11 November 2009

Kisah Penternak Ikan yang Berhati Mulia

ini pemancing ikan bukan penternak ikan..

Al-Kisah seorang penternak ikan, kerjanya memelihara ikannya di kolam, di dalam kolamnya itu hanya terdapat satu spesis ikan sahaja,iaitu ikan keli. Pendek cerita, suatu hari ada orang luar yang tidak dikenali datang dan berkata kepada penternak ikan itu bahawa di dalam kolamnya itu kelihatan terdapat beberapa ekor ikan dari spesis yang lain, ada ikan sepat, ikan talapia dll.

Lalu, dengan rasa ingin tahu tentang kebenaran dari apa orang luar katakan itu, penternak tersebut telah melakukan sesuatu, iaitu dengan melemparkan najis ayam ke dalam kolam tersebut. Penternak itu tahu bahawa ikan-ikan keli ternakannya itu tidak akan makan najis tersebut sebab hanya makanan pilihan dari kualiti yang baik dan suci sahaja yang menjadi kanan rutin ikan-ikan kelinya.

Justeru penternak ikan itu tahu, andai ikan-ikan spesis lain yang dikatakan ada di dalam kolamnya itu, sudah tentu ikan-ikan itu akan timbul dan makan najis ayam tersebut. Pendek cerita lagi, akhirnya, memang benar, terdapat beberapa ekor ikan dari spesis selain keli timbul untuk makan najis ayam tersebut.

Sesungguhnya pengorbanan penternak ikan yang berhati mulia itu untuk mengetahui adakah benar terdapatnya ikan-ikan lain di dalam kolamnya telah berjaya...walaupun beliau terpaksa mengotorkan tangan untuk mengangkut najis..namun penternak ikan itu tidak berniat langsung untuk menangkap atau makan ikan spesis lain itu..kerana ia bukanlah matlamat penternak ikan itu berbuat demikian, dia hanya mahu kepastian betul atau tidak ada ikan lain di dalam kolam tersebut..lala..Arakianlah kisahnya..


Dulu, kolam ikan tersebut masih tidak di kenali ramai..namun akhir-akhir ini ramai pula orang yang datang..kadang-kadang sedikit perubahan dan renovation pada kolam tersebut di buat, maka ramai pula orang yang perasan dan tahu..ada yang bercerita sana-sini..Alhamdulillah..

Wallahu'alam

*kisah biasa-biasa ini saya pinjam ceritanya dari seseorang..yang pastinya bukan seorang penglipurlara.

2 comments:

Sunah Sakura said...

salam...

apakah ini sebenarnya? (-_-") risau juga tersalah tafsir...banyak perkiraan di minda...

LegendZ said...

tafsirlah menurut apa yg terlintas d minda..