28 January 2012

PRU13: Ada sabotaj besar-besaran ahli UMNO ?


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Gambaran jelas tarikh pilihan raya umum semakin hampir, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kali mengumumkan Umno mempertimbangkan untuk mengaktifkan jawatankuasa disiplin parti sebagai persiapan awal.

Presiden Umno ini menjelaskan langkah itu diambil untuk mengukuhkan disiplin parti dan seterusnya menghalang sebarang usaha untuk sabotaj pemilihan parti sebelum pilihan raya diadakan.

“Kami tidak mahu sesuatu berlaku selepas pemilihan, kesannya telah pun berlaku. Jadi lebih baik kita proaktif.

“Ini adalah yang pertama kali, dalam erti kata lain kami mengaktifkannya (jawatankuasa) lebih awal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno malam tadi.

Perdana menteri bagaimanapun menafikan Umno menjangkakan sabotaj besar-besaran di antara ahli akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang menambah ia hanya langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata ia bukan perkara luar biasa menghadapi masalah disiplin dalam mana-mana pilihan raya terutamanya dari ahli-ahli yang tidak dipilih menjadi calon.

“Dalam parti yang besar, terdapat ramai yang membantah...Mungkin mereka tidak dipilih dan pengikutnya, yang akhirnya memilih menyokong pembangkang.

“Oleh itu, pada saat ini kita perlu kukuhkan disiplin (dalam parti),” kata Najib.

Beliau berkata timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan pembentukan jawatankuasa disiplin dan jumlah anggotanya.

Dijangkakan Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 lebih awal, mengambil kira faktor kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini, Bajet 2012 dan janji-janji transformasi termasuk jaminan akan meningkatkan kebebasan awam.

Mengenai persiapan Umno menghadapi pilihan raya umum, Najib menunjukkan tanda isyarat bagus tetapi menambah masih banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan kemenangan setiap calon.

“Lantaran, sudah menjadi tanggungjawab ahli majlis tertinggi untuk bekerja lebih keras tanpa mengira waktu,” katanya.

Pada perhimpunan agung Umno Disember lalu, Najib memberitahu kepimpinan tertinggi parti itu mengutamakan perpaduan berbanding kepentingan diri sendiri dan melatakkan pilihan raya umum fokus penting daripada pemilihan parti.

Beliau mengingatkan gendang pilihan raya semakin kuat dan meminta semua ahli perlu mementingkan “calon mampu menang” pada pilihan raya umum, yang beliau ramalkan akan menjadi “luar biasa.”

Masalah dalaman dan sabotaj, termasuk ahli parti menentang Barisan Nasional (BN), dikatakan penyumbang utama kepada prestasi suram Umno pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan parti pemerintah itu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. - MI

--------------------------------------------------------------------

Komentar:

Pilihanraya semakin hampir, UMNO kelihatan cuba membersihkan imej dalaman mereka dengan mengaktifkan jawatan kuasa disiplin mereka. Mereka tahu di saat pilihanraya ini ramai menteri, ketua-ketua bahagian, malah ada ketua cawangan mempergiatkan aktiviti lobi=melobi untuk menjadi calon, ketahui umum dalam UMNO sendiri aktiviti lobi-melobi tidak 'sempurna' jika tiada rasuah-merasuah.

PM Najib yang juga Ketua UMNO Malaysia tidak boleh menyembunyikan hakikat bahawa aktiviti sabotaj-mensabotaj parti memang berlaku dan akan berlaku. Walaupun beliau menafikan ia berlaku namun siapa tidak kenal PM bernama Najib ini..cakap lain, buat lain. Jika di lihat ramai bekas-bekas menteri UMNO yang telah berubah arah, seperti contoh terbaru Bekas Menteri Pelancongan, Sheikh Fadzil yang menyedari berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan harta rakyat yang di lakukan kerajaan BN.

Jelas, tindakan mengaktifan jawatan kuasa disiplin UMNO adalah tanda bahawa ahli UMNO ramai telah hilang kepercayaan. Kemungkinan 'hilang kepercayaan' ini terbahagi kepada dua:

1) Ahli mensabotaj parti kerana tidak di pilih calon (seperti yg di katakan Najib sendiri). Ini kebiasaan yang berlaku apabila tiba musim pemilihan calon.

2) Ahli mensabotaj parti kerana tidak tahan dengan sikap pemimpin UMNO yang telah tersasar tujuan. spt salah guna kuasa, rasuah & lain-lain. Kemudian menjadi 'atas pagar' atau 'menyokong Pembangkang' untuk menyerang balik parti asalnya.

Maka atas sebab itu jentera disiplin UMNO di perkukuhkan bagi menangani 'kes sabotaj' ahli. Bimbang jika sabotaj besar-besaran ini berlaku dalam skala yang besar, bukan sahaja kepercayaan ahli UMNO sahaja luntur, bahkan rakyat sendiri akan semakin pudar dengan UMNO seperti yang sedang berlaku hari-demi hari, tak hairanlah ahkir-akhir ini pelbagai 'gula'gula' pilihanraya di beri pada rakyat untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO_BN..."Projek membodohkan rakyat 5 tahun sekali"./legendz




No comments: