28 January 2010

Boleh percaya kah??

Agak-agaknya pijak kepala lembu tu..serangan kepada lembu je kot..?


Semua sepakat membantah serangan terhadap rumah ibadah..? (Berita Berkaitan:
Pemuda Pakatan dan BN sepakat bantah serangan) Alhamdulillah, bagus la, satu petanda bahawa semua rakyat berbilang kaum dan berbeza ideologi dan fahaman politik 'sebenar'nya sepakat tidak bersetuju dengan serangan yang berlaku terhadap rumah ibadat akhir-akhir ini akibat bermula dari isu kalimah Allah dahulu.

Maka saya melihat ianya suatu yang harus di contohi oleh semua rakyat. Cuma, pandangan saya yang cetek ini, kenyataan itu harus atau sepatutnya tidak langsung di pandang ringan kerana apabila kedua-dua pihak (Pakatan dan BN) telah sebulat suara menentang serangan terhdap rumah ibadah ianya masih lagi perlu ada pihak yang dipertanggungjawabkan tentang isu ini. Bagi saya, Pakatan seharusnya berhati-hati dengan permainan BN atau UMNO ini. Apabila mereka sendiri menyatakan kesepakatan mereka bersama Pakatan menolak dan menentang serangan terhadap rumah ibadah seolah-olah mereka (BN-UMNO) cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka tidak bersalah dan terlibat dengan isu hangat akhir-akhir ini. Bukankah kita tahu sebelum ini ..siapa yang sebenarnya beriya-iya meminta mahkamah tinggi menolak kembali permohonan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan siapa pula yang menjadi pencatur kepada demonstrasi kalimah Allah ini selepas itu?..sehingga imlikasinya membawa kepada serangan terhadap rumah ibadah? (itu belum cerita lagi isu kepala lembu,..)

Saya tidak bersikap prejudis walaupun terpaksa meragui kebenaran yang cuba BN-UMNO lakukan. Kerana Pakatan harus berhati-hati dengan permainan licik mereka ini, ia berdasarkan sejarah yang kita semua maklum apa yang telah BN-UMNO lakukan. Kemungkinan ia disebabkan kelemahan mereka untuk menangkis isu yang mereka sendiri cipta ibarat perangkap yang memakan tuan lalu mencari mangsa untuk menutup kembali kelemahan mereka dengan cuba ber'sahabat' dengan Pakatan melalui keputusan persefahaman yang dilakukan. Seolah-olah mereka mahu memberitahu rakyat mereka tidak terlibat atau tidak bersalah dengan isu tersebut. Ini adalah persepsi yang cuba mereka tonjolkan terhadap rakyat. Kerana mereka memang pakar dalam memberi persepsi. Sepertimana persepsi buruk yang mereka buat kepada TG Nik Aziz, Husam, Anwar Ibrahim dan ramai lagi..

Berhati-hatilah, walaupun persefahaman antara kedua-dua pihak parti yang semua orang tahu menjadi musuh seteru dari dahulu adalah suatu perkembangan yang baik, tetapi ia tidak semestinya bermakna Pakatan harus melupakan kesalahan yang mereka sendiri lakukan. Dan saya yakin pemimpin-pemimpin Pakatan sangat bijak dan telah biasa dengan sebarang kemungkinan cuma apa yang 'kurang'nya adalah dari sikap PENYOKONG dan PENDOKONG Pakatan itu sendiri..(termasuklah saya). Terkadang pelbagai kesimpulan dan tafsiran yang dibuat hingga ada yang mengherdik dan berkata yang tidak sepatutnya terhadap pemimpin-pemimpin mereka jika ada isu yang tidak menyenangkan berlaku...isu yang sendiri di cipta oleh BN-UMNO..kemudian di besar-besarkan oleh kita sendiri...Wallahualam..

p/s: Antara yang sepakat...

Pemuda Barisan Nasional Pemuda Pakatan Rakyat
Pemuda UMNO Angkatan Muda Keadilan
Pemuda MCA Democratic Action Party
Pemuda MIC Socialist Youth
Pemuda Gerakan Dewan Pemuda PAS
Pemuda PPP
Pemuda PBB
Pemuda SUPP
Pemuda SPDP
Pemuda PRS
Pemuda PBS
Pemuda UPKO
Pemuda PBRS
Pemuda LDP

Nampak macam Pemuda BN lebih 'Sepakat'....ramai..


No comments: