09 June 2009

Kembang Lagi Lubang Hidungnya

Marvellous..Masjid Selat, Pulau Melaka

SINGAPURA, 8 Jun - Sejarah gemilang yang pernah terpahat pada era Kesultanan Melayu Melaka ternyata telah menjadikan empayar Kerajaan Melayu Melaka terkenal ke seantero dunia dan sejarah kecemerlangan tersebut juga masih kekal terpahat sehingga ke hari ini.

"Saya berbangga selepas mengetahui adanya sebuah kampung yang diberi nama Kampung Melaka di sini, malah mempunyai sebuah masjid yang diberi nama sempena nama salah seorang Pahlawan Melaka yang tersohor ketika itu iaiitu Masjid Hang Jebat," ujarnya semasa berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka kepada Masjid Omar, Kampung Melaka dan Masjid Hang Jebat pada majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Omar, di sini hari ini.

Katanya, kalau dilihat dari keluasan empayar Kesultanan Melayu Melaka ketika itu, kita pasti akur tentang hakikat ini.

"Tidak hairanlah nama Melaka terdapat di serata kepulauan Nusantara. Malah di seluruh dunia. Di Afrika Selatan juga ada nama Melaka. Begitu juga di Surinam, Jakarta, Singapura selain di Langkawi dan Kelantan.

"Sebab saya minta PERZIM bukukan nama-nama Melaka yang terdapat di seluruh dunia ini. Jika sejarah lama ini dibukukan, saya yakin ia mampu membina semangat baru dan semangat persaudaraan yang lebih kental di kalangan Melayu sejagat," ujar Ketua Menteri.

Katanya, Kerajaan Negeri juga berhasrat menubuhkan sebuah Galeri Melaka di Singapura sebagaimana usaha yang telah dan sedang dilakukan di beberapa lokasi seperti Acheh, Tanjung Pinang, Bangka Belitong, Jakarta, Kemboja dan Afrika Selatan.

"Usaha-usaha ini kita laksanakan kerana menyedari kepentingan sejarah dan warisan yang perlu dipulihara sebagai renungan dan pengajaran kepada generasi akan datang," ujar beliau.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan biarkan misaimu itu menyelinap masuk kedalam lubang hidungmu..

p/s: Pelik bin ajaib sekali lagi kerajaan Ali Ketam (ketua Menteri aku juga,nak buat macam mana..) ni..Sifat dan rasa bangga, bangga dan bangga sekali lagi memperlihatkan pemikiran Ali yang sebenar cuba hendak di bawa terhadap negeri melaka itu sendiri.

Kebanggaan yang bagaimana cuba di highlight kan oleh Ali?.adakah ianya atas tujuan Perlancongan semata-mata?..supaya rakyat dunia mengetahui Melaka, sebuah negeri kecil yang mampu bersaing di medan global dalam aspek pelancongan?. Atau memberitahu dunia bahawa Melaka merupakan negeri yang tersangat kaya dengan khazanah sejarah?..atau Melaka hebat..atau Melaka Power..atau..dan atau..

Teringat dulu Ali Rustam pernah menyatakan rasa bangganya atas pembinaan Penjara terbesar dan termoden di Sg.Udang (sedar ke tidak dia ni)...dan kali ini kesekian kalinya beliau berbangga kerana terdapat sebuah Kampung yang bernama Kampung Melaka.(yang ni kira ok la sikit. Lepas ni entah apa lagi..

Apabila beliau merujuk kembali kepada sejarah melayu Melaka, rupa-rupanya masih terdapat lagi sedikit kebijaksanaan beliau dalam merungkai sejarah kegemilangan di melaka dahulu.Namun adakah ia dilihat dan di cedok hanya semata-mata atas dasar nama sahaja, Stadium Hang Jebat, Masjid Hang Jebat, Stadium Hang Tuah, kanpung Melaka, Sungai Melaka, dan pelbagai lagi label ke'melaka'an.Apakah intipati sebenar apa yang berlaku di zaman kegemilangan melayu melaka dahulu diamati sepenuhnya.

Rasanya tiada apa yang hendak dibanggakan jika dilihat sejarah itu melalui kacamata nama Melayu semata-mata. Jika diamati Melaka terkenal ketika dahulu atas sebab kedatangan Islam yang telah bertapak di sejak kurun 12 atau 13 dhulu. Kedatangan Parameswara (yang bukan bangsa Melayu) seterusnya pengislaman beliau di melaka telah menyaksikan Islam telah berkembang dengan pesat di melaka, kemudiannya agama Islam di Melaka telah menjadi asas perkembangan Melaka dari sudut ekonomi, sosial, kepimpinan dan sebagainya.

Islam yang tiba di Melaka ketika itu telah membawa suatu transformasi kepada agama, budaya, sosial dan kepimpinan politik pada ketika itu. Seharusnya perencah inilah yang digunakan oleh Ali Rustam dalam membawa Melaka di mata dunia. Bukan hanya atas nama 'NAMA' sahaja, tetapi lack dari segi makna sebenar nama itu.Tidak faham ibarat burung kakak tua.

"Usaha-usaha ini kita laksanakan kerana menyedari kepentingan sejarah dan warisan yang perlu dipulihara sebagai renungan dan pengajaran kepada generasi akan datang,"
Murni dan suci sungguh hasrat beliau, saranan beliau pada penduduk melaka agar kembali merenung dan mengambil pengajaran terhadap sejarah-sejarah yang telah berlaku.
Emm..aku juga menyarankan agar rakyat melaka juga harus mengambil pengajaran dan iktibar dari sejarah yang dilakukan oleh Ketua Menteri yang kita sanyagi ini..

1) Anugerah datuk untuk Shah Rukh Khan..berapa kosnya?
2) Pesta 'membakar duit rakyat' pada petunjukan bunga api pada malam menyambut Ambang Kemerdekaan lalu..duit lagi..
3) 'Pelaburan' bagi kempen pemilihan timbalan presiden UMNO..duit rasuah dari poket rakyat..
4) Kos sebenar membawa, membaiki dan menyelenggara bas dua tingkat dari London..
5) Pembangunan di Pulau Melaka yang menjadi projek gajah putih..
6) Projek Taman seribu Bunga yang diam sepi seribu bahasa dari pengunjung (aku dah pegi..memang tak ada orang yang datang)
7) Kapal selam terpakai ke Melaka untuk dijadikan muzium..MUZIUM kawan-kawan!!..kosnya pak?
8) Surat khabar UMNO 'Melaka Hari Ini',yang menaggung kerugian percetakan dan pengeluaran..duit sapa?
9) Konsert malam kemerdekaan..artis-artis yang dibawa masuk, termasuk sekali gejala sosial remaja yang turut dibawa masuk..
10) 'Sri Bendahara'..kediaman rasmi Ali..berapa kosnya..maintenance lagi?
11) Projek pelancongan yang terbiar dan tergendala..seperti Mini Malaysia dan Mini Asean, Eye On Melaka, Pirate Ship dan lain-lain.
12) Kes POLITIK WANG yang dilakukan sendiri oleh Ali Rustam..(di buka aibnya oleh Lembaga Disiplin UMNO itu sendiri..malang betul)
12)...dan banyak lagi..

Inilah beberapa rentetan sejarah kontemporari yang berlaku di Melaka. Sepatutnya Ali lebih dulu mengkaji dan mengambil iktibar sejarah atas perlakuan yang telah dilakukanya sebelum ini.Kadang-kadang aku terfikir, ada juga golongan manusia yang masih lagi mahu berbangga dengan diri walaupun telah telah banyak kesilapan dan dosa yang dilakukan sebelumnya. Hendak berbangga dengan siapa?dengan manusia?..tiada masalah..tapi dengan Pencipta Manusia?..lu pikirla sendiri.....Ali..

Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."
Al-Qasas 76




No comments: