24 December 2008

2 in 1

Ini bukan Gunung Ledang


Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat mencurah-curah yang masih diberikan. Di kesempatan dan peluang yang masih terbuka luas untuk aku terus-menerus mampu menekan ketulan-ketulan keyboard yang masih kekal dan istiqamah di atas papan kekuncinya. Mudah-mudahan begitu juga aku, terus kekal dan istiqamah di atas agama-Nya. InsyaAllah..

Alhamdulillah, cuti yang masih berbaki beberapa hari ini aku dapat manfaatkan dengan sebaik-baiknya (hopefully..). Pertamanya aku hendak berkongsi sedikit pengalaman dari program mortivasi bersama-sama adik-adik lepasan SPM, dan sebelum tu sedikit pengalaman menawan puncak Ledang dengan hanya berbekalkan Allah dan Rasul dan sedikit semangat ’soto Tangkak’ sebagai ’motivator’ (Subhanallah). Cumanya atas ingatan dan makluman awal kepada pembaca, cerita ini tiada kaitan bagi mereka yang telah mati, tetapi ada kaitan bagi mereka yang masih bernyawa dan mereka yang telah mengalaminya sendiri. Dan ia juga atas dasar kesedaran sendiri untuk menilai dan membuat analisis akan harga sesuatu perkara yang telah berlaku agar ia dapat di ambil iktibar dan pengajaran untuk di perbaiki pada masa akan datang, khususnya pada diri aku.



Pengalaman mendaki puncak Ledang banyak mengajar aku tenang erti tarbiyyah yang sering di kuliah dan di’bebel’kan oleh Murabbi tentang pentingnya peranan tarbiyyah khususnya di dalam cabang tarbiyyah jasadiyyah yang menjadi ubat suntikan dan ’catalyst’ kepada para pendakwah dlm gerakan Islam. Jadi tak hairanlah slot mendaki gunung Ledang baru-baru ini merupakan salah satu adegan cerita bahkan praktikal untuk dijadikan saripati penting dalam gerakan dakwah Islam. Mungkin bagi pandangan peribadi aku, latihan mendaki gunung Ledang sebegini ini hanyalah sekadar sekelumit dari latihan jasadiyyah yang sebenar yakni yang benar-benar akan di hadapi oleh para ahli harakah di ruang lingkup sebenar iaitu di medan luar sana. Sedikit,sikit and a little bit..But it is a process, perlukan istiqamah dan latihan yang berterusan supaya lama kelamaan menjadi kekuatan dalam diri. Allah menyukai sesuatu perkara yang sedikit di lakukan tetapi berterusan bukan banyak tapi tak menentu.

Sebagai urusetia yang setia dan sibuk meng-urus-kan kerjanya, banyak yang kurang dan terlepas pandang, bukan di peringkat peserta tetapi di peringkat diri sendiri atau urusetia. Mungkin pengalaman terlupa atau ’buat-buat lupa’ menjadi pengajaran dan sejarah. Ya, memang Allah ada berfirman di dalam Al-Quran yang mana Dia akan menguji kita dengan sedikit kesusahan, kekurangan nyawa,harta,makanan kepada mereka yang berjuang pada jalan Allah, tapi Allah juga tidak mengizinkan kita sengaja mencampakkan kita kearah kebinasaan. Entahlah, peristiwa kami para urusetia yang tak teringat dan langsung tidak membawa bekalan makanan dari kaki hingga ke puncak gunung benar-benar memberi pengajaran. Benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran kami. Hanya Allah dan Rasul shaja menjadi ’bekal’ sepanjang perjalanan naik dan ditambah dengan ’the spirit of soto’ di perjalanan turunnya pula, itu semua menjadi pemangkin untuk tetap thabat dan tidak tewas di sepanjang perjalanan. So moral of the story, planning in every single of your works for the better future.

Minggu-minggu seterusnya diisi dengan program motivasi bersama adik-adik lepasan SPM, matlamatnya, supaya masa cuti mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah disamping menjadi bekalan untuk mereka bawa apabila masuk ke alam kampus kelak. Walaupun secara peribadinya aku telah melalui banyak program motivasi dan kem-kem ibadah sebelum ini, baik sebagai peserta atau urusetia, tetapi program kali ini memberi sedikit kelainan bagi diri aku. Semuanya mengingatkan aku kembali (flashback) waktu aku berada sezaman dengan adik-adik ini, zaman-zaman gelap (taklah gelap sangat) yang aku lalui, di peringkat masih mencari identity dan arah tujuan hidup yang sebenar. Mungkin kisah hidup kanak-kanak zaman aku tak sama dengan sahabat-sahabat lain dan tak seuntung dengan kanak-kanak atau remaja sekarang. Berbeza, bahkan tidak sama keadaanya.Kemungkinan aku lambat sedar, masih lalai dan leka dengan ’permainan’ dunia, ditambah dengan kawan-kawan aku yang pada hari ini digelar sebagai kelompok ’untapped-market’ bagi golongan pendakwah, sangat sukar. Di tambah dengan program-program motivasi atau kem-kem ibadah yang kurang pada waktu itu. Di mana pada hari ini masyarakat sedar akan peri pentingnya pembangunan rohani dalam jiwa dan hati anak-anak dalam masa yang sama tidak di lupakan pembangunan jasmani,sahsiah, akhlak dan moral sebagai pelengkap kepada kesempurnaan seorang muslim. Generasi pelapis khususnya.

Harapan ibu ayah sangat mengharapkan anak yang soleh, yang berbakti dan sentiasa mendokan ibubapa. Kejar impian tapi dalam masa yang sama tidak dilupakan ketaatan kita kepada Allah. Jadikan program ini sebagai platform untuk memperbaikki segala kekurangan diri. Pupuklah ukhuwwah islamiyyah yang telah terbina antara kita sehingga akhir hayat. Semoga ’Rabithah’ di dalam doa menjadi amalan dan penghubung sebagai tautan antara hati-hati kita. Peringatan buat diri dan kepada adik-adik seusrah.

”Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang berbuat baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain” mafhum maksud sabda Nabi s.a.w. Pokoknya, dari intipati program, mudah-mudahan kami sebagai urusetia dan khususnya bagi adik-adik mnjadi insan yang bukan hanya soleh bahkan musleh,yakni memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang diharapkan.

Buat adik-adik, ikhlaskan niat, sabar dan istiqamah dalam hidup, khususnya dalam konteks kita sebagai pendakwah. Jadikan organisasi batch pertama yang telah dibentuk sebagai medium kebersamaan dalam berjemaah agar ukhuwwah dan peranan kita sebagai dai’e dapat diteruskan dari semasa kesemasa. Kami abang-abang dan kakak-kakak urusetia sentiasa menyokong antum.

So, for the conclusion, itulah sedikit pengalaman dari pengalaman-pengalaman masa cuti aku untuk di kongsikan bersama. Bukan untuk riak atau takabur, walaupun tiada unsur-unsur riak dan takabur dalamnya,bukan sekadar mengisi masa lapang, atau menambah koleksi atau bilangan posting di dalam blog (walaupun ada sedikit..huhu), tetapi cuma sekadar mengambil iktibar dan pengajaran akan sesuatu peristiwa yang mungkin boleh di jadikan sejarah peribadi dalam diri supaya kita sebagai manusia sedar dan sentiasa mengetahui akan kewujudan kita yang Allah ciptakan bukan untuk main-main dan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya bagi orang yang mahu memikirkannya.

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja),dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 23:115


My Concern: Muslim Youth Smart Camp '08

Adik-adik seusrah..

Asyraf,Syakir,Syukri,Nazmi,Ridzuan dan Saifullah

Ust.Hidayat dengan anak-anak usrahnya

Topek n the gangs

Modul ukhuwwah

Berkubang sepuas hati

1 comment:

myikhwanfiideen said...

salam.. Motivasi 'soto tangkak' ya.. Mantop2..