PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketidaktegasan pendirian Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam membuat sesuatu keputusan adalah satu bukti kelemahan kepimpinan PAS.
Beliau berkata bahawa dalam membaut keputusan jika sesuatu perkara itu ada kepentingan peribadi, Nik Aziz mempunyai sikap memilih, tidak tegas, tidak konsisten dalam banyak hal dan kadangkala bercanggah.
"Seperti soal dia mendapat tajaan nak pergi Mekah, dia kata okay, selepas itu kata tak okay. Tetapi tahun depan, dia kata jika ada orang nak taja, mungkin dia nak pergi juga. Jadi, kita tak tahu dia pakai hukum apa.
"Jadi, nampak sangat kepimpinan sebegini yang tak konsisten, tak bersandar kepada perkara yang jelas, langsung tidak telus. Bagi saya, ini menunjukkan satu tahap kelemahan dalam daya kepimpinan PAS sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan Nik Aziz supaya menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Muhyiddin berkata bila tidak konsisten, macam-macam perkara boleh berlaku dan akan menimbulkan syak wasangka.
"Kadang-kadang kita lihat bukan kita sahaja keliru tetapi juga pemimpin dan ahliahli Pas yang keliru dengan apa yang diputuskan oleh beliau. Sekian lama dia sudah berada di situ, hala tujunya juga sudah tidak berapa jelas lagi," katanya.
Muhyiddin berkata keputusan agar Abdul Ariffahmi meletak jawatan adalah keputusan Nik Aziz walaupun sebelum ini beliau mempertahankan kedudukan menantunya itu.
"Nik Aziz mempertahankan (pelantikan itu kononnya kerana) semuanya ikut peraturan dan tidak menyalahi, dan hari ini, buat keputusan berbeza pula dan minta menantunya berhenti.
"Bila sudah ada soal kepentingan dia sendiri, tidak konsisten, (itu) mencerminkan soal ketidaktentuan dari segi membuat keputusan dan pendirian," katanya.BERNAMA
-------------------------------------------------------
Tok Guru..?
Komentar: Confius..confius..siapa sebenarnya yang tiada ketegasan dan tak tetap pendirian ni..? Kalau TGNA tak tetap pendirian atau tak tegas sekalipun, sekurang-kurangnya beliau tak Hipokrit seperti pemimpin-pemimpin UMNO..sudahlah hipokrit, menipu orang lain..halal haram habis langgar..lagi buruk perangai.
Saya nak bagitau kepada juak-juak UMNO bahawa Islam yang PAS perjuangkan ini adalah berdasarkan ciri Tsabat dan Murunah..atau kata lain Tetap dan Anjal. Apa yang Tetap itu adalah prinsip, yakni hukum yang telah terang jelas, samada halal atau haram. Yang Anjal atau fleksibel itu adalah pendekatan atau kaedah dan cara terhadap sesuatu perkara.
Selain itu Islam juga berkonsepkan Al-Ghoyah (matlamat) dan Al-Wasilah (kaedah)..Jika TGNA berkata sesuatu kemudian berkata lain pula tidak bermaksud beliau tidak tetap pendirian atau tidak berprinsip. Pendekatan yang digunapakai adalah mengikut matlamat, yang tidak semestinya kaedah atau cara bagi mencapai matlmat itu hanya satu. Ia banyak..
Contohnya, berkenaan isu tajaan haji TGNA. Sebelum ini beliau berkata mahu pergi, kerana ketika itu tidak ada orang yang fitnah beliau, tetatpi apabila ada orang yang tak bertanggungjawab membuat fitnah, beliau menukar fikiran untuk tidak pergi..sebabnya untuk elak fitnah yang lebih besar..benda simple, apa yang kelirunya?.Ia bukannya melibatkan perkara dasar PAS atau negeri atau Islam sendiri (itu pun kalau UMNO tau). Peliknya pemimpin UMNO yang jahil ni tak dapat bezakan mana prinsip dan mana kaedah..dan tidak tahu awlawiyyat dan keutamaan yang harus diutamakan.
Sama juga halnya berkenaan isu menantu beliau, Ariffahmi. Bila mana keutamaan Jemaah (Islam) dilihat tergugat, maka harus di abaikan seketika keutamaan peribadi. Jika sebelum ini TGNA mengatakan Ariffahmi tidak perlu meletakkan jawatan kerana TGNA tidak melihat sesuatu keperluan dan ia tidak melibatkan satu ancaman kepada Parti. Tetapi apabila kes ini dibesar-besarkan oleh UMNO sendiri dan ia semakin melarat, ia dilihat kemungkinan besar akan memberi fitnah kepada PAS, maka keutamaannya harus kepada PAS (iaitu ISlam/agama).
Muhyiddin prlu tahu. Keutamaan kepada PAS yang memperjuangkan agama Islam itu yang lebih utama. Dan pendekatan atau kaedah yang diguna pakai demi mencapai matlamat kemenagan Islam terlalu banyak..begitu juga pendekatan dan kaedah yang diguna pakai demi menyelamatkan Islam dari dicabul oleh mereka-mereka yang jahil lagi zalim. Kerana matlamat kami yang baik menghalalkan segala pendekatan atau kaedah yang digunapakai. Bukan seperti UMNo yang menghalalkan semua kaedah dan cara demi matlamat yang salah.
Yang Haram jadi Halal dan yang Halal jadi Haram..haru biru jadinya..
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment