15 June 2009

Man Ana?



    Firman Allah SWT:

    "Hai manusia! apakah yang telah memperdayakankamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yangtelah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan(susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki.Dialah yang menyusun tubuhmu.”- Surah al-Infithar: ayat 6-8.

    1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:

    Kamu ialah satu penciptaan Allah SWT dan satutiupan suci dari sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan kamu dengan kekuasaan-Nya.Ditiup-Nya ke dalam diri kamu dengan ruh dari sisi-Nya. Dimuliakan kamudaripada seluruh makhluk-Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu.Allah SWT telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamuamanah, lantas kamu memikulnya. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmatdari sisi-Nya baik yang zahir mahu pun batin. Dijadikan untuk kamu seluruhisi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan.Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengansesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati.Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (yang buruk dan yang baik) dan ditunjukkankepada kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihanterhadap jalan-jalan itu. Dengan izin-Nya dan penciptaan-Nya, kamu dapatterapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom.Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisanawan dan langit (serta bumi).

    Lantaran itu adakah lagi pencitaan dan kejadianyang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung daripada penciptaan Rabbaniini?

    Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia tidakakan terhenti setakat ini sahaja. Kamu akan dihidup dan dibangkitkan kembali.Kamu akan dihimpunkan semula. Kamu akan menempuh hidup baru dengan penuhkemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan,dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya kamu beramaldengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, al-Ma’bud, al-Khaliq.

    Firman Allah SWT:

    “Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”- Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Kematian yang kamu bimbang dan takuti itu tidaklain melainkan hanyalah satu perpindahan dari hidup di dunia kepada kehidupanyang satu lagi.

    Firman Allah SWT:

    “Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkansenda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnyakehidupan, jika mereka mengetahui.”- Surah al-Ankabut: ayat 64.

    Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satusangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah ia adalah satupakaian terhadap jiwa kamu sehingga sampai kepada satu ketika di mana kamumenemui kematian. Semoga Allah S.W.T. merahmati orang-orang ‘Arif yangberkata:

    2. Sebaliknya, orang-orang Meterialistik dan yang suka membantah akan mengatakan:

    Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah,berasal daripada setitis mani yang terperangkap di dalam rahim. Denganmasa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepasitu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancurluluh. Demikian juga kata-kata orang yang terdahulu daripada mereka. Firman Allah SWT:

    “Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lainhanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.”- Surah al-Jaathiyah: ayat24.

    Orang-orang yang terkemudian daripada mereka berkata,“Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunanunsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupanhanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatanuntuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya. Sesungguhnya dunia iniuntuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia.

    Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


    Wahai saudara, perhatikanlah:

    Wahai saudara, itulah permasalahan hidup sebenarnya, jika kamu perhatikan betul-betul. Jika kamu renungkan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamathidup dan jalan yang harus kamu tempuhi.

    Seperkara yang inginku nasihatkan kepadamu:

    Ambil peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari di manakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnyakamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matlamat sebenar. Seterusnyakamu akan menuju Allah SWT Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingati-Nya, mentaati-Nya, muraqabah kepada-Nya dan sentiasatakutkan-Nya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Rabnya. Jangan kamu merasa aneh jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat. Ada dua jalan, jalan fitnah ataujalan hidayah. Firman Allah SWT:

    “Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkankepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatanjahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang kerasdisebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombongterhadap apa yang dilarang mereka daripada mengerjakannya, Kami katakankepada-Nya, “Jadilah kamu kera yang hina”.”- Surah al-’Araf: ayat 165-166.

    Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus. Wallahu'alam

No comments: