08 February 2009

Sabar dan sabar..

Don't be like this angry hulk...

Syukur kehadrat Allah untuk sekian kalinya aku berjaya menambah lagi bilangan artikel dalam blog ini. Time constraint yang menjadi penghalang utama untuk aku meng’update’ blog, dan ditambah lagi atas desakan sahabat ;p.,walaupun isu kerajaaan Perak yang sekarang ni terhangat di pasaran dan aku bukanlah hendak memberi komen tentang isu ini walaupun sudah terlalu ramai sangat bloggers memberi komen tentang isu ini.

Cumanya, as Malaysian kita perlu sedar yang dunia, atau khususnya dalam konteks Malaysia yang kini berada di fasa perubahan atau reformasi buat beberapa kalinya. Bermula dengan reformation movement semasa isu Anwar ibrahim pada tahun 1998 dahulu yang menjadi turning point atau titik perubahan dan permulaan kepada era reformasi di Malaysia khususnya. Dan sekali lagi bayangan reformasi bakal di teruskan di sekitar tahun 2009 ini kesan yang berlaku kepada kerajaan pakatan rakyat di Perak. Bezanya 1998 dahulu berlaku di seluruh Malaysia,tetapi kali ini ia berlaku di sekitar negeri Perak namun kesannya dirasai oleh rakyat di seluruh Malaysia.


ika diperhatikan satu demi satu ujian yang Allah timpakan kepada kita sebagai umat Islam. Dari isu Palestinnya yang seolah-olah tiada penghujung. Regim zionis yang semakin rakus membunuh rakyat Palestin. Dan hari ini api kemarahan umat Islam telah berada di tahap maksimum, buktinya pelbagai siri-siri demonstrasi dan pemboikotan yang di adakan hampir di seluruh negara. Selain bantuan kewangan, makanan dan ubatan yang di hantar ke Gaza menunjukkan masih tersisa lagi sensitiviti umat Islam pada hari ini. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya musibah yang Allah telah timpakan menyedarkan kita agar kembali bersatu di bawah satu umat yang dikatakan umat yang terbaik.

Peristiwa2 ini menjadi iktibar bagi kita semua, walaupun ia pahit untuk diterima tapi firman Allah “Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan yang demikian itu baik untukmu,
begitu juga barangkali kamu mencintai sesuatu sedangkan yang demikian itu tidak
baik untukmu“ Al-Baqarah 216. Yakinlah bahawasanya ujian dan cubaan yang Allah telah turunkan bukan untuk menyiksa dan bukan tempat untuk Dia memutuskan sesuatu perkara, tetapi ujian yang di timpakan di dunia ini adalah sebagai satu tempat untuk kita bermuhasabah dan membersihkan diri. Ia juga sebagai medan pembersihan hati buat muslim yang beriman seperti mana firman Allah
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak akan diuji lagi ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang - orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang - orang yang dusta” Al-Ankabut 2-3.

Ia juga merupakan tanda Allah mengangkat darjat orang2 yang beriman dengan melipat gandakan pahala, meluputkan dosa2 yang telah di lakukan. Kerana kita bukanlah malaikat atau rasul yang bersifat maksum, hatta para rasul pun telah menerima ujian dari Allah sebagai kifarah kpd mereka. Ini kan kita, manusia yang setiap hari melakukan dosa dan maksiat. Semoga Allah mengapuni dosa2 kita.

Sabda Rasulullah s.a.w “Tidaklah seorang muslim menderita karena kesedihan, kedudukan, kesusahan , kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya.”

Doa sebagai senjata bagi orang mukmin. Semoga kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah agar di berikan kekuatan iaitu pertama Hidayah Allah dan yang kedua sifat sabar, sifat sabar yang menjadi pelengkap untuk membantu kita menghadapi cobaan dan godaan syaitan dan hawa nafsu.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” Al-Baqarah 155-156

4 comments:

Anonymous said...

macam muka ko la...
hahaha.

LegendZ said...

itu satu penghinaan melampau..mmg mamat yg cakap ni x sayang mulut..xpe2..kita berlapng dada dgn shbt..

Anonymous said...

:)
blapang dada sungguh yek..
nati xpasal2 sume org sokong kate2 imam besar tu..

myikhwanfiideen said...

Berkatalah anda perkataan yang baik-baik sahaja buat sahabat.. Rujuk Surah Isra' ayat 53.