13 February 2012

Tahniah DPPNM Atas Kejayaan Program JOM Ubah semalam !



Ketua Pemuda Pas Melaka, Hj Yuhaizad memberi ucapan di program Perasmian



Ketua Pemuda Pas Pusat bersama Exco Pusat dan negeri bergambar bersama pemuda tempatan di gelanggang Sepak Takraw


Ust. Khalil Abd Hadi turun bermain takraw


Konsert JOM Ubah menampilkan Zuar XPDC


Band anak melaka yang berbakat besar


Sesi tazkirah ringkas dari ust.khalil di konsert malamnya




Dewan Pemuda PAS Melaka semalam telah menjayakan program Jelajah Orang Muda dengan jayanya dengan tema Orang Muda Jom Ubah di Dun Merlimau.

Program besar ini merupakan program yang di rancang oleh DPP Malaysia dan di gerakkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri sebagai mesej khusus kepada golongan muda yang menjadi agen perubahan kepada lanskap politik Melaka.

Program yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi ini turut di hadiri beberapa pimpinan Pemuda Pusat seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh, Pengarah Pilihanraya, Saudara Sany Hamzah, dan beberapa AJK Pemuda Pusat seperti Saudara Suhaizan Kaiat, Ustaz Khalil, Saudara Sharom dan lain-lain.

Program ini di laksanakn sepanjang hari sehingga malam di mulai dengan kuliah subuh sehingga ke konsert anak muda pada sebelah malamnya. Pelbagai aktiviti yang di laksanakan seperti program sukan bersama anak muda, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, program berbentuk kebajikan seperti ziarah kebajikan ke rumah orang miskin dan ziarah medik.

Selain itu program mendekati masyarakat seperti 'Sarapan Rakyat', aktiviti membaiki rumah, dan program penerangan seperti program 'Hit & Run' dan edaran risalah turut di lakukan di sekitar bandar Merlimau.

Program ini mendapat respon yang begitu baik dari anak muda melalui kehadiran mereka yang ramai di konsert pada malamnya yang menjadi acara kemuncak kepada program Jelajah Orang Muda ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap agar program bersama anak muda seperti ini dapat di teruskan sepanjang masa kerana program-program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada anak muda mencuba sesuatu hiburan alternatif yang sihat.

Ianya juga sebagai menyahut hasrat Ketua Pemuda Pusat untuk Pemuda PAS selaku sayap sebuah parti politik untuk tidak mengabaikan anak-anak muda selain dapat memberikan kefahaman kepada anak muda kenapa mereka wajar bersama PAS dan secara lansung mendekatkan anak muda dengan PAS.

Laporan: Ketua Penerangan DPPN Melaka




No comments: