05 September 2010

Program "Jom Balik Raya" Pemuda PAS Melaka




Para amilin berkumpul sebelum program bermula


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Melaka buat kesekian kalinya, semalam telah meneruskan tradisi aktiviti turun padang dengan memberi sumbangan raya kepada rakyat Melaka dan luar Melaka yang akan pulang ke kampung halaman. Tanpa mengira kaum dan agama, sumbangan yang di beri adalah sebagai bekalan sepanjang perjalanan bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman.


Bersiap sedia mengagih sumbangan



Mengagih sumbangan sehingga ke dalam bas


Bertempat di Melaka Sentral, program yang di beri nama "Jom Balik Raya" itu di anjurkan oleh PAS Melaka di bawah lujnah Kebajikan negeri telah mendapat sambutan hangat dan respon positif dari rakyat Melaka sendiri, rata-rata yang di jumpai begitu gembira dengan sumbangan raya yang di peroleh. Kemesraan yang di tunjukkan oleh pimpinan PAS negeri telah memberi pesepsi kepada mereka bahawa PAS adalah parti Islam yang adil kepada semua kaum dan agama.

Ketua Pemuda, Ust Kamarudin memberi sumbangan kepada anak-anak perantau


Beberapa pimpinan PAS Negeri hadir memberikan sumbangan


Program yang di ketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamarudin Sidek itu di mulakan dengan mengagih-agih sumbangan kepada pemuda-pemudi yang sedang menunggu bas sehingga kepada penumpang-penumpang yang berada di dalam bas selain membacakan doa untuk keselamatan perjalanan mereka. Program yang tamat sekitar jam 8.30 malam itu mendapat kerjasama baik dari semua pihak termasuk pemandu dan kelindan bas yang turut mendapat sumbangan.



Program "Jom Balik Raya" ini akan di teruskan buat kali kedua pada hari Rabu nanti (8/9) bertempat di Tol Ayer Keroh.


No comments: