27 February 2010

Puisi buatmu..


Sayu hatiku mengungkap rindu,
Kepada insan kekasihku,
Teringinku mendakap wajahmu,
Wajah yang bercahaya,
Mengalahkan sang suria.


Ya Rasulullah,
Cair qalbuku,
Sebak qalbuku,
Melihat dirimu,
Sinar akhlakmu,
Indah peribadimu,
Kata-katamu,
Indah menusuk qalbuku...


Ya Mustofa,
Resah hatiku,
Pilu hatiku,
Melihat dirimu,
Disisih ummatmu,
Tidak pernah mereka sedar,
Pahit, pedih yang kau hadapi,
Tika Jibrail datang bertemu,
Membawa wahyu dari Ilahi,
Pasti basah peluh di dahi,
Menahan beratnya amanah ini...


Ya Rasulullah,
Cintanya dirimu kepada ummatmu,
Saat Izrail menarik nyawamu,
Menahan pedih nyawa ditarik,
Tika nyawa dihujung kerongkongmu,
Kalimah 'UMMATI!' terpatri dibibirmu,
Tanda kasih pada ummatmu...


Berakhirlah hidup seorang insan,
Berakhirlah ujian,
Berakhirlah keperitan,
Tubuh muliamu terbujur kaku,
Terkulai layu di pangkuan isterimu yang dicintai,
Tangisan sahabat mula bergema,
Merantapi pemergianmu,
Susah untuk menerima,
Pemergian seorang insan,
Insan bernama Muhammad,
Telah pergi buat selamanya,
Bergembiralah engkau Ya Rasulullah,
Bertemu habib yang kau cintai,
Bergembiralah engkau Ya Muallim,
Berumahkan istana di taman syurga...


Ya Rasulullah,
Tidak tahan hati ini,
Rinduku padamu kini menguasai,
Butir mutiara membasahi pipi,
Hatiku meronta ke sana sini,
Sudah letih ku menunggu lagi,
Meraut ketenangan diwajahmu...


Ya Habibi,
Syafaatkanlah diri ini,
Agar tenang bersemadi di sini,
Moga bertemu di taman Ilahi,
Di taman Syurga Firdausi...

iluvislam

25 February 2010

Kisah Pelacur Profesional



Pada suatu hari seorang pakcik melalui sebuah lorong di belakang deretan kedai di Kuala Lumpur. Lorong tersebut sudah di ketahui ramai sebuah lorong 'panas' dengan kegiatan pelacuran dan maksiat. Namun tujuan pakcik tersebut melalui lorong tersebut bukanlah bertujuan dengan tujuan 'yang tidak baik', sekadar lalu sahaja.

Dipendekkan cerita, sedang pakcik tersebut melalui lorong tersebut, terserempaklah dia akan seorang lelaki atau perempuan yang di lihat secara luarannya, sukar di ketahui identiti sebenarnya melainkan jika melihat tanda sebiji halkum terlekat besar di lehernya. Melihatkan lelaki atau wanita itu yang gundah gulana beserta riak wajah yang seakan 'stress', datanglah pakcik tersebut menghampiri dia bertanyakan masalah yang menimpa lelaki atau wanita yang berkeadaan sunggul tersebut.

"Mengapa ni adik, nampak macam ada problem je..", tanya pakcik itu.

"Tak de lah pakcik, saya 'kerja' di lorong ni hampir 10 tahun, tapi bila saya di aniaya oleh pelanggan saya, sape tak marah", luah lelaki atau perempuan tersebut.

Melihatkan mukadimah yang di luahkan beliau, pakcik tersebut berminat untuk mendengar.

"Apa yang berlaku, ceritakan pada pakcik, mungkin pakcik boleh bantu" , kata pakcik.

"Ikhlas saya katakan, saya ini 'pelacur profesional' pakcik, sape tak marah bila pelanggan saya dah menggunakan perkhidmatan saya, tetapi tak nak bayar. Bak kata pepatah, abis madu sepah di buang.." ujar 'pelacur profesional' dengan madah berhelah beliau.

"Oh begitu, mengapa tak di 'report'kan saje di balai polis berdekatan" pakcik tersebut cuba memberikan cadangan.

"Eh, gilakah pakcik, malulah saya, takkan saya nak bagi tau orang yang saya ni pe**c*r profesional, pulak tu tak kan nak bagitau yang pu***u*g saya di r*b*, atau saya telah dinodai oleh pelanggan saya walaupun saya rela, malulah beb, saya pun ada maruah.." tegas 'pelacur profesional' kepada pakcik.

"Abis tu takkan nak biarkan pelanggan yang tak bertanggungjawab tu lepas diri je, lepas madu kamu di habiskan" pakcik tersebut bermadah pulak.

"Tak pelah pakcik, ada ubi ada batas, biar dia jawab dengan tuhan kat akhirat nanti, saya tak halalkan dunia akhirat.." jawab 'pelacur profesional' dengan tawaduknya.

"oooooooooooooooo......" kata pakcik dengan mulut terngaga.

~tamat~




Moral of story:

Pelacur profesional pun ada maruah..tetapi tidak si SB ni..habis dijaja maruah beliau di serata dunia, sesungguhnya tiada yang lebih mengaibkan apabila mengatakan yang dia tak dapat b*r*k selama 2 hari selain mengaku di li**t beberapa kali..aduhai..kenapa tak report je sebaik kali pertama di li**t, kenapa dah tak boleh b*r*k baru nak mengaku..aduh si SB ni..

p/s: Zaman sekarang tilam, cadar, perabot, banglo, apartment semua jadi saksi...dunia..dunia..

22 February 2010

Hati-hati dengan 3 SB ini...


Siput Babi (SB)


Selsema Babi



Saiful Bukhari...

21 February 2010

Pertahankan Pusat Serenti, ia milik Melayu - Kairu Jamiludin


Melayu mesti Juara..


KUALA LUMPUR- Pemuda Ameno mahukan kerajaan mengambil langkah perlu bagi memastikan kedaulatan pusat-pusat serenti di seluruh negara terjamin. Ketuanya, Kairu Jamiludin berkata ini berikutan ada ura-ura pihak berkuasa untuk membuka kuota pusat itu kepada bukan Melayu.

"Pusat serenti adalah milik Melayu dan ia mesti dipertahankan. Kalau kita tidak membelanya, lama-lama kita akan terpinggir di bumi sendiri. Sebelum ini mereka (bukan Melayu) mahu masuk UiTM, kemudian mereka mahu sebut tuhan kita, sekarang mereka menuntut hak agar dapat masuk pusat serenti pula. Lepas ni siapa tahu mungkin baju Melayu di pakai mereka, mana boleh" tegas Kairu.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda Ameno akan melakukan apa sahaja bagi memastikan hanya orang Melayu berhak menjadi penghuni pusat-pusat serenti di seluruh negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata pusat-pusat serenti sangat penting kerana ia adalah tunggak kerajaan Bee End di bawah konsep '1 Malaya', sekiranya orang melayu tidak lagi mengambil dadah, mereka akan berfikiran waras dan tentu tak akan menyokong Ameno lagi. Kita tidak akan biarkan ini berlaku" tegasnya.
Kairu juga berkata adalah suatu perkara yang tidak masuk akal jika mereka (penghuni pusat serenti) menyokong Pembangkang.


Ditanya apakah tindakan selanjutnya, Kairu berkata Pemuda Ameno akan memastikan tahap-tahap kecemerlangan pusat-pusat serenti di negara kita dipertingkatkan agar setanding dengan pusat serupa di luar negara termasuk menambah bilangan penagih serta memberi subsidi dadah kepada penghuni. Malah beliau sendiri berharap agar kerajaan negeri menambah bilangan pusat-pusat serenti selain kemudahan canggih dengan mengambil contoh yang dilakukan oleh Datuk Ali Rustam di Melaka demi kepentingan rakyat Melayu. Sesuai dengan slogan "Rakyat Di Dahulukan.."

Beliau sebelum itu mengetuai Exco Pemuda Ameno mengadakan demonstrasi di depan pusat serenti Sungai Besi, dekat sini. Ketua Polis Daerah Petaling apabila dihubungi berkata polis tidak dapat mengambil tindakan kerana bilangan demonstran yang hadir hanya empat orang, sedangkan Akta Polis menetapkan tindakan hanya boleh di ambil bagi kumpulan yang berhimpun melebihi lima orang. - Utusan Meloya.


[di petik dari sebuah komik : isu dalam kartun] - telah di tokok tambah sedikit..

When Dr Qardhawi Shed The Tears



Dr Qardhawi, is a scholar whom I respect so much. I may differ with him in certain matters, methodology of feqh and rulings but he is outstanding as a contemporary scholar whom emphasized on unity among Muslim and preserve of good adab whilst dealing with khilaf amongst us. Here, a heart-wrenching and eyeopening talk of him. Even when Dr Qardhawi himself shed his tears.


How about us who laugh more than we cried in front ALLAH? Who indulge in worldly affairs more than focusing our soul towards ALLAH? Who put our nafs and uncalled desire over ALLAH’s Will? How many times we did this & that and still so much into our own self? How many times did we sacrifices what truly uphold for us for something that not even exist in the first place? Who love and put this dunya in our heart!!! O pity our soul…..


If not with ALLAH mercy should we not, will not deserve to be here and have what we had. Only with HIS Will and Mercy we still walk, strive and breath in this world.


1) Do not immerse by people praises, but focus on your inner self and sins


الناس يمدحونك لما يظنونه فيك ،فكن أنت ذاما لنفسك لما تعلمه منها

Ibnu Athaillah As-Sakandari


Do not immerse in by what people praising you. Should you know what sins, and ghaflah that you be with more than others know about it. While people praising you, counts your own faults towards others. You know your heart on how it keep going to the wrong places. Even when it crying for help to be assist to what ALLAH wants and ask from us we keep ignored it calls.


2) Shed your tears even if you have to pretend it


Shed your tears o myself and counts your own faults and sins. Do not ever put your back – again- before ALLAH. Observe your faults, admitted it, repent, seek only ALLAH. Whilst at the same time don’t ever give up for HIS Mercy. But do not hope with an empty hand. As Yahya ibn Ma’aadh said:-


“In my opinion, the worst kind of self-delusion is for someone to sin excessively and then to hope for forgiveness without feeling any remorse; or it is to expect to draw near to Allah, the Exalted, without obeying or worshipping Him; or it is to hope for the fruits of the Garden after having only planted the seeds for the Fire; or it is to seek the abode of the obedient through committing wrong actions; or it is to expect a reward after having done nothing worthwhile; or it is to place hope in Allah, Glorious and Mighty is He, after having exceeded all the limits”.


3) Cover your brother ‘aib


وقال عليه الصلاة والسلام أيضا: ”من ستر مسلما ستره الله يوم القيامةرواه البخاري ومسلم


Cover your brothers ‘aib as Allah has covered our aib bisitrihil Jamil. We ourself, were amongs sinful servants of HIM who are lucky by ALLAH mercy our ‘aib and sins has been covered by ALLAH. Cover your brothers ‘aib as HE will covered our ‘aib in the Hereafter.


More than to anyone, this is more to my own self


Wallahu’alam


[source]

20 February 2010

Ruhollah Khomeini: Pemelihara ingatan


Budaya agama kita tentunya tidak akan membawa kita mendekatinya. Dilahirkan pada 24 September 1902, dalam sebuah keluarga yang ketat dengan tradisi agama, dan di sebuah di daerah kecil, Khomein, iaitu ditengah-tengah Iran. Ketika berusia lima bulan, ayahnya Sayyid Mustaffa Musawi gugur syahid menentang kaum kapitalis yang rakus mengaut tanah rakyat miskin. Justeru, pengalaman sewaktu kecilnya sudah awal-awal lagi sangat akrab dengan makna kesyahidan dan pembelaan mustadh'afin.


Sejak usia dini, beliau menekuni pengajian agama termasuk matematik, astronomi dan falsafah sehingga bekal ini menjadikannya kelak seorang faqih dan mujtahid yang mashyur. Di tangan Mirza Mohammad Ali Shah Abadi, beliau terpana dengan mikraj irfan serta asyik dengan isra’ hamasah. Ketika berusia 27 tahun, beliau telah membuka kelas pengajiannya yang meliputi falsafah Islam, tasawuf nazari, feqah, usul dan akhlak.


Ketegasannya menyanggah kezaliman sosial, menentang korupsi ideologi dan memulih kebejatan moral sudah terpancar semenjak awal belianya lagi. Sementara, pada tahun 1941, beliau menerbitkan buku pertamanya Kasyful Asrar yang menyenaraikan kezaliman 20 tahun pemerintah waktu itu, Reza Shah. Kitab tersebut telah menghimpun kritikan kaum kaum ulama yang belot dan ahli sufi yang pinggirkan perubahan sosial, selain mengungkapkan kriteria dan pembinaan pemerintahan Islam.


Dalam rangkaian surat serta ceramahnya, beliau menyeru para ulama agar memperkasa kesedaran rakyat serta segera bangkit melawan pemerintahan Shah. Selain itu, beliau secara konsisten membongkar tentang hubungan intim pemerintah dengan Israel, lalu mengirim amaran keras kepada pemerintah waktu itu. Sebagai jawapan, Shah menyerbu pusat pendidikan Faiziyah dan membunuh para pendukungnya. Sudahnya, yakni bermula dari peristiwa khordad tersebut, amarah rakyat terhadap kerajaan semakin membara, lebih-lebih lagi beliau telah ditangkap oleh pemerintah.


Menghadapi situasi yang penuh gawat itu, pemerintah akhirnya memutuskan untuk menghalau keluar dari tanahairnya. Bertitik-tolak dari sini, maka bermulalah episod pelariannya dari satu negara ke satu negara. Selama 11 bulan di Turki, 13 tahun di Iraq, dan beberapa bulan di Neauphle-le-Chateau, Paris, seluruh liku-liku perlariannya diisi dengan menulis kitab serta menjalinkan hubungan dengan gerakan-gerakan Islam sedunia, termasuklah di Iraq, Lebanon dan Palestin. Seruan akbarnya ketika itu ialah bangkit melawan para mustakbirin.


Dalam waktu yang sama, kebangkitan rakyat Iran sendiri tidak pernah sunyi. Kaset-kaset ucapan beliau terus tersebar ke dhamir rakyat. Manakala, episod perjuangan rakyat telah merebak dan makin membengkak setiap hari. Demikian, bila setiap rakyat yang dibunuh oleh regim, pasti diganti oleh puluhan pemuda yang bersedia untuk menjadi jantung sejarah kemanusiaan. Darah syuhada mula membanjiri segenap ingatan pemerintah dan mengusarkan Shah. Akibatnya, keadaan ssudah menjadi tidak terkawal, yang akhirnya ini memaksa Shah melarikan diri pada Januari 1979.


Bertolak dari Perancis, sebuah penerbangan tiba di Mehrabad Airport Teheran pada Februari 1979, yang bersama-sama dengan penerbangan tersebut bukan sahaja membawa seorang ulama yang sudah tua, bahkan cita-cita sebuah negara sempurna. Beliau disambut oleh jutaan rakyat yang menyayanginya. Di dataran luas, Beheshti Zahra, iaitu sebuah kuburan para syuhada, beliau mengungkapkan pidato ulungnya yang mengecam campurtangan Amerika, Israel dan sekutu Barat ekoran perkembangan terbaru negara Sassanid tersebut. Setelah 10 hari, revolusi Islam ini mengorak sebuah sistem.


Dan, selama 10 tahun terkemudian, beliau mengisi negara baru ini dengan segala doktrin-doktrin Islam. Buat julung kalinya tafsiran politik Islam telah menemukan wajahnya dalam bentuk praktikal. Kejayaan dramatik gerakan beliau telah menjadi inspirasi buat gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Dunia, menerusi majalah Time, mengiktiraf beliau sebagai Man of the year. Di samping itu, bersama rakyatnya, beliau memimpin utuh mempertahankan batas negara ekoran pencerobohan Iraq.


Manakala, dalam waktu yang sama, beliau tetap tegas mempertahankan sumber minyak negaranya daripada direbut oleh Barat, serta teguh hati menghadapi sekatan ekonomi dunia. Malah, dengan pedih juga beliau beliau pasrah ketika lebih 400 rakyatnya dibunuh oleh tentera Saudi sewaktu mengerjakan ibadah Haji, juga ketika menerima berita 290 rakyatnya terkorban dalam pesawat penumpang ditembak oleh tentera Amerika.


Namun, dalam segala kepayahan ini, beliau tetap tekun meneruskan ajaran dari leluhur sucinya. Beliau tetap tabah untuk terus memerintah dengan agama. Dan, pada 1 Januari 1989, beliau mengirim pesan besar kepada Mikhail Gorbachev. Suatu pesan yang bakal menghumbankan idea komunisme menjadi muzium sejarah. Malah, beliau tidak segan-segan mengajak pemimpin Soviet Union tersebut untuk menerima Islam sambil menolak materialisme Barat.


Demikian juga, tanpa mempedulikan ancaman Barat, serta dengan penuh keyakinan, beliau tekad dan nekad memfatwakan hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie atas penerbitan buku Satanic Versesnya -- suatu fatwa yang sangat-sangat revolusioner, dan sekaligus fatwa yang membangkitkan kembali semangat ummah melawan penindasan Barat, setelah sekian lama kekosongan ikon sejagat.


Namun, hari demi hari, keadaan fizikalnya semakin melelahkannya. Kelelahannya ini akhirnya memburuk. Sudahnya, setelah 10 hari diam di hospital Teheran, akhirnya beliau aman menemui zat yang dirindu-rinduinya pada malam hari, 3 Jun 1989. Serentak dengan itu, langit ummah mendung bagaikan kehilangan sebutir bintang thurayya. Hadirnya dirasai, dan perginya ditangisi.



2 Jam Setengah Bersama Pemuda Bukit Katil


Bersama Dewan Pemuda PAS Kaw. Bkt Katil, Melaka


1. Alhamdulillah , pada 16hb Feb yang lalu sekali lagi saya dapat menjejak kaki ke negeri Melaka dan kali ini bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil .


2. Sungguh ceria dan bertenaga sekali adik - adik kita di Bukit Katil yang tentunya telah bersiap sedia untuk memastikan DUN Bukit Baru akan menjadi DUN sulong bagi PAS di negeri Melaka insyaallah.


3. Apa yang menarik , DUN Bukit Baru yang terletak di Parlimen Bukit Katil ini adalah DUN Ketua Menteri yang banyak mencetuskan kontraversi dengan idea - idea kolotnya.


4. Tentu semua orang masih ingat bagaimana si Ali Rustam sang Ketua Menteri ini mengharamkan penduduk negeri Melaka melawat dan menziarahi negeri Kelantan kerana semata - mata Kelantan dipimpin oleh PAS . Demikianlah tahap kematangan beliau berpolitik dan memimpin .


5. Terkini Ali Rustam sekali lagi mencetus kontraversi yang sangat memalukan malah meruntuhkan nilai kredebiliti beliau sebagai seorang Ketua Menteri apabila berlakupenyalahgunaan wang Yayasan Melaka untuk bail out YBK dalam isu pembayaran cukai tanah tertunggak kepada kerajaan negeri Selangor.


6. Penyalahgunaan wang dan penyelewengan urustadbir bagi negeri - negeri yang dipimpin UMNO dan BN telah menjadi suatu yang telah diketahui umum . Sebelum ini akhbar Harakah telah mendedahkan bagaimana Johor berdepan dengan bankrap atau muflis menjelang 2012 nanti . Tunggu sahaja lah , saya yakin selepas ini satu persatu pendedahan terhadap penyelewengan ini akan dilakukan dan bukan sahaja Johor yang berdepan dengan muflis tetapi juga beberapa buah negeri yang lain.


7. Persiapan jentera pemuda mendepani pilihanraya umum kelak sedang giat dilaksanakan melibatkan pelbagai aspek dan unsur termasuklah material , taktikal dan spiritual secara bersepadu ke arah mencipta kemenangan bersejarah yang didambakan . Tidak banyak berbeza kecuali latar belakang medan perjuangan antara kawasan Bukit katil dengan kawasan Rompin . Pemuda mereka ternyata mula menyemarakkan semangat dan gerakkerja yang sememangnya tidak pernah malap dan luntur.


8. Sejurus pulang dari Bukit Katil , saya dijadualkan pula bersama Dewan pemuda PAS kawasan Rompin . Agak lama saya tidak pulang ke keratong [ DUN Bukit Ibam ] yang menjadi tuan rumah pertemuan pemuda PAS kawasan Rompin pada 17hb Feb lalu . Teringat saya 12 tahun yang lalu , bagaimana saya sendiri pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin pada ketika itu .


9. Terlalu cepat dan pesat perkembangan berlaku dan meletakkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin kini serba baik dan hebat berbanding 12 tahun yang lalu . Sebagaimana di kawasan - kawasan lain , pemuda diletakkan sebagai jentera utama untuk memenangi pilihanraya bahkan turut menjadi pemangkin kepada perlaksanaan amal tarbawi serta tidak terkecuali gerakkerja dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat .


10. Secara umumnya , pemuda kini telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan senantiasa mengekalkan stamina [ ruuhi dan jasadi ] dalam menggerakkan jentera dan organisasi perjuangan ini demi memastikan Islam yang diperjuangkan sampai ke setiap sanubari ummah biarpun terpaksa berdepan aneka tribulasi . Saya ucapkan selamat berjuang buat semua pemuda , Demi Islam ! bangkit lah berjuang tanpa lengah .



Sumber: Blog Ustaz Nasrudin Tantawi (episode sebuah perjuangan)

Komentar: Saya selaku wakil ajk pemuda kawasan bukit katil mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz nasrudin tantawi atas kunjungan dan percambahan idea bagi memantapkan lagi gerak kerja jemaah khususnya di Melaka. Jazakallah, moga Allah memberi kekuatan kepada seluruh ahli jemaah PAS di Malaysia untuk terus bergerak kerja bagi mencapai kemenangan Islam di bumi Malaysia khususnya. InsyaAllah. Ameen.

18 February 2010

Akhirnya gelaran 'Beruk' kembali kepada 'Tuan'nya...




500 ahli parti, NGO membantah
Demo Bantah MP Australia

Ingatkah kita apa kata-kata Khairy Jamaluddin dahulu kepada mereka-mereka yang turun berdemo di jalanan..iaitu mereka SEPERTI BERUK-BERUK DI JALANAN..

Nah, Tuhan tunjukkan balik kepada kita (bagi yang sedar). Satu jari menunding kepada kita, empat jari kembali menunding diri sendiri. Rupa-rupanya, 'sumpahan' tersebut kembali terkena pada batang hidung sendiri.

Khairy dan konco-konconya jangan lupa, anda juga BERUK-BERUK JALANAN..

------------------




Saya hairan akhir-akhir ini, sering saja pihak-pihak yang dahulunya menjadi musuh kepada apa sahaja perbuatan pihak Pembangkang telah MENIRU apa yang pihak Pembangkang lakukan sebelum ini..contoh jelas Perhimpunan atau Demostrasi...

Peliknya, mereka di'kurnia'kan pelbagai medium dan saluran untuk meluahkan. Mereka ada media prima..TV3, TV1, NTV7 dan lain-lain..kemudian media cetak seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, NST dan lain-lain..itu belum cerita media elektronik seperti internet, radio dan juga 'kuasa' jabatan-jabatan kerajaan yang 'tumpang sekaki'. Namun, akhirnya..Himpunan juga menjadi pilihan..'amalan' tradisi pihak pembangkang dalam menyatakan suara.

Himpunan atau demonstrasi adalah adalah sebuah gerakan protes yang dilakukan sekumpulan orang di hadapan umum. Ia salah satu bentuk tindakan yang matlamatnya adalah untuk memberi maklum kepada orang atau rakyat (umumnya) hasrat dan kemahuan terhadap 'something wrong' yang berlaku. Yang menjadi punca utama tercetusnya Himpunan ini apabila Kemahuan atau Kehendak tersebut di SEKAT dan di HALANG oleh sesuatu yang biasanya lebih ber 'KUASA'.

Pihak pembangkang turun berdemo atas sebab pihak penguasa BN yang sering menyekat kebebasan bersuara, lihat di kaca TV, adakah kerajaan di bawah kementrian penerangan memberi ruang pembangkang memberi penjelasan. Pernah lihatkah Nik Aziz atau Anwar Ibrahim di beri ruang berucap beberapa minit? Ataupun di akhbar-akhbar. Sedangkan ruang besar di dalam akhbar khas untuk parti kerajaan BN, kadang-kadang bagi mereka lebih baik ruang di dalam akhbar di berikan kepada syarikat jualan nombor ekor mengiklankan no 4digitnya? Hatta diminta untuk memberi permit ceramah umum, jauh lagilah tidak dibenarkan?. Demokrasikah negara ini? Tak usah lah cerita tentang demokrasi kalau soal memberikan pendapat atau pandangan pun di sekat (atas sebab ianya dari Pembangkang), malahan jika adapun di selewengkan pula.

Andai ada kemungkaran yang di lakukan pemerintah, adakah kita harus berdiam diri. Atas alasan kita tidak ada kuasa, atau kita sendiri tidak berpeluang untuk memberitahu dan menerangkan kepada pemerintah akibat di sekat di segenap sudut?. Kita sering mendengar sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi, (mafhumnya), jika kamu melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu dengan lisan, jika tidak mampu dengan hati, dan itulah selemah iman.

Pencegahan dengan hati itu tidaklah bermaksud kita hanya diam sahaja walaupun di dalam hati tidak redha. Tetapi bermaksud ia juga harus di luahkan apa yang tidak di persetujui atau tidak redha itu - yang terbuku di dalam hati. Maka dalam konteks inilah, himpunan tunjuk perasaan itu adalah suatu contoh tindakan dimana kita menterjemahkan apa yang tidak disukai di dalam hati itu.

Tidak perlulah saya ulas panjang, kini terbukti jika dahulu UMNO-BN megah dengan KUASA yang mereka ada, mereka mampu membuat apa sahaja. Tapi sekarang mereka menjadi LEMBIK dan pula menjadi PENIRU dari setiap langkah yang di lakukan Pembangkang. Kenapa tidak digunakan sahaja saluran-saluran yang mereka kawal itu untuk memberitahu rakyat atau pihak-pihak tertentu.? Mengapa mesti turun ke jalanan untuk berdemo?..atau sebenarnya BN-UMNO memang mahu jadi seperti BERUK-BERUK di JALANAN?? (seperti yang dikatakan pada Pembangkang dahulu)

Wallahualam

p/s: atau BERUK-BERUK SARKIS...