Sedikit tazkirah:
Imam Al-Ghazali telah memberi pengelasan manusia itu kepada 3 golongan:
1) Iaitu golongan yang umpama MAKANAN, yang mana sesuatu yang kita sangat perlukan, harus mencari, jika tidak kita akan mendapat sakit. Mereka ini adalah golongan-golongan Ulama', Ustaz, ahli ibadah dll. Kita harus berusaha mendampingi golongan ini untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Jauhnya kita pada mereka semakin sakit hati dan jiwa kita.
2) Golongan yang seperti UBAT, sesuatu yang kita perlu apabila diperlukan, seperti kaunselor, doktor, polis, mekanik dll. Kita juga perlu mencari dan mendekati golongan ini apabila kita memerlukan mereka.
3) Golongan yang umpama PENYAKIT, sesuatu harus di jauhkan dari kita kerana banyak dan boleh membawa mudharat. Mereka ini adalah golongan seperti ahli maksiat, mereka yang suka membuat fitnah, berbohong dll.
Namun Imam Al-Ghazali berkata, golongan ke-3 inilah yang seharusnya kita dekati untuk menasihati mereka, kadang-kdanag kita di uji untuk berhadapan dengan golongan ini. Maka nasihat yang baik itu perlu dijadikan senjata bagi melawan golongan ini, iaitu dengan kaedah Al-Mudarah iaitu kaedah berlunak atau berlemah-lembut. Tidak semestinya golongan-golongan yang keras harus di balas dengan keras.
Sepertimana contoh Allah telah mengarahkan nabi Harun dan Nabi Musa untuk berhadapan dengan Firaun yang sangat zalim sepertimana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 42-44,
"Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku, Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"
-------------------------------
Pendek cerita, semuanya berbalik kepada khabar angin dan fitnah yang di lontarkan akhbar Utusan Malaysia kepada pemimpin PAS dan PAS itu sendiri. Sedangkan akhbar perdana seperti ini perlu bersifat Adil dan Telus, memandangkan ia ahkbar bebas (sepatutnya)..semua golongan manusia membaca. Tidak seperti Harakah yang semua orang tahu hanya untuk ahli PAS sahaja.
Andaikata Akhbar Utusan Malaysia boleh di umpamakan sebagai golongan manusia (iaitu manusia yang berperanan sebagai editor atau manusia-manusia yang terlibat di belakang akhbar itu) dapat di kelaskan mengikut golongan yang seperti mana Imam Al-Ghazali umpamakan, saya tidak pasti mana letaknya mereka ini. Golongan pertama sudah tentu tidak.
Confiusnya antara golongan kedua dan ketiga..atau mungkin jika ada golongan keempat iaitu seperti GULA. Sedikit sahaja kita perlukan dan selebihnya kita tinggalkan, kerana selebihnya itu lebih membawa mudharat.
Tapi anehnya hari ini walaupun kita tahu perangai Utusan ini (yang berat sebelah), manusia masih lagi meletakkan kepercayaan..umpama ROKOK, walaupun dah tulis 'Awas, Merokok Membahayakan Kesihatan', tanpa melihat apa yang tersirat di sebaliknya, yang sepatutnya tertulis 'Awas, rokok menguntungkan kerajaan'.
Maka begitu juga Utusan. Mambahayakan..dalam masa sama Menguntungkan...untuk kepentingan sesebuah pihak..
Jika Utusan melontarkan khabar angin dan fitnah mengikut saluran nya..maka kita juga ada saluran..bezanya saluran kita bukan saluran penyebar khabar angin atau fitnah, tetapi saluran menyampaikan KEBENARAN, kebenaran yang harus di JELASkan. Justeru berSYUKUR dengan medium IT yang terpampang luas di mata masyarakat..manfaatkanlah semaksimum mungkin.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment