11 June 2012

Pemuda PR Melaka komited tawan Seri Negeri




Semalam telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti.

Program yang berlangsung di Dewan Rakyat DAP ini bertujuan bagi mengumpul dan mengerakkan jentera pemuda ketiga-tiga parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang selain bertujuan membangkitkan semangat para petugas pemuda pakatan rakyat Melaka untuk terus komited dengan gerak kerja.

Antara pimpinan pemuda pakatan rakyat pusat yang hadir adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar dan Ketua DAPSY Pusat, YB Anthony Loke selain beberapa pimpinan pemuda pakatan rakyat negeri Melaka.

Dalam ucapan Ketua AMK Pusat, Saudara Shamsul Iskandar , beliau memberitahu bahawa gangguan yang di lakukan UMNO Melaka dalam setiap program yang di laksanaka Pakatan Rakyat Melaka menjadi bukti bahawa UMNO sudah tertekan.

Dan di khabarkan pada masa terdekat UMNO Bukit Katil akan melancarkan Kelab Penyokong BN Bukit Katil walaupun Parlimen Bukit Katil telah di menangi BN dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam menang di dalam DUN di Parlimen ini. Ini petanda BN semakin terdesak untuk meraih penyokong.

Oleh: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka