18 August 2009

Kali ini 'Mufti' Muhyiddin pula..

Muhyiddin minta Majlis Fatwa ulas tuduhan Nik Aziz

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga kerana menganggap ia Islam palsu yang diamalkan di Palestin.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.

"Saya dah cakap akan keluarlah fatwa-fatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.

"Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.

"Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus," katanya selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Prof Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.

Muhyiddin juga berkata sebagai seorang yang beriman dan faham tentang agama Islam adalah tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Jadi, saya tak tahulah. Banyak yang beliau buat kenyataan yang bagi saya bercanggah dengan Islam itu sebenarnya," katanya.

Beliau berkata jika benar Pas mendakwa ia mengamalkan politik berlandaskan Islam yang sebenar, ahli dan pemimpin lain dalam parti itu perlu menasihati Nik Aziz agar tidak keterlaluan membuat tuduhan.

"Ini bahaya bagi Islam. Memang sebelum ini kita telah menunjukkan hasrat kita untuk bekerjasama untuk membangunkan negara, untuk tujuan umat Islam dan semangat perpaduan.

"Itu Perdana Menteri dan Umno dah sebutkan tetapi dalam keadaan sebegini, tuduhan politik yang menggunakan agama agak menyulitkan. Jadi, saya serahkan kepada beliau (Nik Aziz) untuk fikir apa yang patut," katanya. BERNAMA

--------------------------------------------------------------

Ulama..?..Mufti..?..Kiyai..?

Sekali lagi 'ulama'' UMNO meminta fatwa di keluarkan. Nampaknya setiap bait-bait perkataan yang di keluarkan oleh pemimpin PAS harus di selidik dan dipantau.( lebih-lebih lagi oleh mufti). Saya menyarankan agar UMNO melantik seorang mufti yang berperanan khusus untuk memberi fatwa setiap apa tindakan dan ucapan yang dilakukan atau di ucapkan oleh pemimpin PAS atau pembangkang lain. Ianya penting untuk survival UMNO yang sangat sensitif kepada agama, tidak mahu agama di politikkan, sebab UMNO tidak mahu agama dimasukkan kedalam politik, biarlah politik, politik, agama, agama. Jika tidak agama akan tercemar dek politik.

Soal meletakkan hukum pada seseorang atau sesuatu bukan urusan kita, ianya telah ditentukan oleh Allah. Hanya Allah sahaja yang menentukan sesuatu hukum, kerana Rasulullah telah bersabda, "Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan diantara keduanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar. Tidak ramai mengetahuinya adakah ia halal atau pun haram. Maka barang siapa yang meninggalkan yang samar itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan barang siapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan hampirlah ia jatuh ke dalam yang haram". (Bukhari dan Muslim). Manusia cuma mengguna pakai hukum-hukum tersebut, seperti mana contoh Allah telah mengharamkan arak (yang telah jelas hukumnya). Maka dengan itu menusia meletakkan hukum haram arak itu berdasarkan apa yang Allah atau Rasulullah nyatakan. Soal meletakkan sesuatu hukum yang baru tidak ada sama sekali.

Berhubung isu ini, Tuan Guru dalam kenyataannya tidak pernah bermaksud anggota UMNO tidak dapat masuk syurga. Ianya adalah ayat putar belit media yang selama ini suka memutarbelitkan kenyataan. Tuan Guru Nik Aziz menyatakan mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga. Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala,” katanya.

Ya, pandangan saya, UMNO tidak akan masuk syurga andai mereka terus menggunakan media bagi memutarbelitkan kenyataan Pembangkang. Perbuatan UMNO yang selama ini menghalang dan menyembunyikan kebenaran yang jelas membawa mereka sendiri kearah kebinasaan. Malah selama ini tindakan UMNO yang redha terhadap maksiat dan kejahatan yang telah jelas hukumnya sangat bertentangan dengan agama Islam yang suci (yang kononnya UMNO perjuangkan). Ini jelas firman Allah,
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan". Al-Araf 40.

Saya merasakan UMNO sendiri perlu melantik mufti atau penasihat agama (yang betul-betul menasihati bukan menuruti apa sahaja kehendak UMNO) di kalangan mereka. Tetapi mereka perlu ikhlas dan berlapang dada menerima teguran, andai UMNO benar-benar turut memperjuangan Islam (disamping orang Melayu). Tuan Guru dahulu pun telah beritahu, andai UMNO tidak menolak Islam, PAS sedia bekerja sama. Tetapi ia tidak berlaku, pelbagai 'dosa' UMNO terhadap agama (umat Islam) yang dilakukan, menolak dan menyeleweng kebenaran, melakukan mungkar meninggalkan yang ma'ruf,menolak dan menghina hukum Allah dan pelbagai lagi. Dimana asas nilai manusia jika dia menolak Islam, sudah tentu tiada Iman di hati mereka (atau iman mereka setipis kulit bawang). Mereka yang tiada Iman sudah tentu tempatnya di neraka (andai tidak sempat bertaubat). Wal'izubillah. Wallahu'alam

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan" An-Nisa' 150-151

No comments: