17 November 2009

Kisah antara Utusan, UMNO dan Keraguan..

Media..


Hari ini saya bercuti kerja di sebabkan badan tidak berapa sihat. Jadi peluang masa cuti sehari ni saya kutip untuk membelek halaman-halaman berita didalam 'buku' komputer saya.

Blog dan laman web menjadi pilihan, memandangkan saya sudah lagi KURANG 'beriman' dengan akhbar-akhbar perdana yang ada di pasaran. Utusan, Berita Hairan, NST dan lain-lain. Namun bila mana saya katakan KURANG, ia tidak bererti TIDAK. Masih ada ruang MEMILIH. Memilih dangan berSYARAT.

Isu Tajaan Haji TGNA.

Nampaknya masih lagi berkumandang. Saya berpandangan ia berkumandang kuat hanya di sebelah kawasan lain. Apa yang saya boleh simpulkan ia hanya mahu menenggelamkan suara-suara lain yang masih perlu dan penting untuk di perdengarkan. Percayalah, semakin kuat suara itu, semakin bertambah sakit telinga orang mendengarnya. Samalah juga, semakin kerap ia berkumandang, semakin bertambah boring dan muak jadinya.

Setelah TER..baca di dalam Utusan Malaysia On-line. Berbunyi...

MUFTI dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

  • Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah dengan menggunakan wang sendiri.
  • Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.
  • Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak.

sambung...[click]

Kesimpulan saya mudah. Hanya ulama' atau ustaz akan menjadi rujukan (terutamanya berkaitan soal agama). Saya tidak menyalahkan golongan ini.

Cuma tindakan akhbar. Seolah-olah bertujuan 'mempergunakan' ulama' untuk menyanggah tindakan golongan ulama' lain. Saya melihatkan ianya kembali kepada suatu motif yang menyimpulkan..TINDAKAN ITU ADALAH SALAH..walaupun penuh dengan penilaian yang meRAGUkan..menjadikan, ‘agama’ mereka ditentukan oleh media.

Meragukan boleh di fahami dengan sesuatu perkara yang bersifat keberangkalian atau kemungkinan. Perkara yang bersifat sedemikian juga amat mudah di terima orang. Terutamanya buat mereka yang berkepentingan. Kerana keberangkalian atau kemungkinan itu kembali kepada Persepsi mereka yang menilai. Semuanya kembali kepada tuan punya akal yang
menilai.


Kesimpulannya, sesuatu kebenaran itu harus di buktikan, baik melalui undang-undang (samada undang-undang buatan manusia) ataupun melalui fakta yang di peroleh yang mana ia harus bersandarkan hukum yang terkandung di dalam perlembagaan pertama dan utama manusia. Al-Quran dan Sunnah (dan selepasnya..ijmak', qias dll).

Memandangkan ia sebuah akhbar perdana, di mana asasnya untuk penyebarkan pemikiran rakyat. Ia seharus berperanan sebenarnya sebagai penyebar pemikiran. Pemikiran yang sahih dan benar. Tiada ragu-ragu. Tepat dan TELUS.

Isu ini saya berpandangan, ia sesuatu yang telah JELAS. Siapa mereka mahu RAGU-RAGU tentang NIAT sesorang? Yang menjadikan ia RAGU-RAGU adalah mereka yang BERKEPENTINGAN politik. Yang mahu memburuk-burukkan sesorang. Terang sudah apa matlamat mereka sedangkan apa yang harus di JELASkan di SEMBUNYIkan.

Kisah antara Utusan, UMNO dan Keraguan..

Wallahu'alam

Sabda Rasulullah s.a.w, “Seorang Muslim yang sebenar itu, adalah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat dari kejahatan lisan dan tangannya” [Hadith riwayat Muslim]

No comments: