28 March 2012
Apabila Ali Rustam mula melenting....
KM Melaka, Datuk Ali Rustam terpaksa mengambil masa 3 hari untuk menjawab isu seorang wakil rakyatnya yang di tangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah bersama 26 orang yang lain di sebuah kelab malam di Melaka Raya kemarin.
Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, ustaz Kamarudin Sidek telah mendesak Ali Rustam untuk mendedahkan ADUN yang terlibat itu. Hari ini selepas 3 hari baru ketua menteri Melaka ini menjawab di media, tetapi malangnya jawapan yang di berikan bukanlah suatu jawapan, tetapi cabaran kembali terhadap Pembangkang.- cabar mencabar. Bila ajak berdebat tak berani.
Ali Rustam telah mencabar Pakatan Rakyat supaya menunjukkan bukti samada ada wakil rakyat BN yang di tahan di kelab malam itu. Beliau juga mendesak sekiranya ada maklumat atau rakaman seperti video dan gambar sebagai bukti.
Inilah 'standard' JKKK Ketua Menteri Melaka ni. Dia tak tahukah akhbar arus perdana yang dedahkan seorang wakil rakyat yang di tahan di kelab malam itu (sini). Rasa-rasanya wakil rakyat Melaka ni dari berapa jenis parti? Yang ada hanya wakil rakyat dari BN dan DAP sahaja. Kalau wakil rakyat DAP yang di tangkap, sudah tentu Ali Rustam orang yang pertama gembira dan terus buat kenyataan di media. Dan semestinya blogger-blogger pencacai UMNO dan akhbar Utusan Meloya akan jaja merata-rata.
Ali Rustam cuba untuk menutup bau busuk bangkai yang sudah berbau. Lalu menuduh orang lain yang membuang bangkai itu sedangkan dia sendiri yang bela bangkai tersebut. Hari ini dia meroyan di media kata pembangkang pernah kafirkan UMNO. Ini tuduhan versi apa pula ni. Mulanya kata Pembangkang tuduh dan fitnah wakil rakyat BN di tangkap di kelab malam, pada masa sama tuduh pula pembangkang pernah kafirkan UMNO pula. Modal ini sudah lama dah dengar, isu lapok yang tiada bukti, kalau ada pun yang tuduh UMNO kafir, orang yang tuduh tu pun dah satu mangkuk dengan UMNO macam Mad Nor Deris dan 'ulamak UMNO' di bawah ni,.
ALi Rustam lupa semalam pun ada anak buah dia yang seorang kakitangan MAIM di tangkap kerana meminta rasuah berbentuk seks dan wang daripada seorang wanita sebagai upah untuk di lepaskan daripada kes khalwat. (sini). Jangan lupa ALi Rustam juga Pengerusi MAIM, pun pernah terlibat dengan kes rasuah semasa bertanding Timbalan Presiden UMNO dulu.
Sudah terang lagi bersuluh. UMNO sudah menjadi haprak. Pemimpin mereka sudah ketandusan moral, buruk akhlak dan hari ini mula menampakkan sindrom-sindrom lupa diri dan nyanyuk untuk kenal diri mereka sendiri. ABU !!
'Ostad' Majlis Agama Islam Melaka minta Rasuah..??
MELAKA - Perbuatan seorang kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang meminta rasuah berbentuk seks dan wang daripada seorang wanita sebagai upah untuk dilepaskan daripada kes khalwat memakan diri apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Bagaimanapun, Zullias Rasid Manan, 37, yang merupakan pekerja rendah am MAIM mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama, Zullias didakwa meminta wang RM1,500 daripada wanita itu sebagai upah untuk menyelesaikan kes tangkapan atas kesalahan syariah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak motosikal di belakang Dataran Pahlawan berhadapan dengan sebuah sekolah, Banda Hilir di sini pada pukul 6 petang, 19 Januari 2010 lalu - Kosmo
p/s: eloklah tu, Pengerusi MAIM, Datuk ALi Rustam (bapak Rasuah), Timbalan Hal Ehwal Agama Islam Melaka, Yazid (raja dangdut dan disko)...kalau ketua macam tu anak buah tok sah cakap la...
26 March 2012
[Gambar] Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Melaka...
Beliaukah ADUN yang di tangkap di Kelab Malam semalam (click) ? Jangan lupa beliau juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Melaka.
ADUN UMNO MELAKA DI TANGKAP MINUM ARAK
Laporan dari akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. 27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka. (sumber).
Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.
Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:
Beliau gagal dalam memberi contoh ADUN yang baik lebih-lebih lagi apabila di pilih rakyat untuk melaksanakan amanah. Malangnya beliau gagal dalam memberi contoh terbaik selaku pemimpin yang beragama Islam. Bagaimana beliau mahu memimpin rakyat sedangkan beliau sendiri masih tidak mampu memimpin diri nya sendiri.
Rakyat negeri Melaka khususnya perlu bijak dalam menilai dan memilih pemimpin. Jelas, kepimpinan Barisan Nasional gagal dalam memberikan contoh tauladan yang baik kepada rakyat. Jika dahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tamby Chik sendiri terpalit dengan isu rogol, kemudian Datuk Ali Rustam dengan isu rasuah, kini tidak hairan anak didik acuan parti Barisan Nasional ini melahirkan pemimpin yang rosak akhlaknya.
Keruntuhan akhlak dan moral pemimpin akan mencerminkan rakyat yang bakal lahir, kerana daripada pemerintahlah akan membentuk masyarakat sepertimana ayah yang membentuk anak-anak. Justeru tidak hairan hari ini masalah sosial masyarakat semakin menjadi-jadi, seperti mana baru-baru ini kita di kejutkan dengan pembunuhan kejam adik Dirang, dan banyak lagi kes bunuh yang mencerminkan betapa masyarakat semakin tenat.
Maka dua ciri penting dalam memilih pemimpin adalah Al-Amin (amanah) dan Al-Qawiy (berkemampuan). Seseorang pemimpin itu tidak cukup jika hanya bersifat Al-Qawiyy iaitu berkemampuan memikul tugas dan tanggungjawab tetapi dalam masa sama tidak Al-Amin iaitu tidak amanah begitu juga sebaliknya.
Amanah di sini bukan sahaja amanah sesama manusia tetapi yang terpenting adalah amanah kepada Allah. iaitu melaksanakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang. Itulah sebenar-benar pemimpin yang kita mahukan.
Sebagai rakyat kita hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)
p/s: ARAK, JUDI, RASUAH....UMNO Juara dulu kini dan selamanya..
18 March 2012
Beranikah KM Melaka berdebat dengan PJ PAS Melaka?
Dalam keghairahan rakyat Malaysia menantikan sahutan Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim, di Melaka PJ PAS Melaka, Sdr. Adly Zahari juga mengajukan cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam tentang pembangunan negeri.
Cabaran debat kepada Ali Rustam ini bukannya kali pertama bahkan sejak PJ Melaka di sandang oleh Ust.Ghani sebelum ini juga pernah di usulkan, namun sehingga hari ini Ali Rustam tidak berani untuk menyahutnya walaupun sebelum ini pernah beliau sendiri bersetuju untuk berdebat namun syarat yang di mahukan beliau tidak relevan, iaitu berdebat di pentas berbeza, dan pada jarak yang berbeza..atau dengan ertikata lain, seperti mana yang sering kali berlaku di setiap kali ceramah PAS di adakan. Iaitu pada masa sama UMNO juga turut berceramah di sebelah dengan adengan sahut menyahut dan teriak menteriak macam orang gila, inilah cara debat yang Ali Rustam mahu....iaitu seperti di bawah ini:
Subscribe to:
Posts (Atom)