04 October 2009

Kesal tanah Tol diceroboh



Ayer Salak (MELAKA) - Sekumpulan 25 buah keluarga yang majoritinya menjalankan aktiviti pertanian menanam sayur-sayuran di tanah seluas 28.9 ekar, berasa tidak puas hati apabila sebahagian tanah Tol yang telah diusahakan sejak tiga generasi musnah apabila ada pihak tertentu ‘menceroboh’ dan memusnahkan kawasan tersebut dengan jentolak.


Menurut On Bah Keah, 59, dia telah mengusahakan tanah tersebut sejak datuknya masih ada, tetapi ada pihak tertentu telah memusnahkan tanaman diusahakan dan tidak membenarkannya bercucuk tanam di situ lagi.

Sebelum ini, saya telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa tanah tersebut telah dipindah milik kepada lelaki terbabit. Saya amat terkejut dengan kejadian tersebut kerana selama ini saya yang membayar cukai tanah ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pekebun wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, kini ‘periuk nasi’ petani di kawasan tersebut telah dimusnahkan.

Saya berharap, pihak yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan dan status kedudukan kami sebagai pembayar cukai tanah Tol kerana hampir kesemua keluarga yang terlibat bergantung harap kepada hasil pertanian,” katanya.

Petani juga berharap supaya diberi kebenaran untuk mengusahakan tanah tersebut.

Pemimpin DAP, Lim Jak Wong yang mewakili penduduk berharap JKKK Kampung dan pihak tertentu dapat membantu penduduk di kawasan terbabit.

Sekiranya, terdapat sesuatu projek ingin dijalankan di kawasan ini, petani ini perlu diberi notis terlebih dahulu dan pampasan juga perlu diberikan kerana saya difahamkan mereka sudah lama mengusahakan pertanian di kawasan ini,” katanya.

Hadir sama, Ahli pemimpin Tertinggi Negeri Parti Keadilan Rakyat, Zainon Ja’afar; Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasinal Pas Melaka, Khairul Che Salleh dan Pengerusi DAP Ayer Salak, On Boon Tiap.


Komentar:

1 lagi projek 'Sumbangan' kerajaan negeri Melaka (Barisan Nasional) kepada rakyat..

No comments: