23 June 2008

Siapakah Dzulqarnain itu?



Didalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, yaitu: "Hingga apabila dia telah sampai pada tempat terbenam matahari, dia pun melihat matahari terbenam kedalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati disitu (di laut itu)segolongan ummat. Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu bolehmenyiksa mereka dan boleh berbuat kebaikan terhadapmereka'." (Q.s. Al-Kahfi: 86).


Apakah yang dimaksud dengan matahari yang terbenam dalammata air yang hitam? Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain? Jawab: Kisah Dzulqarnain telah diterangkan dalam Al-Qur'an padaSurat Al-Kahfi, tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakahsebenarnya Dzulqarnain, siapakah orang-orang yang didapatinya, dan dimana tempat terbenam dan terbitnyamatahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secararinci dan jelas, baik mengenai nama maupun lokasinya, halini mengandung hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui.


Tujuan dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada Surat Al-Kahfi maupun lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-halyang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuanutamanya ialah sebagai contoh dan pelajaran bagi manusia.Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya: "Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaranbagi orang-orang yang berakal." (Q.s.Yusuf: 111)


Kisah Dzulqarnain, mengandung contoh seorang raja saleh yangdiberi oleh Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur danBarat. Semua manusia dan penguasa negara tunduk ataskekuasaannya, dia tetap pada pendiriannya sebagai seorangyang saleh, taat dan bertakwa. Sebagaimana diterangkan dibawah ini: "Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang yang menganiaya, makakelak Kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikankepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yangtiada taranya'." (Q.s. Al-Kahfi: 87). "Adapun orang yang beriman dan orang beramal saleh, makabaginya pahala yang terbaik sebagai balasan ..." (Q.s.Al-Kahfi: 88).


Jadi, apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an, hanyalah mengenai perginya Dzulqarnain ke arah terbenamnya matahari,sehingga berada pada tempat yang paling jauh. Di situditerangkan bahwa dia telah melihat matahari seakan-akanterbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya,matahari itu tidak terbenam di laut, tetapi hanya bagipenglihatan kita saja yang seakan tampak matahari ituterbenam (jatuh) ke laut. Padahal matahari itu terbitmenerangi wilayah (bangsa) lain. Maksud dari ayat tersebut, bahwa Dzulqarnain telah sampai ketempat paling jauh, seperti halnya matahari terbenam di mataair yang kotor (berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitu juga maksud dari ayat tersebut, Dzulqarnain telah sampai ditempat terjauh, yaitu terbitnya matahari dan sampai bertemupula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj.


Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada pendiriannyasemula, yaitu sebagai seorang raja yang adil dan kuatimannya, yang tidak dapat dipengaruhi oleh hal-hal yangdikuasai dan kekuasaannya diperkuatnya dengan misalnyamembangun bendungan yang besar, yang terdiri daribahan-bahan besi dan sebagainya. Di dunia ini beliau selaluberkata dan mengakui, bahwa segala yang diperolehnya sebagaikarunia dari Allah dan rahmat-Nya. Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an: "Dzulqarnain berkata, 'Ini (bendungan atau benteng) adalahsuatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah tiba janjiTuhanku, Dia pun menjadikannya rata dengan bumi (hancurlebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar." (Q.s. Al-Kahfi:98).


Tujuan utama dari Al-Qur'an dalam uraian di atas ialahsebagai contoh, dimana seorang raja saleh yang diberikekuasaan yang besar pada kesempatan yang luar biasa dan,kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru dunia di sekitarterbit dan terbenamnya matahari. Dalam keadaan demikian,Dzulqarnain tetap dalam kesalehan dan istiqamahnya tidakberubah. Firman Allah swt.: "Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kamitelah memberikan kepadanya (Dzulqarnain) jalan (untukmencapai) segala sesuatu." (Q.s. Al-Kahfi: 84).


Mengenai rincian dari masalah tersebut tidak diterangkandalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, misalnya waktu, tempat dankaumnya, siapa sebenarnya mereka itu. Karena tidak adamanfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada hal-hal yangditerangkan saja. Jika bermanfaat, tentu hal-hal ituditerangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw


Oleh Dr.Yusuf Al-Qardawi

13 June 2008

Perginya orang tersayang..

Laut di kampung nenek


12Jun2008 3a.m
Kembalinya ke Rahmatullah, insan di saat umur 74tahun bernafas di bumi Allah..Allahyarhamah nenekku yang menghidap sakit jantung telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 3pagi Khamis, Allah lebih menyayanginya..pemergian yang begitu pantas dikala anakcucunya jauh di sisi..tiada siapa menduga..kuasa Allah mengatasi segalanya..bila sudah tempoh dan waktunya, Allah tidak akan mempercepat atau melambatkan ajal seseorang,

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan."..


..dan pagi itu jugalah aku dikejutkan oleh ibu, dan kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung sebaik menerima berita yang tidak disangka itu. Perjalanan ke kampung diiringi dengan hujan gerimis, kedinginan pagi yang menyelubungi umpama kedinginan kami sekeluarga pagi itu, semua tidak berkata, diam membisu, tidak seperti kebiasaan. Mungkin, masing-masing dalam alam khayalan masing-masing..antara mimpi dan realiti..percaya dan tidak. Tetapi janji Allah itu pasti benar.."setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."

Kami sekeluarga tiba di rumah nenek dengan disambut alunan suci bacaan Yassin oleh saudara-mara terdekat, dan ketika itu mata terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring kaku, Allayarhamah nenek..oh..Allah sahaja yang lebih mengetahui perasaan aku pada waktu itu..
Kitab suci Al-Quran kucapai, kusedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada arwah nenek, kerana itu sahaja yang mampu aku hadiahkan, tempoh berbakti kepada arwah nenek sudah tamat,kerana masa yang telah berlalu itu terlalu jauh untuk dikembalikan..

"..jenazah akan di kebumikan sebelum Zohor..", seru Tok Imam yang juga merupakan Pak Long aku sendiri, yakni ibu mertua kepada arwah nenek..Pengumuman dari pembesar suara masjid itu memecahkan keheningan Subuh di pagi Khamis..Seperti yang diumumkan jenazah Allahyarhamah nenek akan di kebumikan sebelum zohor, dan pagi itu jugalah berduyun saudara mara jauh dan dekat dan sahabat handai datang menziarahi arwah buat kali terakhir..datang embantu menyempurnakan tuntutan fardu kiyafah..dari memandikan sehinggalah menkebumikan..Alhamdulillah, semua berjalan lancar, amat mudah, mungkin itulah petanda dari Allah bagi orang yang banyak beramal untuk hari tuanya, arwah nenek yang tidak pernah lepas dari solat berjemaahnya di masjid, walaupun kesihatanya tidak menentu, hatta kakinya yang selalu sakit pun digagahi juga untuk berjemaah di masjid,.Semoga Allah menerima segala amalannya..

Tepat waktu zohor, sempurna sudah pengkebumian arwah nenek, dari bacaan Talkin yang menginsafkan buat insan yang masih hidup..benarlah..mati, persoalan mungkar dan nangkir,siksa kubur, syurga dan neraka itu adalah pasti dan pasti dialami setiap insan..
Ya Allah Engkau matikanlah aku di dalam khusnul-khatimah agar dengan amalan baikku di dunia menjadi bekalan buatku menghadapi kematian dan persoalan mungkar dan nangkir di dalam kubur kelak..Ameen Ya Rabbal 'Alameen

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh Allahyarhamah dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman..
(Kiah bte Bedol, Kampung Telok Gong,Melaka 12-05-2008 3a.m)

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." Al-Jumu'ah 8


p/s: Syukran buat sahabat-sahabiah atas takziah dan semangat yang di berikan..

11 June 2008

Minyak lagi..


Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat


1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.
Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.
Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.


2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.
Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.
Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.


3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia

Singapura bukan negara pengeluar minyak.
Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.
Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.


4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.
Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.
Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.


5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.


6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.


7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.
Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.
Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.


8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.
"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.
"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.
Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.


Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.


Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara.


Ustaz Idris Haji Ahmad

09 June 2008

Sendiri Mau Ingat..


Anggaran kasar perbelanjaan bagi seorang bujang (seperti aku..), x termasuk lain2 kos seperti top-up handphone, bil internet dan keperluan peribadi lain. Boleh bandingkan kos antara sebelum dan selepas harga minyak naik,bayangkan lah mereka yg sudah berumah tangga, tanggung kos sara diri anak bini, mungkin dua atau tiga kali ganda jumlahnya..(nasib baik aku x kawin lg)..Di sebabkan aku masih belajar lg, jd kos sara diri aku utk spanjang tempoh pengajian di taja, walaubagaimanapun, kenaikan harga minyak masih dan sangat2 terasa di sbbkan keperluan untuk bergerak di dalam dan luar kampus sgt kerap..dari kolej ke fakulti dan ke luar kampus (pi JJ ke..)..

"harga minyak negara kita masih lagi terendah"..ayat biasa pak lah..,
Sendirik mau ingat la...
p/s: minyak moto lagendaZ 110 aku biasa isi full rm5..la ni rm7 baru full..biasanya lagi rm2 tu aku wat beli makan (klu sarapan la)..aku ingat nak pasang NGV kat moto aku pas ni...
(sumber Malaysiakini)

05 June 2008

Kenaikan harga minyak "hadiah istemwa" BN pada rakyat (Harakahdaily 6 Jun)



Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan semalam sebagai satu "hadiah istimewa" kepada rakyat yang telah memilih kerajaan Umno/Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
"Akibatnya, rakyat seluruhnya akan menanggung beban akibat kenaikan mendadak ini," katanya.
Semalam Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga minyak petrol dinaikkan sebanyak RM0.78, manakala harga diesel pula dinaikkan sebanyak RM1.00 berkuat kuasa tengah malam semalam.
Menurut Ya'akub, kenaikan mendadak ini menunjukkan sifat sebenar pimpinan Umno/BN yang langsung tidak prihatin dengan keadaan semasa di mana rakyat sudah sedia terbeban dengan kesan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.30 dua tahun lalu.
"Rakyat terpaksa menanggung bebanan yang bertimpa-timpa. Dulu minyak masak kurang lepas tu beras tak cukup, lepas apa pula tak tahulah? Yang pastinya kenaikan harga barang akan berlaku. Tunggulah tengok.
"Sejak petang semalam orang ramai berpusu-pusu mengisi minyak, lepas ni mungkin mereka akan berebut-rebut pergi membeli barang keperluan pula sampai keadaan jadi huru-hara," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily tengah hari tadi.
Mengulas lanjut, beliau menyingkap kembali kempen pilihan raya yang lepas di mana ada pihak yang menyatakan PAS/Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) tidak boleh memerintah dan jika memerintah akan membawa rakyat balik ke zaman batu.
"Lihatlah sekarang, siapa yang nak bawa rakyat balik ke zaman batu. Keadaan begini akan membawa balik kita ke zaman batu bila rakyat terpaksa kembali ke era ekonomi sara diri. Rakyat akan terpaksa tanam padi sendiri, tanam sayur sendiri.
"Bila kita janji nak turunkan harga minyak, mereka kata macam-macam. Sekarang tengok, mereka dah bagi 'hadiah istimewa' untuk rakyat seluruhnya. Sudah sampai masanya rakyat bangkit untuk memprotes kenaikan ini agar kerajaan sedar betapa besarnya kuasa," kata beliau.

03 June 2008

~Forever Airlines~



MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

Tempat berlepas : Kehidupan dunia ·
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi. ·
Destinasi : Akhirat ·
Masa berlepas : Ketika di datangi Izrail·
Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut ·
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati.
Sebarang masalah sila rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN

* 5+- meter kain kafan putih *
Kapas Putih yang secukupnya *
Muatan lain yang di pertimbangkan :- - Amal soleh - Sedekah jariah - Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya - Ilmu yang manfaat
PERHATIAN

* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda kelak.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua.
Mudah-mudahan anda bergembira dengan perjalanan ini, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;
Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA..,pihak kami sekadar memberi peringatan kepada sesuatu janji yang PASTI..