09 August 2009

'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan'

Hukuman sebat..kesakitan hanya sementara berbanding kesakitan yang kekal di akhirat

Walaupun Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan khususnya, dan Malaysia umumnya. Kerajaan Kelantan atas kesedaran dan inisiatif sebagai kerajaan negeri telah berusaha untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang peri pentingnya undang-undang atau hukuman Islam ini. Dengan mengadakan sambutan Hari Hududullah pada setiap tahun, dan tahun ini sambutan Hari Hududullah di adakan pada 12 Ogos 2009. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin berkata, sambutan Hari Hudud diadakan setiap tahun sebagai usaha memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat dan undang-undang Islam. (Sumber : HarakahDaily).

Sesungguhnya Allah telah mengamanahkan kepada para pemerintah Islam agar melaksanakan hukum-hukum Islam dengan adil. Tidak berlaku zalim dengan kepada manusia. (tidak menjatuhkan hukuman tanpa bicara, memberi peluang kepada mereka yang dituduh membela diri).

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. An-Nisa’ 58

Dustur atau panduan ini telah tertulis dalam kitab Al-Quran dan dari Hadith nabi s.a.w. Hukuman Allah (Hudud, Qisas, Tanzir, Diyat dll) telah jelas disebut di dalam Al-Quran. Andai Malaysia itu negara Islam, mengapa persoalan hukum Hudud (contohnya) menjadi suatu perkara yang sangat allergic untuk dilaksanakan? Malah hari ini ia turut menjadi suatu perkara yang dipermain-mainkan dan dihina oleh segelintir umat manusia yang jahil.

Dan suatu perkara yang harus dijelaskan, isu hudud ini sering di polemikkan oleh kerajaan pusat dan negeri yang diperintah UMNO, isu Hudud Pas yang dahulunya telah di polemikkan UMNO-BN. Seakan suatu perkara yang boleh diperguna dan dipermainkan, sedangkan Hudud ini adalah soal agama yakni hukum, hukum Allah. Hudud ini bukan kepunyaan sesiapa, bukan kepunyaan Pas atau UMNO-ia kepunyaan dan hak milik mutlak Allah. Hudud Allah yang tidak bersandarkan kepada sesiapa (begitu juga Islam-Islam Hadhari, Islam Sufi, dll jenama hodoh buat Islam). Ia adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hukum Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.

Sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah sebuah nagara Islam maka dia dipertanggungjawabkan. Jika PAS memerintah, maka wajib PAS melaksanakan, begitu juga UMNO-BN. Jika tidak mampu dan tidak berkesempatan maka harus ada usaha kearahnya. Wallahu’alam

Adakah Malaysia negara Islam, atau negara umat Islam..?

p/s : Aku berfikir alangkah baiknya jika sistem jahiliyah yang zalim dan tidak telus di negara ini turut di'hudud'kan, bukan sahaja kepada mereka yang mencuri tetapi dapat..-Hududkan SPRM, Hududkan SPR, Hududkan PDRM, Hududkan Rasuah, Hududkan Sifat Perkauman melampau, Hududkan ketidakbebasan media, Hududkan Kronism, Hududkan penyalahgunaan kuasa, Hududkan mat rempit, Hududkan PPSMI, Hududkan ISA dan banyak lagi..

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hulum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?

Al-Maidah 50

3 comments:

BUJANG SUSAH said...

Salam ziarah saudara... salam perjuangan... Allahuakbar....!!!!

Na'im Nikmat said...

Kalau tak mampu melaksanakan semua jangan ditinggalkan semua,itu yang PAS buat disebabkan tentangan dari UMNO/BN.

LegendZ said...

Bujang Susah: Salam perjuangn too..Allahuakbar!..

Na'im Nikmat: yup, Qawa'idul Fiqh, tak boleh buat semua jgn tinggal semua..tapi masalahnya orang ambik setengah-setengah...nampak islamnya dlm solat, puasa, haji, zakat, maulidur, marhaban, dll..luar pd tu,islam xboleh masuk campur..inilah bahana Sekularisme..dan itulah UMNO..