Muqaddimah
Surah ini mengandungi 11 ayat,termasuk daripada surah-surat Makkiyyah dan diturunkan selepas surah Al-Fajr.Nama "Ad-Dhuha" diambil daripada kata "Ad-Dhuha" yang terdapat pada ayat pertama surah,yang bermaksud "waktu matahari sepenggalahan naik".
Isi pokok surah:
Allah sekali-kali tidak akan meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w iaitu isyarat dari Allah bahawa kehidupan Nabi Muhammad s.a.w sentiasa terpelihara dan ajaran dakwahnya sentiasa bertambah baik dan berkembang;dalam surah ini juga menyatakan mengenai larangan menghina anak yatim dan mengherdik orang-orang yang meminta-minta;selain itu isi pokok surah ini juga menceritakan tentang perintah dari Allah supaya sentiasa meyebut-nyebut akan nikmat yang di kurniakan Allah sebagai tanda bersyukur.
Bismillahirahmanirahim..
#1# Demi waktu matahari sepengalahan naik,
#2# dan demi malam apabila telah sunyi,
#3# Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak (pula) membenci kepadamu* (Maksudnya:ketika turunya wahyu kpd Nadi Muhammad s.a.w terhenti utk sementara waktu,org2 musyrik berkata "Tuhannya (Muhammad)telah meninggalknnya dan benci kepadanya".Maka turunlah ayat ini utk mmbantah perkataan org musyrik itu.)
#4# dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan*
(Maksudnya:bahawa akhir perjuangan Nabi Muhammad s.a.w itu akan menemui kemenangan,sedang permulaanya penuh dengan pelbagai kesulitan.Ada sebahagian ahli tafsir mengertikan "akhirat" dgn "kehidupan akhirat" beserta segala kesenangannya dan "ula" dengan "kehidupan dunia".)
#5# Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaan-Nya kepadamu,lalu (hati) kamu menjadi puas.
#6# Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yang yatim,lalu Dia melindungimu.
#7# Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung*,lalu Dia memberikan petunjuk.
(Maksudnya:yang dimaksudkan dengan "bingung" di sini adalah kebingungan untuk mendapatkan kebenaran yang tidak dapat dicapai oleh akal,lalu Allah menurukan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w)
#8# Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan,lalu Dia memberikan kecukupan.
#9# Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenangnya.
#10# Dan terhadap orang yang meminta-minta maka janganlah kamu mengherdiknya.
#11# Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)
Penutup
Surah Ad-Dhuha ini menjelaskan tentang bimbingan dan pemeliharaan Allah terhadap nabi Muhammad s.a.w dengan cara yang tidak putus-putus, dan juga terkandung mengenai
perintah kepada Nabi supaya mensyukuri nikmat-nikmat itu.