01 February 2010

Mengapa anda perlu mengundi PAS??



1) PAS tidak kekosongan dalam agenda perubahan politik negara. PAS bergabung bersama PKR dan DAP selain mempunyai hubungan yang kuat dengan NGO-NGO lain. Jadi anda tidak perlu meraguinya kerana ia mewakili kehendak atau suara ramai.(bukan kehendak PAS semata-mata).

2) PAS merentasi semua kaum dan lapisan masyarakat. PAS menolak segala racism, politik perkauman yang jumud dan sempit. UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti komponen dalam BN berteraskan politik perkauman. UMNO untuk Melayunya, MCA untuk Cina dan MIC untuk India. Ia membuka ruang yang tidak selamat kepada usaha perpaduan antara kaum di negara ini jika menjadikan parti-parti tersebut sebagai wasilah perjuangan. Walaupun menggunakan BN sebagai penyatu antara parti-parti kaum didalamnya, namun ia masih di atas kepentingan kaum tertentu dan bukan melihat kepentingan semua pihak. Sedangkan PAS bercirikan kesyumulan yang berteraskan agama Islam, kerana Islam bukan untuk Melayu, Cina, atau India semata-mata tetapi untuk semua kaum, bangsa, dan agama.



3) PAS mempunyai agenda nasional yang besar, bukannya dilihat di dalam juzuk sempit politik semata-mata tetapi PAS melihat beribu-ribu isu negara yang terabai di bawah pemerintahan BN sebelum ini. Isu penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, Badan-badan pencegahan, badan keselamatan dan lain-lain. Sebagai contoh dalam sistem keadilan negara. Kerajaan BN di dalam pemerintahannya telah menjadikan kebebasan bersuara di sekat dengan pelbagai akta dan politik sempit. BN juga telah merencatkan perkembangan jiwa dan minda rakyat untuk melahirkan world-class mentality (mentaliti kelas dunia) dengan pelbagai ugutan, ancaman dan permusuhan terhadap rakyat yang berani meluahkannya.

4) PAS masih kekal dengan rekod yang cemerlang di negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, negeri role-model Kelantan yang menjadi sebuah negeri yang berkebajikan di bawah pemerintahan pemerintah yang adil dan bersih. Skim Kifalah, Armalah, Gerak berdikari dan lain-lain yang dilaksanakan di Kelantan menjadi contoh bahawa walaupun negara di rundum dengan masalah ekonomi, kebajikan rakyat masih lagi terpelihara. Tidak di bawah pemerintahan BN yang hanya akan menyusahkan lagi rakyat dengan pelbagai beban kewangan, cukai, harga barang, tol, tarif air dan elektrik dan lain-lain atas alasan bagi menampung kewangan negara di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia.

5) Akhirnya, sebab apa anda harus mengundi PAS kerana ianya bukan hanya untuk masa depan kita, tetapi untuk kemakmuran dan masa depan anak cucu kita.

Wallahu'alam

~PAS untuk Semua~

No comments: