16 February 2012

13 February 2012

Tahniah DPPNM Atas Kejayaan Program JOM Ubah semalam !



Ketua Pemuda Pas Melaka, Hj Yuhaizad memberi ucapan di program Perasmian



Ketua Pemuda Pas Pusat bersama Exco Pusat dan negeri bergambar bersama pemuda tempatan di gelanggang Sepak Takraw


Ust. Khalil Abd Hadi turun bermain takraw


Konsert JOM Ubah menampilkan Zuar XPDC


Band anak melaka yang berbakat besar


Sesi tazkirah ringkas dari ust.khalil di konsert malamnya




Dewan Pemuda PAS Melaka semalam telah menjayakan program Jelajah Orang Muda dengan jayanya dengan tema Orang Muda Jom Ubah di Dun Merlimau.

Program besar ini merupakan program yang di rancang oleh DPP Malaysia dan di gerakkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri sebagai mesej khusus kepada golongan muda yang menjadi agen perubahan kepada lanskap politik Melaka.

Program yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi ini turut di hadiri beberapa pimpinan Pemuda Pusat seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh, Pengarah Pilihanraya, Saudara Sany Hamzah, dan beberapa AJK Pemuda Pusat seperti Saudara Suhaizan Kaiat, Ustaz Khalil, Saudara Sharom dan lain-lain.

Program ini di laksanakn sepanjang hari sehingga malam di mulai dengan kuliah subuh sehingga ke konsert anak muda pada sebelah malamnya. Pelbagai aktiviti yang di laksanakan seperti program sukan bersama anak muda, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, program berbentuk kebajikan seperti ziarah kebajikan ke rumah orang miskin dan ziarah medik.

Selain itu program mendekati masyarakat seperti 'Sarapan Rakyat', aktiviti membaiki rumah, dan program penerangan seperti program 'Hit & Run' dan edaran risalah turut di lakukan di sekitar bandar Merlimau.

Program ini mendapat respon yang begitu baik dari anak muda melalui kehadiran mereka yang ramai di konsert pada malamnya yang menjadi acara kemuncak kepada program Jelajah Orang Muda ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap agar program bersama anak muda seperti ini dapat di teruskan sepanjang masa kerana program-program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada anak muda mencuba sesuatu hiburan alternatif yang sihat.

Ianya juga sebagai menyahut hasrat Ketua Pemuda Pusat untuk Pemuda PAS selaku sayap sebuah parti politik untuk tidak mengabaikan anak-anak muda selain dapat memberikan kefahaman kepada anak muda kenapa mereka wajar bersama PAS dan secara lansung mendekatkan anak muda dengan PAS.

Laporan: Ketua Penerangan DPPN Melaka




02 February 2012

Pemandu Bas Melaka Mogok Kerana Gaji Rendah



Kira-kira 50 pemandu Bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru dibawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cutural Tourist Sdn Bhd (PMCT) pagi tadi.

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan RM10 menjadikan tangga gaji sebanyak RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.

Pemandu bas yang tidak berpuashati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam" "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju,Rakyat Miskin" "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49 menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

Beliau menambah  "Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu".

Beliau mendakwa jika mereka bekerja lebih masa dibawah skim gaji yang baru ini dengan bekerja 12 jam sehari mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1300-RM1400.



Pemandu-pemandu bas ini telah mengadakan mogok selama tiga hari bermula 31 Januari 2012 yang lalu.

Melalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1900-RM2100 termasuk komisyen dan elaun, dan apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510. Gaji yang tidak munasabah.

Untuk rekod syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa   daripada syarikat SCOMI Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Kerajaan negeri Melaka di bawah pemerintahan Datuk Ali Rustam di lihatkan sekali lagi gagal dalam menguruskan masalah perkhidmatan awam sedangkan perkara ini merupakan perkara asas dan keperluan bagi rakyat Melaka untuk bergerak.  Apakah kerajaan negeri terlalu sibuk memikirkan soal pelancong dengan pelbagai projek pelancongan sehingga rakyat sendiri terus hidup susah dan terbeban.