18 May 2008

Doa Munajat


Wahai Allah, Wahai Zat yang Maha Agung kemuliaan-Nya,
dan sentiasa memiliki ketinggian ,wahai penguasa khazanah
yang tidak akan kehabisan, dan pencipta Arasy-Mu yang Agung ,
wahai yg memiliki sifat yang sempurna dan yang menunaikan
segala permintaan ,jika Kau mengehendaki maka dengan sekelip
mata pun Kau boleh mendatangkan taufan yang mana lautan pun
malu melihatnya dan jika Kau mengehendaki seluruh makhluk ini
Kau boleh tempatkan dalam tempat yang sebesar zarah dengan
ucapan “Kun”, sesuatu yg tiada Dikau boleh wujudkan, bagi Mu
tiada sesuatu pun pekerjaan yg sukar Ya Allah.

Wahai Allah bersihkan dan hapuskanlah kekotoran zahir dan batin kami,
dengan kesempurnaan, keampunan-Mu ,dan lautan kemaafaan-Mu

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami dengan pakaian zuhud dan takwa
mengkhidmati makhluk dan menuruti sunnah dengan bersih dan nyata.

Jadikanlah maksud kehidupan kami, untuk meninggikan dan
mengharumkan agama Muhammad s.a.w, jadikanlah kami sebagai
mentari ilmu dan Kau jadikan amalan-amalan dan kebaikan kami,
sempurna, yakni menjadi sumber hidayah kepada kami, dan orang-
orang yang bertakwa juga akan memilih jalan amalan soleh, demi sinar
kecemerlangan dan jadikan lah kami seumpama Mata air yg mengairi
taman Islam, di musim gugur sehingga ke hari kiamat, wahai tuhan
semesta alam, dalam kehidupan yg sesingkat ini ambillah kerja-kerja
dari kami, perkara yang perlu dikerjakan di sini, dan peliharakanlah
kami Ya Allah, dari perkara-perkara yg tidak perlu dikerjakan di sini,
bagi hari-hari dalam kehidupan kami, yg mana kami telah laluinya
dengan lalai dan leka jadikanlah sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya

Wahai Allah, kurniakanlah kami dengan kecintaan nya terhadap iman,
dan hiaskanlah ia di dalam hati kami, campakkanlah rasa takut dalam hati
kami, terhadap kekufuran ya Allah, terhadap dosa dan terhadap derhaka,
dan jadikanlah kami orang-orang yg memperolehi hidayah dan hamba-hamba
yang bersyukur ya Allah supaya ketika kami waktu kami mati dan di dalam
kubur dan di hari kiamat nanti kami bersuka cita dan bergembira dan
Jannatul Firdaus menjadi tempat kami Ya Allah.

Wahai Allah jadikanlah kami sebagai gunung ilmu dan amal, di mana di hadapan taufan kekufuran dan kesyirikan pun tidak akan dapat meruntuhkannya, dan ianya menjadi pukulan
bagi mnghapuskan segala bidaah ya Allah. Dan ambillah dari kami sebarang
khidmat utk membantu agama Muhammad s.a.w yang akan menjadi sedekah yang berterusandan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat Ya Allah.
Wahai Allah, daku bukan ahli Jannatul Firdaus-Mu, dan tiadalah kekuatanku mengatasi
api neraka-Mu Ya Allah, maka berikanlah daku Taufiq untuk aku bertaubat
dan ampunnilah dosa-dosaku Ya Allah.
Kerana sesungguhnya Dikau adalah pengampun segala dosa-dosa yang besar Ya Allah.
(petikan dari Album Kembara Sufi-Ustaz Akhil Hayy)

No comments: