17 August 2009

Hilangnya Pemuda MIC?

MIC's and MCA's leaders

KUALA LUMPUR: Had umur bagi menjadi ahli Pemuda MIC serta pemegang jawatan dalam sayap kanan parti itu akan dilanjutkan daripada 40 tahun kepada 45 tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertainya, kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, hari ini.

Beliau berkata melalui langkah itu MIC akan mempunyai lebih ramai anggota muda serta mampu menyediakan pemimpin pelapis.

Katanya, sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan pada perlembagaan MIC telah menyiapkan laporannya untuk dibentangkan pada Persidangan Perwakilan MIC ke-63 pada 12 September untuk mendapatkan kelulusan perwakilan.

“Usaha ini penting supaya MIC bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di mana lebih dua juta pengundi baru dari golongan muda dijangka mengundi buat pertama kalinya,” katanya ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC ke-63 di sini.

Walaupun Samy Vellu tidak menyatakan rasional melanjutkan had umur Pemuda, tetapi menurut seorang pegawai MIC, ia adalah berdasarkan kepada fakta bahawa wujud Pergerakan Putera dalam MIC sekarang yang juga mensasarkan golongan muda.

Samy Vellu juga berkata permohonan keanggotan dalam MIC akan diperluaskan melalui ’online’ selepas mendapati ramai golongan muda dan berpendidikan tinggi yang ingin menjadi anggota mendapati sukar berbuat demikian kerana beberapa halangan tertentu. - Bernama

-----------------------------------------------


Dey..roberto, am i looks younger than you..is it?

p/s: Sepatutnya Samy Vellu hadkan umur bagi pemuda MIC kepada 80tahun, baru beliau dapat tergolong dalam golongan Pemuda MIC (umur samy vellu adalah 73thn). Dey thamby..kalu MIC letak 80tahun sebagai had umur bagi pemuda MIC skalipun, tetapi sikap dan perangai ahli-ahli dan pemimpin MIC macam 'Tok Guru' dia, Samy Vellu pun tarak guna dey..ayoyo. Kami dalam Pemuda pun sampai 40 tahun, lebih dari tu kira tua la dey..

No comments: