05 October 2009

Tahniah Azeez!!





Ramai menjangkakan bahawa akan lahir seorang bayi yang tidak pernah difikirkan dalam sejarah, di mana akan dilahirkan oleh seorang lelaki yang sihat. Setakat ini tidak diketahui jantinanya, dan tidak di pastikan sudah berapa bulan. Yang pasti, ia masih baru. Polis masih membuat siasatan mencari siapa yang bertanggungjwab terhadap insiden ini. Selain itu, ramai pihak membuat pelbagai spekulasi mengatakan Azeez bukan di 'serang' oleh seorang, tetapi 8 orang, yang dimaklumkan orang-orang yang 'menyerangnya' adalah lelaki. Walaupun Azeez ketika insiden itu berlaku ditemani beberapa orang teman setianya, namun masih tidak mampu untuk menggelak. Berita juga melaporkan, pakaian/baju Azeez koyak rabak akibat tindakan 'ganas' penyerang itu.


Doktor masih tidak dapat mengesan tanda-tanda pada pesakit akibat 'serangan' yang berlaku. Kemungkinan ia luka dalaman. Tidak menolak kemngkinan sakit yang di alami Azeez berlaku pada Hatinya. Berita memaklumkan, penyakit yang alami Azeez berlaku tidak mengira tempat dan masa. Sebelum ini di Kuala Terengganu, Azeez turut mengalami sakit/luka yang sama. Dan ia berulang di Bagan Pinang ini.



Azeez menerima rawatan awal lantaran tanda-tanda awal beliau akan melahirkan anak. Bersamanya di sisinya, isteri tersayang yang sabar dan tabah menunggu. Doktor meramalkan kemungkinan rawatan Azeez akan tamat, dan Azeez akan keluar dari hospital selewat-lewatnya 11 haribulan 9 ini bergantung kepada ketabahan pesakit. Namun, tarikh kelahiran anak nya itu masih menjadi tanda-tanya..

Persoalan yang perlu dijawab:

Adakah Azeez terpaksa..atau meRELAkan diri?
Anyway..Tahniah Azeez!!

04 October 2009

Najib puji peranan industri filem dalam mendidik manusia


MELBOURNE 4 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyanjung tinggi peranan yang dimainkan oleh industri perfileman dalam mendidik manusia.


Dalam mesejnya sempena Festival Filem Malaysia-Australia yang bermula di sini malam ini, Najib berkata “filem adalah media yang menarik bagi memberikan kehidupan kepada cerita dan imaginasi”. “Tetapi apa yang lebih penting ialah ia merupakan cara terbaik dalam mendidik manusia mengenai kepelbagaian tempat, budaya, gaya hidup dan nilai-nilai daripada pelbagai masyarakat di seluruh pelosok dunia,” katanya.


“Melalui filem, kita dapat mempelajari lebih banyak mengenai sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain dan dan adalah diharapkan ini akan membawa kepada hubungan yang lebih kukuh dan saling faham memahami antara satu sama lain,” katanya.


Najib berharap festival filem ini “ akan menjadi satu cara yang hebat bagi bertukat-tukar pengetahuan dan idea mengenai kreativiti, teknik dan trend dalam seni pembuatan filem yang semakin canggih”. - Bernama (sumber)

----------------------------------------------------

Komentar:


Rosak negara macam ni. Tak tahu ke Najib indeks jenayah Malaysia semakin hari semakin meningkat, jenayah rempit, rogol, bunuh, ragut, masalah sosial remaja, murtad, dan banyak lagi. Semuanya berpunca dari didikan tidak langsung media pada rakyat. Rata-rata yang menonton filem-filem Malaysia telah didoktrin dengan pelbagai pengaruh tidak sihat acuan Barat yang diselitkan di dalam filem.


Saya nak tanya berapa banyak filem apa yang ada kat TV mendidik jiwa.? Tak di nafikan memang ada, tapi 1 dalam 10 jika hendak dikira. Anda sendiri boleh menilai filem-filem yang diterbitkan di Malaysia. Gubra, Sepet, Bohsia, KL Drift, Mat Rempit, Jalang, Jangan Pandang Belakang, Congkak, ..hantu sana hantu sini dll..inikah caranya mendidik manusia?


Soalnya pada mereka yang tidak mampu menilai baik dan buruk seperti kanak-kanak dan remaja. Jika filem-filem seperti ini diteruskan, tanpa ada tapisan oleh Kementrian Penerangan, sudah tentu akan bertambah lagi jenayah, masalah-masalah sosial dan kerosakan akhlak dan aqidah. Sudahlah hukuman Islam di tolak, menerima pula hukuman ciptaan manusia yang lemah dengan pelbagai lagi dorongan tidak langsung kerajaan terhadap meningkatnya lagi masalah-masalah ini, seperti filem-filem yang banyak buruk dari baik.


Kata Najib, “filem adalah media yang menarik bagi memberikan kehidupan kepada cerita dan imaginasi”. Emm..patutlah banyak betul cerita atau filem berunsurkan imaginasi tahyul dan yang merosakkan pemikiran. Tambahan pula kisah kehidupan realiti remaja yang rosak turut difilemkan, kononnya sebagai pengajaran. Tetapi hakikatnya bukan sebai pengajaran tetapi dorongan.

Pengajaran tidak semestinya di lakonkan semula, dengan laki dan perempuan bercampur, melakonkan aksi yang tidak sihat, adengan-adengan yang ganas dan sebagainya.


Jika inilah saranan Tarbiyyah Najib kepada rakyat..memang patut pun.


Back to Basic..agama itu penyelesaiannya... Dalam Islam ada pengajaran. Jika diselitkan dengan nilai-nilai dan moral baik yang di ajar dalam agama, sudah pasti ia dapat di atasi. Dan yang penting method inilah yang benar-benar dapat mendidik manusia. Wallahu'alam


" Wahai orang-orang yang beriman, masukkah kamu ke dalam agama secara menyeluruh (kaffah), dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, Sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata" Al-Quran


TPM beri amaran jangan guna taktik kotor

LARUT 4 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada parti lawan supaya tidak meneruskan kempen taktik kotor termasuk menggunakan kekerasan dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Dalam masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan jentera parti Barisan Nasional supaya bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Larut hari ini. Utusan Meloya


Komentar:

Jangan lupa beri amaran sekali pada parti BN mu sendiri, jangan menggunakan taktik kotor dengan menyonggok WANG...UMNO-BN..Parti RASUAH, Parti yang memperjuWANGkan WANG...

Najib Harap Pengundi Pilih Wakil Rakyat Yang Dapat Membantu Mereka



PEKAN, 3 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang perlu bijak memilih wakil rakyat yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

Beliau berkata pilihan raya kecil itu bukannya satu pilihan raya yang akan menentukan pembentukan sesebuah kerajaan sebaliknya hanyalah memilih seorang wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk mereka.

"Telah dijangkakan, (satu lawan satu di Bagan Pinang), jadi kita minta pengundi buat penilaian terhadap parti mana dan calon mana yang sesuai untuk kepentingan mereka, kita mesti sedar bahawa ini adalah pilihan raya kecil, bukan soal pembentukan kerajaan.

"Dalam pilihan raya kecil, apa yang penting khidmat seorang bakal wakil rakyat, siapa yang boleh beri khidmat bakti, dapat menyelesaikan masalah pengundi di sana, itu yang menjadi kayu ukur di sana seperti di Bagan Pinang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 161 bakal haji Parlimen Pekan di sini, pada Sabtu.

Pilihan raya kecil DUN kawasan Bagan Pinang itu pada 11 Okt ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calonnya, manakala PAS diwakili Zulkefly Mohamad Omar, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai keyakinannya terhadap calon BN sekalipun Isa sebelum ini pernah dikritik Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa beliau (Isa) tidak sewajarnya diletakkan sebagai calon BN, Najib berkata:

"Saya anggap (perkara) itu tidak timbul lagi, kita mesti lihat ke hadapan, yang penting soal khidmat bakti seorang wakil rakyat di kawasan tersebut".

Mengulas mengenai kekecohan pada proses penamaan calon pilihan raya kecil itu hari ini termasuk insiden Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa dirinya ditumbuk oleh penyokong parti lawan, Najib berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak menghormati peraturan dan undang-undang negara.

"Kalau ditumbuk, harap dia buat laporan polis. Sepatutnya kita jangan buat apa-apa yang menyalahi undang-undang termasuk mengkasari penyokong lain.

"(Kita) patut tunjuk contoh yang baik, sebab dalam amalan demokrasi ianya mesti ditunjukkan dengan nilai yang baik seperti menghormati peraturan dan undang-undang," kata Najib. ( Sumber: BERNAMA)

-------------------------------------------


Komentar:

"Telah dijangkakan, (satu lawan satu di Bagan Pinang), jadi kita minta pengundi buat penilaian terhadap parti mana dan calon mana yang sesuai untuk kepentingan mereka, kita mesti sedar bahawa ini adalah pilihan raya kecil, bukan soal pembentukan kerajaan"

Jangan lupa pilihanraya kecil ini juga menjadi petanda hala tuju kepada pembentukan sebuah kerajaan. Ia langkah awal kepada pembentukan sebuah kerajaan yang bermula daripada pilihanraya, samada pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. Tahun ini pun sudah hampir lapan kali pilihanraya kecil yang berlaku yang banyak berpihak kepada Pakatan. Najib perlu sedar yang PRU12 lepas pun, telah banyak negeri terlepas kepada Pakatan, beberapa buah negeri telah menjadi kerajaan, sebuah kerajaan negeri yang diperintah Pakatan. Andai beberapa PRK yang berlaku selepas ini memberi kemenangan kepada Pakatan, sudah tentu ia bukan soal PRK tetapi menjadi soal kepada pembentukan sebuah kerajaan.

Adakah Najib takut dengan bayang-bayang sendiri? Kenyataan Najib ini seolah-olah mahu mengelak realiti. Pakatan berVisi untuk menakluk Putrajaya, bukan sekadar hanya untuk mahu menang dalam PRK, mungkin BN menganggap begitu, kerana mereka masih lagi tidur. Merasa mereka masih lagi kuat dan berkuasa memerintah negara..Ya, mungkin juga sekadar hendak 'menyedapkan' hati..

Terpulanglah...


Kesal tanah Tol diceroboh



Ayer Salak (MELAKA) - Sekumpulan 25 buah keluarga yang majoritinya menjalankan aktiviti pertanian menanam sayur-sayuran di tanah seluas 28.9 ekar, berasa tidak puas hati apabila sebahagian tanah Tol yang telah diusahakan sejak tiga generasi musnah apabila ada pihak tertentu ‘menceroboh’ dan memusnahkan kawasan tersebut dengan jentolak.


Menurut On Bah Keah, 59, dia telah mengusahakan tanah tersebut sejak datuknya masih ada, tetapi ada pihak tertentu telah memusnahkan tanaman diusahakan dan tidak membenarkannya bercucuk tanam di situ lagi.

“Sebelum ini, saya telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa tanah tersebut telah dipindah milik kepada lelaki terbabit. Saya amat terkejut dengan kejadian tersebut kerana selama ini saya yang membayar cukai tanah ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pekebun wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, kini ‘periuk nasi’ petani di kawasan tersebut telah dimusnahkan.

“Saya berharap, pihak yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan dan status kedudukan kami sebagai pembayar cukai tanah Tol kerana hampir kesemua keluarga yang terlibat bergantung harap kepada hasil pertanian,” katanya.

Petani juga berharap supaya diberi kebenaran untuk mengusahakan tanah tersebut.

Pemimpin DAP, Lim Jak Wong yang mewakili penduduk berharap JKKK Kampung dan pihak tertentu dapat membantu penduduk di kawasan terbabit.

“Sekiranya, terdapat sesuatu projek ingin dijalankan di kawasan ini, petani ini perlu diberi notis terlebih dahulu dan pampasan juga perlu diberikan kerana saya difahamkan mereka sudah lama mengusahakan pertanian di kawasan ini,” katanya.

Hadir sama, Ahli pemimpin Tertinggi Negeri Parti Keadilan Rakyat, Zainon Ja’afar; Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasinal Pas Melaka, Khairul Che Salleh dan Pengerusi DAP Ayer Salak, On Boon Tiap.


Komentar:

1 lagi projek 'Sumbangan' kerajaan negeri Melaka (Barisan Nasional) kepada rakyat..