02 November 2008

Ibu & Anak Katak

Frog Umbrella


Seekor anak katak berkeadaan resah ketika dengan tiba-tiba langit menjadi gelap, lalu dia bertanya kepada ibunya, "Ibu adakah kita akan binasa, mengapa langit tiba-tiba menjadi gelap?"sambil memeluk erat ibunya dengan belaian lembut.

Lalu ibu katak mejawab "Anakku, itu bukanlah petanda kebinasaan kita, ia adalah petanda yang baik bagi kita" jelas ibu katak sambil membelai lembut anaknya. Anak katak kembali tenang dalam dakapan ibunya.

Namun, ketenangan tidak berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga daun-daun dan ranting-ranting kering berserakan dan berterbangan. Pepohon meliuk di pukul angin kencang. Pemandangan yang menakutkan itu menbuat si anak katak menjadi kembali resah."Ibu itu apa pula? Apa pula yang akan terjadi pada kita?",tanya anak katak sambil bergerak berlindung di belakang ibunya.

"Anakku sayang, itu hanyalah angin" ucap si ibu bagi menenangkan keadaan. "Itu adalah petanda bg apa yang kita hajati akan datang",sambung si ibu dengan tenang. Mendengar kata-kata ibu, anak katak kembali menjadi tenang, ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang sebelum ini menakutkan baginya.

"Duuuuuumm..!!" bunyi petir sambar-menyambar. Satu demi satu pancaran cahaya putih yang menakutkan. Dan kali ini si anak katak itu tidak lagi terkata apa-apa. Ia bukan sahaja tuntas bersembunyi di sebalik ibunya, bahkan tetap merangkul erat tubuh ibunya dalam keadaan yang gementar. " Ibuuu..saya sangat takut..",rayu si anak dan terus memejamkan mata.

"Sabar anakku" pujuk ibu katak sambil membelai lembut anaknya." Itu hanyalah petir, itu petanda ketiga, kita bersabar dan tunggu sebentar, tidak lama lagi keluarlah. Bersyukurlah kerana sebentar sahaja lagi hujan akan turun" sambung ibu katak tenang.

Anak katak tadi kembali keluar dari balik tubuh ibunya. Ia mendonggak ke langit, merenung langit dan awan yang masih kelihatan hitam, angin terus menerus meliuk-liukkan dahan, pancaran petir yang menyilaukan sabung-menyabung. Tiba-tiba, si anak katak tadi berteriak riang, "Ibu, hujan sudah turun, hujan sudah turun, hooreey!!"


Moral of story

Anugerah atau nikmat hidup kadangkala datang tanpa di sangka-sangka. Ia juga akan hadir tanpa kita sedari, kadang-kadang ia akan tampil melalui jalan yang kita sendiri tidak inginkan. Ia tidak hadir dengan hamparan permaidani, ia tidak tampil dengan tiupan seruling merdu, malah tidak juga bersama-sama bidadari rupawan dengan wangi-wangian harum bak kasturi.

Namun, di saat ini, sedikit sekali menusia menyedarinya, gusar dan bimbang dengan keadaan. Persis si anak katak tadi, yang takut hanya kerana langit hitam, tiupan angin kencang dan petir. Padahal itulah sebanrnaya tanda-tanda hujan.

Benarlah apa yang diucapkan oleh ibu katak, Usah takut untuk melangkah, usah sembunyi dari kenyataan, bersabarlah dalam menghadapinya. Kerana hujan yang di tunggu pasti datang.

Bersama kesukaran ada kemudahan.

2 comments:

The Gatekeeper said...

that is the most lovely words to hear..

may Allah bless you..

LegendZ said...

Jazakallah..