Berita berkaitan: SPRM 'peka' selamatkan PAS
Saya berpandangan, jika hari ini masyarakat di jamu dengan persepsi negatif terhadap PAS dan pemimpin PAS. SPRM pula mahu membina persepsi positif masyarakat terhadap tindakan mereka sebelum ini. Bezanya, sebelum ini persepsi PAS masih suci kemudian di kotorkan. SPRM pula sebelum ini kotor, kemudian mahu di sucikan kembali..kononnya Nah, masing-masing bermain dengan persepsi.
Namun, analoginya, pemain tetap sama..dan penjaga golnya juga sama. Yang berbeza bola. 'Bola' persepsi yang di tendang oleh 'pemain' UMNO-BN berjersey SPRM kepada 'penjaga gol' PAS. Walaupun SPRM luarnya di lihat pertubuhan bebas, tetapi dalamnya penuh dengan mentaliti dan ideologi UMNO-BN. Satu pengurus yang sama.
Dahulu kala...
Kewibawaan SPRM terselah dengan sepantas kilat apabila berjaya membawa dua orang Exco Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ke muka pengadilan. Kecekapan SPRM itu, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Perak merasa gusar, namun saya sendiri amat kagum di atas ketangkasan mereka menjalankan tugas. Kemudian kewibawaan SPRM sekali lagi terserlah apabila berjaya membongkar kes "salah guna kuasa" Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau sebagai TKM1 dan Adun. Kemudian pula, SPRM dengan mantapnya sekali lagi berjaya membongkar "salah guna kuasa" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu lembu korban dan penyalahgunaan kereta peribadinya. Walaupun ia pahit bagi Pakatan Rakyat tetapi kita salute (tabik hormat) di atas kecekapan SPRM.
Tetapi..Hairan bin Ajaib apabila badan secekap SPRM boleh mengesan 'salah-laku' pemimpin Pakatan yang dikatakan tidak bermoral itu, tidak mengetahui unsur penyelewengan (rasuah) sebegitu rupa yang berlaku di Selangor berkaitan penyalahgunaan wang GLC, wang dana Balkis nampak begitu ketara. SPRM tidak pula mengetahui penyelewengan ini?. Rupa-rupanya Jawatan kuasa disiplin Umno lebih berwibawa daripada SPRM dalam membongkar rasuah dan mendedahkannya kepada orang ramai, berbanding SPRM.
Di Melaka juga bergitu al-kisahnya, Ketua Menteri Melaka yang dihukum oleh jawatankuasa disiplin Umno kerana rasuah tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh SPRM. SPRM tak ubah seperti sebuah badan seumpama "kelab menyokong Umno" yang dilabelkan oleh rakyat sekarang ini. Wibawanya hilang sama sekali ditelan dengan hilang kewibawaan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.
Ini hanya contoh dari beribu-ribu contoh lain...
Hari ini...
Sama saja..SPRM tetap SPRM..Tak perlulah berpura-pura.
Jika TGHH kata SPRM 'peka' terhadap PAS..saya kata SPRM 'pekak' terhadap PAS.
Pekak yang membawa kepada buta. Jika dahulu banyak isu berkaitan rasuah berlaku (terutamanya melibatkan pemimpin UMNO-BN)..SPRM buat-buat pekak dan kemudian membutakan mata, katanya..tak nampak..sebab tiada bukti. Semuanya kerana telah ditutup. Ditutup dengan fahaman politik sempit dan jumud UMNO-BN.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment