tanda positif apabila dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, ia turun sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.


Beliau berkata permulaan ini memberi petanda serta dorongan yang baik bagi meneruskan momentum untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI). “Jika nak berjaya perangi jenayah perlu tentukan kekuatan dalam semua aspek bukan sahaja anggota dan tiga nilai yang dinyatakan tetapi juga kemahiran-kemahiran baru seperti teknologi, alat komunikasi terbaik serta dalam semua aspek,” katanya. Perdana Menteri memberi contoh balai polis bergerak yang ada perlu mempunyai kelengkapan alat komunikasi lebih efisyen agar para anggota di balai mudah berhubung dan mengambil tindakan secepat mungkin sekiranya kejadian jenayah berlaku. — Bernama

p/s: Patutlah Hisyamudin kata indeks jenayah dah turun...betul ke..?

24 March 2010

Bukti UMNO tolak Islam, tolak Hudud, tolak Al-Quran



-click utk gambaran besar-

Ini surat lama, pada tahun 1996. Tapi bukan bermakna hari ini UMNO tidak lagi menolak Islam, menolak Hudud atau Al-Quran. Hari ini lahir ramai 'ulama' dan 'tok guru UMNO' yang telah mengeluarkan 'fatwa' songsang (seperti 'ustazah' Masyitah) dan berlagak lebih tinggi ilmunya dari orang lain hingga merendah-rendahkan orang lain.('tok guru' UMNO ) malah ada yang menghina Ulama' (video).
Terlalu banyak bukti jika mahu di bongkar menunjukkan UMNO dan pemimpin UMNO menolak Islam, menolak dan menghina Hudud (video). Mari kita teliti ungkapan pujangga pemimpin UMNO-BN ini.
1) "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidangMajlis, Tertinggi Umno, 1994
2) "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
3) "PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)
4) "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim
5) "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan " Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
6) "Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor
7) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan
8) "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
9) "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
10) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja" Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992
11) "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan" Sulaiman Daud temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993
12) "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahanrakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992
13) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam" Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994
14) "Apa erti negara Islam jika mundur" Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99
15) "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak" Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992
Dan banyak lagi..Wallahualam..
p/s: Hari ini ada cerita kes bunuh di akhbar..(click)..hari juga ada cerita kes lacur-melacur..(click)..macam-macam..

Kali ini apa pula cerita SPR..?


Ternyata SPR begitu berat sekali untuk membuat keputusan bagi mengadakan pilihanraya kecil di Perlis sedangkan Adun Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah pun menghantar surat perletakan jawatan kepada speaker Perlis Datuk Yazid Mat.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, beliau tidak akan mengesahkan kekosongan Dun selagi Ahli perlimen Titi Tinggi tidak memaklumkan kepada speaker Perlis sedangkan speaker Perlis itu telah pun menerima surat tersebut 22 Mac lalu.

"Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu, bahawa beliau tetap akan menyokong Barisan Nasional dan tidak akan letak jawatan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

SPR masih lagi bersoal tentang hal ini. Sedangkan Ahli Parlimen Titi Tinggi itu telah pun membuat keputusan untuk mengosongkan jawatannya. Sekali lagi rakyat dapat menilai kredibiliti SPR dalam mennagani isu ini. Sejauh mana rakyat dapat menilai bahawa adakah SPR itu benar-benar telus ataupun menjadi 'remote-control' kerajaan BN. Wallahu'alam

Pejuang Melayu Tulen pun ada saham judi?

Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

p/s: Perkasa..perkasa...

23 March 2010

Gunakan Kalimah Allah.. Bukan Takat Benarkan Tapi Pinda Rukun Negara Terus!

Masalah kekeliruan berkenaan Kalimah Allah itu bukan datang dari kita (orang Islam), melainkan kita sendiri jahil mengenainya..


Mungkin ramai pihak tidak menjangka ia akan pergi sejauh ini. Terutamanya pihak Kristian yang bersungguh-sungguh mahu kalimah Allah diizinkan. Mereka yang selama ini menyangka bahawa PAS ini radikal, ala Taliban, al-Qaeda dan seterusnya rupanya lebih terbuka dan lebih toleransi dari UMNO yang selama ini mereka anggap satu-satunya parti yang bersikap toleransi.

Ramai yang tidak menjangka PAS akan berpendirian bahawa kalimah Allah boleh dibenarkan penggunaannya kepada penganut agama lain.

Belumpun hilang rasa terkejut, semalam satu kejutan lain dari PAS melalui presidennya. Katanya, bukan setakat dibenarkan penggunaan kalimah Allah, tapi meminta agar rukun negara dipinda. Beliau mencadangkan agar 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah kepada 'kepercayaan kepada Allah.'


Pilihan Raya Kecil pertama di Perlis?


KUALA LUMPUR :
Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?

Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.

Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.

Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.

Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008. ERAPAKATAN