29 August 2008

Happy Independent Day-New Malaysia 51st!!!!


Thank you Pak Lah 4 leads our country.....from


27 August 2008

Quote from As-Syahid Syed Qutb



"Indeed our words will remain lifeless ,
barren, devoid of any passion, until we
die as a result of these words, whereupon
our words will suddenly springs to life
and live on amongst the hearts that are
dead,ringing them back to life as well.."

"My brother,do not look back,your path
has been covered in blood,and do not look
here or there,and do not look except to
the sky!"

"Our whole environment,people's beliefs
and ideas,habits and art,rules and laws-
is Jahiliyyah,even to the extent that what
we consider to be Islamic culture,Islamic
sources,Islamic philosophy and Islamic
thought are also constructs of Jahiliyyah!"

"A shaheed is someone who presents a testament
(shaaadah) with his soul and blood that his faith
and religion is dearer to him than the world.
For this reason, he exerts his soul and life in
redemption to the religion of Allah."

"Verily,the index finger that testifies to the
oneness of Allah in prayer,utterly rejects to
write even a letter,endorsing the rule of the
tyrant"-Said when he was asked to seek pardon from
Abdel Nasser

19 August 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Wahai sekalian manusia, kepadamu telah datang tetamu yang agung, bulan yang agung, yang di dalamnya Allah mengampuni semua kejahatan, menghapus segala dosa, dan membebaskan dirimu dari neraka.

Selamat datang Ramadhan,
duhai kekasih yang datang setiap tahun

Kami menanti kedatanganmu dengan cinta yang berlimpah
padahal cinta yang bukan kepada Tuhan itu dilarang

Maka ampuni dosa kami, Tuhan
lalu tambahkan pula pemberian-Mu yang berlimpah

Jangan hukum kami, kami telah menghukum diri kami sendiri dengan ketidak-tenangan
yang membuat kami bergadang di dalam gelap

Selamat datang Ramadhan...
Engkau kembali lagi kepada kami setelah satu tahun berlalu. Selama satu tahun itu, di antara kami ada yang meninggal dan ada yang lahir, ada yang menjadi kaya dan ada yang menjadi miskin, ada yang berbahagia dalam hidupnya dan ada yang bersedih, ada yang mendapat petunjuk dan ada yang tersesat. Engkau datang kepada kami setelah kami selama setahun penuh mengisi hari-hari kami dengan catatan-catatan kebaikan mahu pun keburukan, yang semua catatan itu akan dibacakan nanti kepada kami di hari perhitungan di hadapan Allah SWT.

"Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu [di dunia] apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, dan kamu tiada melihat besertamu pemberi syafa 'at yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah [pertalian] antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap [sebagai sekutu Allah]." (Al-An'am: 94)

Lembaran-lembaran amal kami pada hari kiamat itu akan diperlihatkan dan dibacakan kepada kami. Itulah kitab yang berisi perhitungan, yang Tuhan tidak akan salah dan tidak pula lupa padanya sedikit pun.

Allah SWT berfirman,

"Bacalah catatanmu itu. Cukup dirimu yang membuat perhitungan pada hari ini." (Al-Isra': 14)

Engkau datang, wahai Ramadhan, untuk berkata kepada mata kami, "Puasalah engkau dari pandangan yang diharamkan, sebelum Tuhan yang Maha Mengetahui menjadi murka lalu engkau dicampakkan-Nya ke dalam api yang berkobar. Maka berpuasalah dari memandang yang haram dan titiskanlah air mata dalam bayang-bayang gelap di kesunyian malam."Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada lidah kami, "Puasalah engkau dari menggunjing dan mengadu domba, dari berkata-kata kotor dan tidak layak, dan dari mengucapkan pcrkataan yang sia-sia."

Lidahmu, jangan sekalipun kau gunakan untuk menyebut-nyebut kekurangan orang lain

Semua yang ada padamu adalah kekurangan sedangkan semua orang juga memiliki lidah sehingga dapat melihatnya,

Matamu, jika melihat suatu cela pada orang lain

Katakan kepadanya, "Orang lain juga punya mata yang dapat melihat celaku."

Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada tangan kami, "Berpuasalah engkau wahai tangan yang pernah menumpahkan darah dan membunuh jiwa yang tidak bersalah, yang pernah menghancurkan rumah, membunuh orang tua dan wanita. Berpuasalah, engkau dari memukul dan membunuh orang lain, dan dari mencuri dan berbuat curang. Berpuasalah engkau dari menerima wang suapan sebelum datang hari kiamat, hari yang tidak berguna lagi permohonan ampun dari orang-orang yang zalim, bagi mereka itu laknat dan tempat kembali yang jelek. Pada hari itu, Allah menutup mulut-mulut mereka sehingga yang berbicara adalah tangan-tangan mereka, dan disaksikan oleh kaki-kaki mereka tentang apa-apa yang mereka perbuat."

Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada kaki kami, "Berpuasalah engkau dari berjalan ke tempat yang haram, dari melangkah kepada jalan kesia-siaan, penyesalan dan kesesatan, dan pergi ke tempat-tempat yang dimurkai Tuhan pemilik kerajaan langit dan bumi ini, iaitu jalan-jalan yang hina lagi keji. Berpuasalah engkau, wahai kaki."

Dan Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada perut kami, "Berpuasalah dari memakan makanan yang haram, dan dari memakan riba kerana tubuh yang diberi makan dengan makanan yang haram, nerakalah yang lebih utama baginya. Puasa-lah engkau dari makanan yang diperoleh dari hasil menipu dan memperdaya orang lain sebelum engkau bertemu Allah SWT yang mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan tertutup.

Dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Setiap arnalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa kerana puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya. '"

Beliau saw juga bersabda, "Puasa adalah perisai. Maka apabila salah seorang diantara kamu sedang berpuasa, janganlah ia berkata-kata kotor dan bersuara kasar.. Jika seseorang mencacinya hendaklah ia menjawab, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa, (dua kali). Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada minyak miski."

Petikan dari tulisan Dr. A'id Abdullah Al-Qarni.

Program Kutu Wang Pos Adalah Haram



PROGRAM KUTU WANG POS: PANDANGAN DARI SUDUT FIQH ISLAM

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu mereka menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian sepastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

UNSUR-UNSUR HARAM YANG DAPAT DIKESAN

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ianya mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1. Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2. Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3. Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.

BEBERAPA JAWAPAN KEPADA KEKELIRUAN

Mereka yang menyertai program ini melihat ianya adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1. Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

كل قرض جرى نفعا فهو ربا

Maksudnya: "setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat adalah riba".

Dalam masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut:

العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني

Maksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat".

2. Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM 10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman allah swt :

إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم

Maksudnya: "melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu".

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias adalah adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

PENUTUP DAN KESIMPULAN

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.

Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH)
Dewan Ulamak PAS Pusat

13 August 2008

Solat Gerhana, Hukum & Tuntutannya


Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.


Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;

Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”


Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana

1. Sunat mandi terlebih dahulu.

2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.

3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan)

Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.


Beberapa Peringatan

i. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

ii. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.

iii. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

iv. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.

v. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).

vi. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

vii. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).


PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.


Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.


(Rakaat Pertama)

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).

6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).

8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).

9. Iktidal.

10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).

13. Berdiri ke rakaat kedua.


(Rakaat Kedua)

1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).

3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).

5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).

6. Iktidal.

7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).

10. Membaca tasyahhud akhir.

11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah




Sumber: Pusat Pembangunan Islam dan Pembangunan Sosial, UTM