"O..Lord, i have betrayed U,i'm crying for forgivesness..please forgive me.."
Kesekian kali aku mengajak kepada anda semua agar sama-sama kita dapat bermuhasabah untuk mengenal diri dan mengkoreksi segala amalan yang kita telah lakukan di buka bumi tuhan ini. Sementara modal umur kita masih di kurniakan Allah, alangkah rugi jika ia tidak dimanfaatkan sebaiknya.
Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab,maka akan diringankan hisabnya nanti di hadapan Allah kelak dan mudah-mudahan didatangkan kepada kita jawapan yang baik saat ketika kita disoal siasat samada baik atau buruk kesudahannya nanti. Sebaliknya sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan semakin rumit urusan penghisabannya nanti di Hari Pembalasan...
Imam Al-Ghazali telah membahagikan beberapa kelas atau peringkat muhasabah,iaitu:
1) Al-Musyarothoh
Pada peringkat ini kita mengenali, bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita sendiri. Segalanya atas kehendak kita dan ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Kita mengetahui bahawa dengan memperbaiki diri itulah jalan kepada kebaikan iaitu degan amalan yang soleh manakala kerosakan diri itu adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan yang kita lakukan.
2) Al-Murokobah
Peringkat ini adalah dengan mengintai-intailah diri sewaktu melakukan amalan dan ia diperhatikan dengan pandangan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala lantas melakukan maksiat terhadapnya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan larangannya
3) Al-Muhasabah
Peringkat kebiasaan dimana seseorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu (di malam hari), kadangkala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan, jika begitu maka sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesyukuran dan thabat,moga ditetapkan hati untuk terus melakukan kebaikan itu diatas perkara. Sebaliknya,jika kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia menghentikannya dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.
4) Al-Muakobah
Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat iaitu dengan diiringi dengan iqab (denda) yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan.Ibarat pembersih kepada dosa yang telah dilakukan.
Pernah diriwayatkan bahawa Saidina Umar Al Khattab telah mendera atau mendenda dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.(kita bagaimana?mampukah..)
5) Al-Mujahadah
Berjihad atau berazam bersungguh-sungguh mengulangi perbuatan yang terlanjur. Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab (jika mampu) dari masa ke semasa dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah, juga dengan bersungguh-sungguh (bukan sambil lewa) agar tidak futur di pertengahan jalan.
Muhasabah buat diri ini dan sahabat sekalian, ingatlah hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam? Semoga kita semua diredhai Allah dan ditempatkan bersama hambanya yang soleh. Ameen...
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
Al-Baqarah 128
No comments:
Post a Comment