19 August 2009

Renungan : Kecelaruan Senario dalam Negara

Imagine, how peoples without Islam..

Sekadar luahan rasa.

Setiap hari aku mendengar mengenai kekalutan politik dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Dan hari ini dunia diserang virus H1N1 yang menghantui penduduk dunia. Semua ini memberi impak secara langsung kepada kehidupan manusia sejagat. Di negara kita ini, tidak terkecuali. Selepas kenaikkan harga minyak selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu telah membuat semua orang ramai dalam kekalutan, haru-biru dan menjadi tak keruan, bajet dah lari. Dan rentetan selepas itu pula ditambah dengan pelbagai lagi ’kenaikan’ yang berlaku, barang naik, gula, beras, tol, tambang dan lain-lain semua naik, maka jadinya manusia juga menjadi ’naik’- NAIK MINYAK.

Sangat menyedihkan, semakin hari semakin teruk apa yang melanda Malaysia hari ini, sikap pentingkan diri oleh pemimpin yang berkepentingan dan sikap tidak ambil peduli rakyat yang hanya memikirkan survival diri mereka sendiri membuatkan keadaan negara hari ini menjadi tidak bersistematik (walaupun ada sistem). Malah sistem yang ada sekarang pun tidak mampu di laksanakan semaksimum mungkin (kerana tiada ketelusan). Ya, mungkin kita tidak boleh menyalahkan secara total sistem tersebut, ia sistem manusia, pasti ada kelemahan. Dan kita mungkin harus menyalahkan mereka yang berautoriti terhadap sistem ’buatan tangan’ manusia tersebut.(anda mungkin ada pandangan sendiri)

Mengapa ini berlaku? Jawapanya ada pada dalam diri manusia itu sendiri. Hati yang rakus, tamak haloba, pentingkan diri, dll. telah menjajah menusia dan telah berakar umbi seawal generasi tamadun sehingga sekarang. Manusia yang hanya pentingkan diri sendiri dan lupa atau tak percaya bahawa semua kemewahan, kekuasaan dan apa jua yang mereka miliki akan pupus dan luput apabila mereka mencapai status mayat atau bangkai. Semua meteria-material ini akan hancur.

Andai diperhatikan suasana politik semasa negara sekarang pun kita sudah maklum. Politikus-politikus yang tidak sudah-sudah ’berperang’ fahaman dan ideologi masing-masing. Orang menjadi semakin meluat melihat senario ini, bahkan ada yang terus ’mufarakah’ dengan politik. Adakah setimpal hukuman yang mereka di buat kepada politik jika pesalahnya politikus. Cerminan politik dari bayang-bayang politikus menyerlahkan imej yang buruk. Sehingga menjadikan politik adalah ’haram’ buat mereka yang bergelar muslim (terutamanya) padahal politik itu sebahagian dari Islam. Kerana Islam ini bukan sekadar agama, tetapi sistem atau peraturan hidup.

Walaubagaimanapun, apabila berhadapan dengan kezaliman, wajib sesorang itu menentang (setelah menegur). Bersikap tegas bila berhadapan dgn musuh atau dalam menegakkan kebenaran dan hak sebagai seorang insan yg beragama. Malah ia merupakan salah satu method dakwah, method dakwah bil hikmah, andai cara lembut tidak berkesan, gunakan cara tegas. Bagaimana kita lihat dakwah Rasulullah terhadap Umar Al-Khattab yang ketika itu belum memeluk Islam dan bagaimana dakwah nabi kepada seorang Yahudi yang kencing di dalam masjid. Perbezaan dakwah lembut dan tegas. Setiap orang ada peranan dakwah, berkata Saidina Umar Al-Khattab, barangsiapa yang melafazkan kalimah ’laillahaillallah’ adalah pendakwah, maka amanah ini perlu dipikul mengikut kaedah dan cara masing-masing. Ahli politik dengan kaedah politiknya, pendidik dengan kaedah pendidikannya, peniaga dengan cara perniagaannya, malah bloggers dengan method IT nya..as long semua menjalankan peranan dan usaha.

Melihat kembali suasana politik Malaysia, ramai akan beranggapan negatif dengann tindakan pemimpin-pemimpin politik yang saling bercakaran antara satu sama lain. Gambaran ’cakaran’ ini yang melahirkan rasa meluat dan bosan kepada mereka. Para Hukamak pernah menyebut, mereka yang paling kuat dan berani adalah mereka yang mengatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim. Ia harus ditelan, bahawa kebenaran itu perlu di perjuangankan sehingga habis, dan tabiat-tabiat perjuangan ini semangnya berliku-liku, penuh dengan mehnah, tribulasi dan fitnah dari mereka yang memperjuangkan kebatilan. Sunatullah, ada kebenaran, ada kebatilan.

Namun sifat Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani telah memberikan kita solution terhadap sebarang permasalahan. Sifat Pengasih dan Penyayang Allah ini memperingatkan kita pada sejarah di zaman Raja Namrud, Allah menghantar utusannya Nabi Ibrahim untuk menyampaikan kebenaran, Allah turut menghantar Nabi Musa kepada Firaun untuk menyedarkannya. Dan hari ini, Allah telah menghantar Nabi Muhammad s.a.w lebih 1430tahun yang lampau untuk memberikan kita solution. Iaitu Islam.

Jadi lihatlah apa yang terjadi sekarang. Tidak guna kita asyik berbalah, tapi pada hakikatnya kita masih tidak balik ke pangkal jalan atau berada semula pada landasan agama sebenar. Kalau semua orang berpegang teguh kpd ajaran Islam, tidak akan timbul kesangsian antara kaum, tidak akan ada perbalahan yg sia-sia, segala masalah akan terungkai dan keharmonian akan terjalin, ekonomi akan pulih, kesejahteraan sejagat akan terbentang luas dan InyaAllah penyakit berbahaya turut tiada.(kerana penyakit ini adalah bala’ dari Allah kepada manusia).

Sekali lagi, setiap orang berperanan, bukan para pemimpin sahaja, jangan hanya menunding jari kearah pemimpin Islam sahaja andai kita sendiri tiada usaha dan ikhtiar kearahnya. Kita punyai akal dan fikiran, melihat bukan sahaja dengan mata kepala semata-mata, tetapi juga mata hati yang sentiasa mahukan kebaikan. Wallahu’alam.

Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

Az-Zumar 22

No comments: