25 May 2008

KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

Makam Nabi s.a.w (Peace upon you)
Tapak kaki Nabi s.a.w

Ghamis Nabi s.a.w


Busar Nabi s.a.w

Mimbar dan mihrab masjid Nabi s.a.w

Makam Nabi s.a.w

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan kita, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kali bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Diantara kata-kata appresiasi para sahabat ialah:
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit. Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan· Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona·
-Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat·
-Wajahnya seperti bulan purnama·
-Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.·
-Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang·
-Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.·
-Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.·
-Mulut baginda sederhana luas dan cantik·
-Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.·
-Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya·
-Janggutnya penuh dan tebal menawan·
-Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.·
-Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya·
-Rambutnya sedikit ikal·
-Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi·
-Rambutnya terbelah di tengah·
-Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat·
-Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa·
-Seimbang antara kedua bahunya·
-Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik·
-Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.·
-Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.·
-Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.·
-Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan·
-Warna kulitnya putih tapi sehat·
-Kulitnya putih lagi bercahaya·
-Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh·
-Badannya tidak gemuk·
-Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak·
-Perutnya tidak buncit·
-Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka·
-Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

18 May 2008

Doa Munajat


Wahai Allah, Wahai Zat yang Maha Agung kemuliaan-Nya,
dan sentiasa memiliki ketinggian ,wahai penguasa khazanah
yang tidak akan kehabisan, dan pencipta Arasy-Mu yang Agung ,
wahai yg memiliki sifat yang sempurna dan yang menunaikan
segala permintaan ,jika Kau mengehendaki maka dengan sekelip
mata pun Kau boleh mendatangkan taufan yang mana lautan pun
malu melihatnya dan jika Kau mengehendaki seluruh makhluk ini
Kau boleh tempatkan dalam tempat yang sebesar zarah dengan
ucapan “Kun”, sesuatu yg tiada Dikau boleh wujudkan, bagi Mu
tiada sesuatu pun pekerjaan yg sukar Ya Allah.

Wahai Allah bersihkan dan hapuskanlah kekotoran zahir dan batin kami,
dengan kesempurnaan, keampunan-Mu ,dan lautan kemaafaan-Mu

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami dengan pakaian zuhud dan takwa
mengkhidmati makhluk dan menuruti sunnah dengan bersih dan nyata.

Jadikanlah maksud kehidupan kami, untuk meninggikan dan
mengharumkan agama Muhammad s.a.w, jadikanlah kami sebagai
mentari ilmu dan Kau jadikan amalan-amalan dan kebaikan kami,
sempurna, yakni menjadi sumber hidayah kepada kami, dan orang-
orang yang bertakwa juga akan memilih jalan amalan soleh, demi sinar
kecemerlangan dan jadikan lah kami seumpama Mata air yg mengairi
taman Islam, di musim gugur sehingga ke hari kiamat, wahai tuhan
semesta alam, dalam kehidupan yg sesingkat ini ambillah kerja-kerja
dari kami, perkara yang perlu dikerjakan di sini, dan peliharakanlah
kami Ya Allah, dari perkara-perkara yg tidak perlu dikerjakan di sini,
bagi hari-hari dalam kehidupan kami, yg mana kami telah laluinya
dengan lalai dan leka jadikanlah sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya

Wahai Allah, kurniakanlah kami dengan kecintaan nya terhadap iman,
dan hiaskanlah ia di dalam hati kami, campakkanlah rasa takut dalam hati
kami, terhadap kekufuran ya Allah, terhadap dosa dan terhadap derhaka,
dan jadikanlah kami orang-orang yg memperolehi hidayah dan hamba-hamba
yang bersyukur ya Allah supaya ketika kami waktu kami mati dan di dalam
kubur dan di hari kiamat nanti kami bersuka cita dan bergembira dan
Jannatul Firdaus menjadi tempat kami Ya Allah.

Wahai Allah jadikanlah kami sebagai gunung ilmu dan amal, di mana di hadapan taufan kekufuran dan kesyirikan pun tidak akan dapat meruntuhkannya, dan ianya menjadi pukulan
bagi mnghapuskan segala bidaah ya Allah. Dan ambillah dari kami sebarang
khidmat utk membantu agama Muhammad s.a.w yang akan menjadi sedekah yang berterusandan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat Ya Allah.
Wahai Allah, daku bukan ahli Jannatul Firdaus-Mu, dan tiadalah kekuatanku mengatasi
api neraka-Mu Ya Allah, maka berikanlah daku Taufiq untuk aku bertaubat
dan ampunnilah dosa-dosaku Ya Allah.
Kerana sesungguhnya Dikau adalah pengampun segala dosa-dosa yang besar Ya Allah.
(petikan dari Album Kembara Sufi-Ustaz Akhil Hayy)

KEMENANGAN


Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang dapat memuliakan diri seseorang

Gagal dalam kemuliaan lebih baik..dari menang dalam kehinaan

Hidup ertinya berjuang kalau tidak berjuang bererti bukan hidup

Dunia ini adalah medan pengujian..manakah manusia sejati dan manakah yang palsu

Hanya orang yang tabah dan ikhlas yang akan mendapat kemenangan

16 May 2008

Catatan Suka-suka

Bulan ni je sudah 6 catatan yg telah di 'post' kan, walaupun kurang sikit dalam bidang penulisan/penaipan ni..tp InsyaAllah, kekhilafan diri boleh di atasi dan diperbaiki dari semasa ke semasa (cewah..) dan Alhamdulillah mungkin ini lah sedikit kesempatan yang ada dan nikmat masa lapang yang diberikan untuk menulis. Terasa lapang sikit kepala dan minda bila cuti ini.,tapi bila teringatkan sahabat seperjuangan yang masih ada agenda tersendiri dengan program dan gerak kerja,rasa terkilan jugak,niat hati memang hendak turut serta dengan sahabat2,tapi apakan daya,diriku umpama lalang2 yang ditiup angin (sorila guna peribahasa sendiri..huhu), cutiku ini cuti yang agak meletihkan,mana taknya, bangkit seawal pagi bersiap siaga untuk ke ofis (ofis tue..jgn memain.),gaya lagak tak tumpah seperti seorang menteri besar yang sibuk.,rupa-rupanya kena praktikal daa..,walaupun ini kali kedua aku berpraktikal, tapi kali ini terasa seperti bakal pekerja dan petugas yang berkhidmat di sektor kerajaan (bagus kerajaan ni,sediakan peluang pekerjaan..huhu sekali lagi). Mungin perasaan bersemangat ini timbul di sebabkan tahun depan tahun akhirku di UTM, bakal bergrduasi..InsyaAllah..doa2kan la..

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), tempat aku mengerahkan separuh tenagaku berkhidmat di sini (separuh tenaga lagi simpan untuk kemashalatan di masa hadapan..hehe;p)..tempat pilihan yang aku rasakan sangat sesuai dengan kondisi akaun kewangan peribadiku yang umpama nyawa2 ikan sentiasa..Masakan tidak, 15minit je dari rumah, makan breakfast ,lunch and dinner are provided at home, duit minyak seminggu boleh survive dah (walupun harga minyak naik).Alhamdulillah.3x,ni semua nikmat pemberian dari Allah, terasa malu dan hina diri ini, mengecapi nikmat-Mu sambil berbuat dosa kepada-Mu,..Astagfirullah, Allah apunnilah aku..

Bila cuti teringatkan sahabat2..hai.,inilah fitrah naluri manusia, hilang di mata,terasa rindu di hati..ukhuwwah yang tejalin terasa indah bila bersama sahabat2, bersahabat atas satu matlamat dan tujuan..semuanya kerana Allah, kerana mengikut Rasullulah s.a.w, kerana cintakan Islam, persahabatan di atas dasar ketaqwaan yang menjadikan kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam bersahabat, hati yang sentiasa dicucuk dengan jarum2 syaitan, yang meniupkan angin taufan yang lebih dasyat dari taufan Nargis, iaitu taufan mazmumah, buruk sangka, hasad dengki, takabur, dll, ..licik sungguh permainan syaitan ini, a'uzubillahiminasyaitanirrajim. Mohon Allah jauhkan..

2 bulan cuti terasa 2 tahun..hari2 yang dilalui begitu membosankan..nasib baiklah ada internet, banyak input2 berguna dapat dicari, kalau betul penggunaannya dapatlah manfaatnya..melayari sesawang labah-labah (laman web) sebagai kerja OT di rumah..dari satu sesawang se sesawang yang lain..mendownload lagu2 dan ceramah2 (terutamanya ceramah Ust.Akhil Hayy),implikasinya..penglihatan mata aku semakin hari semakin menjadi silau, mungkin ada sedikit kesan sampingan (..kot).
Sebenarnya, ada banyak perkara penting yang perlu disetelkan sebelum naik semester ni..antaranya pemilihan tajuk dan pencariaan maklumat mengenai tajuk tesis yang perlu di submit kepada lecture sebelum cuti ini (tajuk pun dah susah nak pilih huhu..)..Tesis oh tesis..aku merasakan permulaan yang menakutkan untuk semesta depan ni, walaubagaimanapun aku kena hadapi juga..untuk apa??untuk masa depanku yang cemerlang, gemilang,terbilang dan bukan temberang..Pengurusan masa (bukan pengurusan cinta) yang bijak amat perlu dalam membahagikan masa antara gerak kerja si Joe yang ku Cintai dan si akademik yang ku kadang2 Abaikan , sikap buat kerja last2 minit perlu aku buangkan jauh2..merancang yang terbaik kerana, teringat kata2 saidina 'Ali "kebatilan yang dirancang dapat mengatasi kebenaran yang tidak dirancang" jadi asbab untuk berjaya perlulah dengan perancangan yang terbaik disamping usaha dan yang paling penting penyerahan pada Allah dan redha akan ketetapanNya.
Akhir bicara.."Majukanlah diri untuk Islam"

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat- menasihati dengan kesabaran" Al-Asr 1-3

13 May 2008

Tangisan Hamba


Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.


Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.


Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak. Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.


Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.


Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang mutlak...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah (Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah." (Riwayat Attirmizi)

10 May 2008

Ciri-ciri Umat Muhammad s.a.w


1. SANGAT MEMBENCI DAN TEGAS TERHADAP MAKSIAT.

2. SANGAT KERAS TERHADAP ORANG KAFIR YANG MEMUSUHI ISLAM.

3. TIDAK BERSYUBAHAT DALAM MELAKUKAN KERJA YANG MEMBAWA KEPADA KEMUNGKARAN.

4. SANGAT MENGASIHI SAUDARA SESAMA ISLAM.

5. BERSIFAT RENDAH DIRI DAN REDHA DENGAN RAHMAT ALLAH.

6. TIDAK PENDENDAM SERTA SANGGUP MEMAAFKAN MUSUH.

09 May 2008

Ku Cari Damai Abadi..(edisi Heritage car)














.......................................................
aku cari bukan wang tambang berjuta-juta,

untuk hidup kaya dari upah penumpang kereta,

aku cari bukan minyak extra,


untuk hidup bergaya menyusuri jalan kota,


aku cari bukan kawan-kawan yang memerlukanku ketika aku sempurna,


untuk hidup sekadar boleh jalan (bergerak),


tetapi aku sari dimana dia Pak Saad,


aku cari mana dia kedai repair kereta,


Kita bongkar semua workshop,


cari pomen.


Kita bongkar komponen-komponen kereta,


cari masalah.





Aku berkhidmat kerana Dia Rabbi,


Dialah penolong makhluk-makhluk-Mu,


Dialah petunjuk jalan kebenaran,


Dia mencukupi bagiku..


Berkhidmat menyusuri jalan kebajikan,


Menuju membantu ke medan dakwah,


Para Sahabat yang berjuang,


Aku hidup pada yang memberi,


Moga-moga khidmatku diberkati illahi, untuk


Menikmati Damai Abadi.

08 May 2008

Mengikis Kebencian Dalam Pergaulan Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.




Jangan Ada Benci Di Hati
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.


Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian. 14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

07 May 2008

Syukur Alhamdulillah..

Cuti semester ke-2 bagi sesi 2008 telah bermula, permulaan yang menjanjikan peluang dan promosi besar-besaran bagi aku merehatkan diri dan minda setelah 6 bulan diisi dengan pelbgai agenda tugasan, test, gerak kerja, dan perkara2 lagho lain, yang menjadi punca utama malamku kesiangan huhu..Syukur,..dapat aku qada' balik tidur-tidurku yang lepas dengan bayaran yang sangat tak adil dan tak telus..mana taknya, dulu tidur sekadar 3jam sekarang di balasnya 8jam.
Rumah ku Syurgaku..ungkapan yang aku gemar bisikan dalam hati sanubariku apabila berpeluang untuk pulang ke kampung halaman..nikmat yang tiada terperi rasanya, umpama menikmati semangkuk ABC di kala terik mentari, apa taknya nasi keluaran beras faizah (walaupun harga naik) dan lauk pauk pulak yang dimasak ibu;sambal ayam,ikan bakar, sambal tumis, asam pedas, sotong goreng, dll..wahduh2.!, tambahan lagi pula dengan tilam 21'' dan bantal busuk yang telah di basuh, sungguh lembut, empuk dan bangat sekali,..
Allahuakbar..Sunguh besar nikmat yang Allah berikan, Salah ke bersenang lenang dengan nikmat-nikmat ni??itu bukanlah masalahnya,.persoalannya, bagaimana pula hendak kita BERSYUKUR dengan limpahan nikmat yang Allah berikan ini..Takut2 pula kita kufur dalam nikmat Allah (wal'izubillah), firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

jadi...Bersyukurlah kepada Allah dengan sentiasa mengingatinya dalam ketaatan, nescaya ALlah akan ingat pada kita dengan limpahan Rahmat-Nya..Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:152 "ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku"