Jika tidak sanggup memakai serban, biar aku yang 'pakai'kan..
Kesekian kalinya oleh pemimpin UMNO.. (Sumber)
Patutlah UMNO takut untuk berdebat dan berwacana dengan PAS mengenai Perjuangan Islam yang kononnya di bawa UMNO..sebab perjuangan UMNO dulu,kini dan selamanya bersifat Nasionalism Melayu dan taksub perkauman. UMNO memang benar-benar tidak layak untuk bawa Islam..jika ada pun Islamnya, sudah tentu ianya dari bekas UMNO atau acuan karat UMNO yang akhirnya untuk kepentingan UMNO sendiri.
UMNO kini buat hal lagi dengan statement 'kurang ajar' dari kalangan pemimpinnya, sudah pelbagai statement kontroversi, aku tidak hairan jika kontroversinya itu hanya sekitar urusan politik atau luar dari agama. Tetapi anda semua tahu, betapa hina dan jahilnya pemimpin UMNO mempermain-mainkan Islam (agama mereka sendiri), menghina hukum (seperti hukum Hudud), memperkotak-katikkan soal peribadi Rasulullah, sunnah Nabi dan umat Islam itu sendiri. memang DULU, KINI dan SELAMANYA.. (DULU menghina Janggut Nabi (pasal Gillette), KINI hina serban, SELAMANYA hina Hudud..yang masih manjadi bahan hinaan..)
Aku bukanlah mahu menghina secara specifik individu-individu yang terlibat, ianya juga luar dari rasa emosi semata-mata kepada individu terbabit, sebab anda semua sudah maklum. Tambahan pula bulan Ramadhan yang mulia ini. Tetapi ia sekadar renungan dan muhasabah buat kita sebagai umat Islam, andai Islam itu diibaratkan barang dagangan atau barang yang tiada nilai, sudah tentu anda semua tidak rela.
Sudah jelas hukum bagi mereka yang menghina agama. Hina agama yakni dalam ruang lingkup hina hukum Allah, hina Rasulullah atau nabi-nabi lain, hina Ulama', dll samada secara lansung atau tidak. Jangan menjadikan alasan jahil kerana mereka yang tahu mereka jahil sepatutnya menambah ilmu bagi mengisi ruang kejahilannya, jika tidak jangan buat-buat pandai bercakap soal agama, soal hukum. Takut menjadi orang yang sesat lagi menyesatkan.
Berkata Ibnu Taimiyyah dalam menerangkan perihal mereka yang menghina Nabi SAW, iaitu dengan "kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah SAW tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah SAW". Perbuatan mencelah, mengolok-olok atau mencaci Rasulullah termasuk sunnahnya, yakni perkataan, perbuatan atau diam redhanya baginda.
Ibnu Taimiyyah berkata: Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah SAW ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah SAW.
Maka apakah lagi kurangnya hujah atau dalil bagi mereka yang menhina Rasulullah.? Jika menjadikan alasan jahil atau tidak tahu, aku bertanya kepada mereka yang menghina Rasulullah ini, tidakkah menghina Rasulullah itu sama ertinya menghina Islam, kerana apa yang Rasulullah tunjukkan pada kita adalah cara hidup Islam, bahkan kita semua sudah tahu penduan umat Islam itu adalah Al-Quran dan Hadith atau Sunnah nabi. Dan menghina Rasulullah itu sama juga menghina Allah, (menghina kekasih Allah). Justeru apa martabat mereka yang menghina Allah.? Jika ada termometer mengukur kehinaan, sudah tentu mereka ini dibawah paras negatif..
Ada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya". Jadi kesimpulan yang dapat dibuat, Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi SAW adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah SAW adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qat’ie) dan tidak berubah.
Umat Islam harus kembali sedar yang Islam telah dan sedang diserang, bukan hanya serangan senjata, tetapi serangan pemikiran. Fahaman atau ideologi doktrinisasi dari para orientalis yang sedang meresap kedalamumat Islam itu sendiri. Cukuplah dahulu orang kafir menghina Islam, menghina Rasulullah s.a.w, kita tidak mahu lagi Islam dijadikan bahan hinaan, atau diibaratkan seperti Seorang Badut yang di gelak-gelakkan. Muhasabah buat semua.
p/s: aku rasa perlu ada DEMO buat mereka yang menghina serban ni...berdemo sambil memakai SERBAN..Takbir!
"Ya Allah, Engkau adalah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa, Berikanlah kemuliaan kepada orang yang memuliakan agamaMu dan Berikanlah kehinaan kepada orang yang menghina hukumMu. Ya Tuhan Rabbul Izati! Berilah kekuatan kepada kami di dalam menegakkan agamaMu sebagaimana Engkau telah memberi kekuatan kepada kekasihMu Muhammad dan pengikut-pengikut baginda dari kalangan sahabat yang mulia. Amin Ya Rabbal 'Alamin."
No comments:
Post a Comment