28 June 2009

Renungan : Islam dan Idealisma

'Sisa' Islam di Andalus (711-1492M)

Alhamdulillah, sebesar-besar, seluas-luas dan sedalam-dalam lautan kesyukuran kita panjatkan kehadrat tuan Pemilik Dunia, Rabbul 'Izzati yang masih memberi sedikit peluang dan ruang bagi para pejuang Islam hari ini untuk terus berjuang di atas muka bumi Allah, hakikat kehidupan yang kita tempuhi hari-hari semakin mencabar. Seiring dengan cabaran yang dihadapi oleh agama Islam yang kita cintai ini. Siri-siri penentangan dan pelbagai sekatan yang dihadapai oleh Islam semakin memuncak di saat dunia hari ini melihatnya semakin asing dan pelik dimata mereka yang buta. Benarlah kata Nabi junjungan kita, Islam bermula dengan dagang dan akan kembali menjadi dagang. Dagang dimata manusia.

Apabila mengkoreksi diri, ternyata masih banyak lagi kekurangan dan kelemahan yang masih melekat didalam diri. Baik ianya datang dari dalam diri atau iainya fitnah dan bisikan dari anasir luar yang semakin galak pada hari ini hinggakan telah terkena tempiasnya kepada para pejuang Islam. Ada yang menjadi barah ke dalam diri. Dan ada yang tunggu masa untuk binasa. Walau apa pun, yang menjadi kerunsingan adalah natijahnya kepada agama. Natijahnya kepada Islam.


Syed Qutb pernah mengingatkan kepada kita tentang bagaimana pemerhatian yang dibuat oleh para orientalis yang menjadi musuh pada Islam dahulu dan kini. Pemerhatian dari hasil penyakit yang melanda umat Islam hari ini. Pemerhatian ini telah ditafsirkan mereka dari pelbagai sudut dan bentuk pemerhatian, dari kata-kata dan pengamalan umat Islam itu sendiri. Ianya merupakan suatu tamparan hebat buat mereka yang melihatkan Islam sebagai suatu agama yang indah dibibir umat Islam. Inilah antara idealisma umat Islam yang menjadi buah pertikaian buat mereka. Dan sesungguhnya mereka telah berjaya mencipta lagi suatu kekeliruan terhadap umat Islam itu sendiri.

Islam dan Idealisma

Pelbagai persoalan dan pertanyaan dari musuh Islam ini. Mereka tidak melihat dari sisi pandangan terhadap agama Islam yang kita cintai ini, tetapi mereka menjadi penilai dan penghukum kepada sifat dan tingkahlaku penganut Islam. Iaitu kita. Terutama kepada mereka yang bergelar pejuang Islam. Inilah sasaran mereka. Penilaian yang dilakukan mereka hasil kata-kata manis tentang Islam oleh penganut Islam, lalu di nilai melalui praktikal atau perbuatan. Supaya objektif akhir mereka untuk menimbulkan kekeliruan terhadap dan sesama umat Islam itu berjaya. Ini sudah pasti merupakan strategi musuh Islam yang harus kita kesan seawal mungkin.

Apa yang telah kamu khabarkan kepada kami wahai pemeluk agama Islam, kamu telah menceritakan kepada kami apa dan bagaimanakah ajaran Islam itu? Kamu telah mengatakan kepada kami bilakah ajaran Islam itu dilaksanakan? Kamu selalu me,aklumkan kepada kami Islam itu sistem idealis yang begitu indah, penuh dengan kebaikan dan sempurna dari setiap perkara. Tetapi sayangnya agama yang kamu katakan itu tidak pernah wujud di bumi nyata. Seandainya kami menyatakan bila ianya dilaksanakan sebenarnya, kamu hanya menunjukkan contah di zaman Rasulullah dan para sahabat Khulafa Al-Rasyidin.

Idealisma yang asal seharusnya digunakan dengan memberikan suatu gambaran sistem masyarakat yang terbaik. Namun kita telah menggunakannya dengan pengertian yang jelik di mata mereka, membuat mereka mengelamun dan bermimpi dengan idealisma tentang agama pada mereka. Sistem idealisma yang hanya memperkatakan falsafah tanpa berpijak dibumu yang nyata, karut, angan-angan, remeh dan tidak masuk akal. Inilah pengertian idealisma yang dicaci dan dihina oleh para orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Dan gambaran inilah yang memberi modal buat mereka merencanakan propaganda-propaganda buruk terhadap Islam.

Serangan-serangan soalan yang menjadi buah modal buat mereka bagi menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam. Agar berpecah belah dan menjadi lemah.

Kamu mengatakan bahawa dalam Islam, rakyat mempunyai kuasa menegur dan mempertikaikan sebarang kesilapan pemerintah dan pemerintahan. Namun, selain kamu memberi contoh ketika zaman pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin, bilakah lagi pada hari ini rakyat diberi hak dan lesen untuk menegur pemerintah? Apa yang berlaku sebaliknya, pemerintah berkuasa memperlakukan apa sahaja pada rakyat.

Kamu telah mengatakan Islam mewajibkan pemerintah memberikan seluas-luasnya peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Namun, hakikatnya jutaan rakyat hari ini menjadi penganggur dan ada diantaranya hidup mengemis dan hidup melarat dengan meminta-minta. Selain itu juga, kamu pernah menyatakan pembahagian ekonomi yang adil dalam sisitem pemerintahan Islam. Tetapi masih juga berlaku pengelasan-pengelasan ekonomi pada hari ini.

Begitu juga mengenai pendidikan Islam. Kamu menyatakan didikan Islam dapat membersihkan jiwa dan menanamkn rasa Taqwa mereka kepada pencipta. Dan dengan rasa taqwa kepada pencipta inilah, hubungan antra para pemerintah, rakyat dan pelbagai golongan yang hidup didalam negara dapat hidup dalam keadaan yang baik. Tetapi, persoalannya bilakah rasa taqwa terhadap pencipta kamu, iaitu Allah dapat menegah para pemerintah dari menindas dan menelan hak-hak orang miskin, berlaku zalim dengan kuasa. Bilakah dengan taqwa kepada Allah itu, pemerintah tidak membolot harta sewenang-wenangnya, terutamanya harta negara yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat. Segala apa yang kamu katakan itu hanyalah omong-omongan kosong belaka. Sarat dengan impian yang tidak wujud di alam nyata.

Inilah antara dakwaan dan serangan-serangan para musuh Islam yang menginginkan jatuhnya Islam. Kekeliruan yang cuba dicetuskan mereka terhadapt umat Islam ini adalah berpunca dari kelemahan kita sendiri yang tidak mempelajari sejarah Islam yang sebenar kecuali pengajian-pengajian sejarah hasil dari cetakan penjajah atau musuh Islam itu sendiri.

Persoalannya buat kita? Adakah Islam itu suatu agama yang idealis dan tidak dapat dipraktikkan di dalam kehidupan manusia yang nyata? Adakah ianya hanya berunsurkan khayalan dan angan-angan yang memustahilkan umatnya mempraktikkan? Ataupun Islam itu memang suatu sistem yang praktik (boleh dilaksankan), tetapi ia masih belum dapat dilaksanakan dalam suatu bentuk yang sempurna?

Perbezaan antara kedua persoalan ini amat besar, seandainya Islam itu memang semata-mata agama yang idealis tanpa dapat dipraktikkan, sudah pasti ianya tiada harapan untuk dipraktikkan selama-lamanya, sebaliknya jika Islam itu suatu agama yang praktik, cuma masih belum mampu dilaksanakan, ia memberi petunjuk bahawa harapan dan peluang masih dan memang ada untuk dipraktikkan, cuma yang harus dilakukkan agar batu-batu yang menjadi penghalang dapat dialih dan dibuang.

Manakah gambaran yang sebenar dan tepat tentang Islam?

Dalam memahami Islam dalam kita melihat ruang lingkup sejarah Islam yang sebenar. Sudah pasti tidak akan ada pertikaian. Ini kerana sudah jelas Islam telah berjaya dilaksanakan sebaik-baiknya didalam pemerintahan Islam dahulu. Kejayaan pemerintahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat ar-Rasyidin memberi bukti bahawa Islam adalah agama yang praktik dan bukan idealisma khaylan semata-mata. Ia merupakan suatu bukti dan dalil, idealisma Islam bukan khayalan, tetapi kenyataan yang tidak mustahil dapat dibangunkan.

Mungkin terdapat segelintir golongan yang berpendapat, Islam tidak dapat dibangunkan kembali dizaman kini, ianya hanya berlaku dizaman dahulu. Pendapat-pendapat ini yang boleh kita katakan sebagai golongan progresif amat bertentangan. Jika mereka menggangap pembangunan Islam yang maju zaman dahulu menjadi punca Islam dapat dipraktikan dan tanggapan mereka terhadap Islam pula pada hari ini yang Islam tidak mencapai taraf kemajuan menjadikan ia tidak praktikal adalah kekeliruan dalam dalaman diri mereka sendiri. Tanggapan ini sangat bertentangan dengan konsep evolusi yang mereka sendiri pegang, iaitu manusia sentiasa maju kehadapan.

Terdapat juga segelintir golongan yang menyatakan bahawa kegemilangan pemerintahan Islam tidak mampu lagi berlaku selepas pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin melain suatu tempoh pendek ketika zaman Umar Abd Aziz. Kita memang mengakui bahawa pemerintahan khulafa ar-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan Islam yang gemilang, dan ia seakan sukar untuk dilaksanakan sesempurna yang mungkin di zaman kini dan selepasnya (melainkan dalam tempoh terdekat di zaman Umar Abd Aziz). tetapi ini tidak bermakna Islam sebagi suatu agama dan sistem hidup telah berakhir selepas zaman gemilang ini. Apa yang menjadi punca adalah dari sikap dan tabiat pemerintah-pemerintah yang telah terseleweng jauh dari peraturan Islam yang telah termaktub. Bahkan ianya telah merebak dan berjangkit kepada rakyat yang pada asalnya menjalani hidup yang baik melalui landasan agama.

Undang-undang dan corak pemerintahan islam itu tetap memerintah setelah tamatnya pemerintahan Khulafa' ar-Arasyidin, undang-undang Islam masih di amalkan di negera-negara Islam. Tradisi Islam dijunjung dalam peperangan melawan musuh, lihat sahaja bagaimana tentera Al-Ayubi menjadikan amalan Islam sebagai senjata dalam menewaskan tentera Salib. Contoh lain bagaimana, Islam menitik beratkan keilmuan sebagai teras kejayaan Islam. Kecintaan umat Islam terhadap pengetahuan ketika zaman Khulafa' ar-Rasyidin telah disambung oleh generasi selepasnya sehingga lahir para ilmuan Islam yang masyur dengan khazanah ilmu yang ditinggalkan (contoh di Andalusia, yang menjadi pusat pengajian ulung)

Pendek kata, corak pemerintahan Islam tetap hidup subur walaupun selepas zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. Malah ilmu-ilmu pengetahuan yang terbit dari kelahiran sarjana-sarjana Islam ini menjadi sumber rujukan bukan sahaja pada umat Islam tetapi kepada sarjana Barat di Eropah yang selepas itu menikam kembali umat Islam dengan pisau yang di 'curi' dari tangan umat Islam itu sendiri. Inilah hakikat sebenar agenda musuh Islam yang tidak mengenang budi dan yang bercita-cita untuk menghaspuskan Islam di muka bumi.

Justeru itu, tahulah kita bahawa Islam bukanlah suatu sistem hidup yang idealistik semata-mata, seperti yang telah diperkatakan oleh musuh. Bahkan Islam suatu sistem yang praktik dan realistik. Yang pernah dilaksanakan dengan gemilang suatu ketika dahulu dan pastinya pada hari ini sistem Islam dapat dan mampu dilaksanakan dengan kemampuan-kemanpuan yang lebih besar lagi hasil dari pengalaman-pengalaman yang dikutip dari sejarah, kerana dengan pengalaman-pengalaman ini membawa manusia kembali semakin dekat dengan sistem Islam.

Inilah pandangan-pandangan dungu dan cetek musuh Islam. Namun, ianya juga turut berjangkit kepada umat Islam. Inyanya lahir dari kefahaman material dan atas dasar ilmu semata-mata tanpa adanya tali iman yang mengikat antara hati dan akal sehingga membuat pelbagai tafsiran negatif san songsang terhadap Islam.

Sesunggunhnya kita harus bersyukur kepada Allah yang masih memberikan nikmat Iman dalam kita untuk memahami Islam yang sebenar. Islam bukan hanya sekadar di anuti, tetapi ia harus di perjuangkan, di pertahankan dari cemuhan dan diberi label-label negatif terhadapnya oleh musuh Islam. Kerana Islam itu tetap akan hidup, tetapi 'hidup'kah kita tanpa Islam??? (koreksi diri dan untuk anda semua)

Katakanlah: "sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam"
Al-An'am 162

No comments: