30 June 2009

Trauma UMNO

"please don't talks about debate!"

Trauma UMNO terhadap debat. UMNO yang semakin parah meminta dihentikan sebarang perdebatan yang tidak membawa faedah kepada sesiapa, kenyataan Najib susulan daripada pelawaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat. Malah trauma UMNO ini telah merebak ke institusi2 pendidikan tinggi dan rendah. Tiada debat di sekolah-sekolah dan di universiti. UMNO seolah-olah meminta agar rakyat berperanan seperti 'burung kakak tua' dan 'pak turut' yang sememangnya merupakan perangai sebahagian besar mereka.

Suatu kerugian yang besar jika perdebatan ilmiah dihentikan, terutamannya di peringkat pengajian tinggi. Aku teringat kata-kata Abul 'Ala Al-Maududi, tokoh Islam India, antara sifat atau karakter musuh Islam ini, antaranya adalah mereka akan sedaya upaya untuk merubah sistem pelajaran dan pendidikan, dengan erti kata lain menutup segala pintu-pintu kebenaran yang harus di tegakkan melalui sistem pendidikan. Sepertimana yang diamalkan oleh penjajah Barat. Namun UMNO ini lebih teruk dari Barat. Lihat saja hari ini pelbagai rombakan yang dilakukan terhadap sistem pendidikan dalam negara (anda semua sudah sedia maklum).

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO itu mempamerkan mentaliti sebenar pemimpin-pemimpin mereka. Bahkan tanggapan mereka terhadap debat pun sudah menggambarkan kejahilan yang menjadi penyakit kepada mereka. Perdebatan pada pandangan mereka hanyalah suatu bentuk hiburan semata-mata, seperti mana yang pernah dikatakan oleh mantan presiden UMNO dahulu, Tun Mahathir. Ya, aku juga menganggap ianya suatu hiburan andai pemimpin UMNO sendiri berdiri, melihatkan lagak tokoh UMNO yang lucu ketika berdebat.(tengok sahaja dalam rancangan2 Debat di televisyen). Hanya air liur yang terpercik. Tiada fakta, semuanya auta.

Ketahuilah sesungguhnya merekalah angkatan yang buta dan jahil Islam (semua sudah tahu). Melihat debat ini suatu perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah. Sebenarnya bukan mereka takut. Walhal UMNO juga pernah melakukan debat, contoh ketika Isu Minyak antara DS Anwar dengan Shaberi Chik dahulu. Jadi mengapa perlu menolak pelawaan untuk berdebat, sehingga membawa kepada suatu penyakit trauma yang berjangkit kepada institusi pendidikan. Buang masa? sesungguhnya UMNO sendiri yang banyak membuang masa.(dan buang duit-membazir).

Perdebatan (jidal) merupakan salah satu kaedah komunikasi Islam selain, dialog dan perbincangan (musyawarah). Ia adalah kaedah yang digunakan mengikut kesesuaian. Dalam konteks ini, UMNO sukar untuk di buat berbincang- penolakan kerajaan perpaduan tidak menggambarkan PAS menolak perbincangan, malah PAS sentiasa terbuka kepada perbincangan yang membawa kepada faedah, tetapi ianya melihatkan persoalan masa yang tidak sesuai, melihatkan keadaan UMNO sendiri yang tidak mahu mengaku kesalahan, menolak Islam-, jadi antara kaedah lain adalah melalui berdebat. Andaikata UMNO benar pasti tiada masalah.

Inilah 1 Malaysia UMNO/BN dan sekutunya

UMNO tolak DEBAT --1
PAS terima DEBAT -- 2
ISLAM terima DEBAT --3

1=2 : UMNO tolak = PAS terima -- 4
3=2 : ISLAM = PAS -- 5
4=5 : UMNO tolak = ISLAM terima
so, mudahnya,
UMNO tolak ISLAM (haha..sebab berlaku kontradiksi antara keduanya)


No comments: