'The Palm' Dubai
Melaka yang kaya dengan warisan sejarah negara bakal mencatat sejarah lagi apabila menjadi lokasi pertama di dunia memiliki Arab City menjelang 2011.
Arab City yang dibangunkan syarikat swasta, Golden Corporate Heritage Sdn. Bhd., (GCH), bernilai RM1.2 bilion itu melibatkan kawasan 13 hektar yang membabitkan tiga fasa pembangunan di Pulau Melaka, Klebang dan Kampung Jawa.
Pengarah Urusannya, Hesham Fathi berkata, fasa pertama projek itu akan melibatkan kos berjumlah RM250 juta di Pulau Melaka yang dijangka siap lebih awal daripada perancangan asalnya dan pelancarannya dijangka pada bulan Mac 2010.
“Fasa pertama yang membabitkan kawasan seluas 1.38 hektar itu telah mula dimajukan pada bulan Mei lalu dan ia merupakan sebuah kompleks perniagaan yang memiliki 240 bazar, sebuah muzium Mesir dan 20 buah restoran kafe berkonsepkan Arab,’’ katanya dalam satu perjumpaan di sini kelmarin.
Turut hadir ialah Presiden GCH, Saleh Al Mansour.
Hesham menjelaskan, projek tersebut turut memiliki spa khas untuk lelaki serta wanita seperti yang terdapat di Asia Barat.
Menurutnya, setelah ketiga-tiga projek itu disiapkan, sebanyak 200,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan manakala 75 peratus daripadanya adalah untuk penduduk tempatan. (Sumber: JasinDaily)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ke Arah Melaka Maju 2010..Aku cuba memaklumkan pada anda semua (khususnya pada rakyat Melaka) untuk ingat 'point-point' penting dari berita ini..
1) Arab City - apa rasionalnya ia mengambil konsep Arab, adakah ia mengambil idea dari Dubai, The Palm? Atau ia disebabkan 'kepalanya' adalah orang Arab dan kompeni Arab? Melaka nak jadi bandar Arab pula ke? ..kemungkinan ia adalah strategi untuk menarik pelancong Arab pula ke Melaka (pelancong Arab banyak duit)
2) RM1.2 bilion - Kos yang anda harus ingat nilainya, kos yang agak cukup untuk membantu fakir miskin di negeri Melaka.
3) 240 bazar, sebuah muzium Mesir dan 20 buah restoran kafe berkonsepkan Arab - Tiada yang menafikan Melaka merupakan antara pusat membeli belah (atau pusat 'membelah' poket) dan muzium yang terbanyak di Malaysia (muzium samudera, muzium UMNO, muzium Istana, muzium Maritim, muzium Setem, muzium Dunia Melayu Dunia Islam, muzium Islam dan banyak lagi). Cuma bezanya kali ini ia berkonsepkan Arab.
4) Sebanyak 200,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan, 75 peratus daripadanya adalah untuk penduduk tempatan - Bagus benar, harap janji jangan tinggal janji. Tapi lagi 25% untuk siapa?
p/s : Aku memikirkan penduduk Melaka di daerah-daerah 'terpencil' (Alor Gajah dan Jasin).
No comments:
Post a Comment