20 January 2010

Rokok : Penguatkuasaan lemah?




  • SEKURANG-KURANGNYA 20 kawasan telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok di negara ini tetapi para perokok seolah-olah mendapat ‘kebebasan’ melanggar peraturan itu.
  • Tinjauan sehari Unit Khas Utusan Malaysia mendapati, di beberapa kawasan hospital dan pusat perubatan masih kelihatan petugas dan orang awam menghisap rokok.

  • Kegagalan pelbagai kempen kerajaan termasuk Klinik Berhenti Merokok dikaitkan dengan ‘kedegilan’ atau kurangnya kesedaran para perokok terhadap bahaya menghisap rokok.

  • Lebih baik jika perokok ini berhenti dan menabung wang itu untuk menunaikan fardu haji kerana ia merupakan satu kewajipan bagi umat Islam
  • -Datuk Nooh Gadut

    Penasihat Majlis Agama Islam Johor (sumber)

    ------------------------------------------------------


    KOmentar:


    Saya tak faham bagaimana seorang Penasihat Agama Islam melihat salah laku menghisap rokok di kawasan larangan adalah disebabkan lemahnya penguatkuasaan dan disebabkan kedegilan perokok sedangkan punca yang lebih besar di lupakan atau tidak dinyatakan. Andai DADAH yang menjadi musuh negara itu kerajaan dilihat begitu komited dan serius untuk menanganinya, apa bezanya ROKOK?. Jangan kata bahawa rokok itu bukan sejenis dadah, kerana dalam rokok itu terdapatnya nikotin, yang juga terdapat di dalam dadah yang berbahaya setanding dadah heroin dan kokain . Nikotin itu merupakan salah satu daripada 4000 bahan kimia yang berbahaya di dalam rokok.


    Rasanya sudah pasti ramai yang berkali-kali mengetahui bahwa hukum yang paling sesuai kepada rokok (atau merokok) itu adalah HARAM berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi di dalam Fatawa Mu’asirat. Beliau berkata “Dari penjelasan yang telah diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap sebagai salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram.. (Berdasarkan kajian terkini), penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya”.


    Dan Allah telah berfirman dalam Al-Quran, (Al-'Araf:157), "Dan dia (Rasul) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (khabaith)". Imam Syafie mentafsirkan 'khabaith' itu adalah 'sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji'. Seperti yang saya katakan tadi, rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang beracun, iaitu bahan yang kotor dan keji bukannya suci.


    Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu dengan lisan (kata-kata), jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman". Nah, pointnya disini adalah soal PENCEGAHAN. Iaitu pencegahan berdasarkan dengan apa yang termampu. Maka dalam konteks ini, jika soal kekuasaan menjadi keutamaan terhadap suatu pencegahan maka pencegahan itu sesuai dikait dengan undang-undang, oleh yang demikian sekali lagi kerajaan di lihat bertanggungjawab terhadapnya. Tidak di nafikan usaha 'pencegahan' telah dilakukan oleh kerajaan, lihatlah kempen anti-rokok sana sini, tak cukup dengan itu, kerajaan pun telah menaikan cukai rokok, naikkan harga rokok, mewartakan kawasan-kawasan larangan merokok dan lain-lain. Syabas di ucapkan.


    Namun, peliknya kerajaan seolah-olah bermain tarik tali dengan gejala rokok ini, nak telan mati mak, nak luah mati bapak, serba salah jadinya. Itulah yang dikatakan tidak serius. Seolah-olah keputusan itu terletak kepada masyarakat, yang penting kerajaan yang lakukan untuk rokok. Peliknya selepas itu menunding jari pula kepada masyarakat (terutama perokok) yang dilihat bersalah. "kan kerajaan dah kata merokok membahayakan kesihatan, kenapa hisap lagi".."tak nampak ke kat kotak rokok dah tulis". Akhirnya, dua-dua pihak rugi, baik datangnya dari pihak kerajaan ataupun rakyat sendiri. Rugi pada kerajaan, terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk kempen cegah rokok (walaupun ianya berbaloi dengan keuntungan cukai rokok yang diperoleh). Dan rugi pada rakyat pula, double, duit rugi, nyawa pun rugi.


    Saya terfikir, mengapa kerajaan mampu menguatkuasakan Dadah dengan mengharamkan dan mengenakan hukuman yang berat kepada pengedar dan penagih Dadah tetapi tidak kepada Rokok. Sedangkan ada kajian yang dilakukan mengatakan rokok (atau tembakau) lebih bahaya dari sesetengah dadah (sumber). Ia menjadi penyebab 40% kepada penyakit yang dialami masyarakat. Bahkan jika diteliti kebanyakan mereka yang menghisap dadah adalah bermula dari rokok. Namun ia masih dilihat suatu perkara yang masih boleh dikompromi dan dipertimbangkan oleh kerajaan hingga meletakkan kepentingan UNTUNG melebihi kepentingan NYAWA. (click). Jika kerajaan masih lagi memikirkan soal keuntungan, apa kata jika di tangkap sahaja mereka yang menghisap rokok kemudian mengenakan denda atau kompaun berbentuk wang. (seperti Dadah dll). Berani buat atau tidak sahaja..Wallahu'alam


    p/s: meminjam kata-kata Datuk Nooh Gadut, "Lebih baik jika perokok ini berhenti dan menabung wang itu untuk menunaikan fardu haji kerana ia merupakan satu kewajipan bagi umat Islam".

    Agak-agaknya berapa ramailah Haji-haji yang menghisap rokok diluar sana?..itu belum kira 'ustaz-ustaz'...




    No comments: