21 February 2010

Pertahankan Pusat Serenti, ia milik Melayu - Kairu Jamiludin


Melayu mesti Juara..


KUALA LUMPUR- Pemuda Ameno mahukan kerajaan mengambil langkah perlu bagi memastikan kedaulatan pusat-pusat serenti di seluruh negara terjamin. Ketuanya, Kairu Jamiludin berkata ini berikutan ada ura-ura pihak berkuasa untuk membuka kuota pusat itu kepada bukan Melayu.

"Pusat serenti adalah milik Melayu dan ia mesti dipertahankan. Kalau kita tidak membelanya, lama-lama kita akan terpinggir di bumi sendiri. Sebelum ini mereka (bukan Melayu) mahu masuk UiTM, kemudian mereka mahu sebut tuhan kita, sekarang mereka menuntut hak agar dapat masuk pusat serenti pula. Lepas ni siapa tahu mungkin baju Melayu di pakai mereka, mana boleh" tegas Kairu.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda Ameno akan melakukan apa sahaja bagi memastikan hanya orang Melayu berhak menjadi penghuni pusat-pusat serenti di seluruh negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata pusat-pusat serenti sangat penting kerana ia adalah tunggak kerajaan Bee End di bawah konsep '1 Malaya', sekiranya orang melayu tidak lagi mengambil dadah, mereka akan berfikiran waras dan tentu tak akan menyokong Ameno lagi. Kita tidak akan biarkan ini berlaku" tegasnya.
Kairu juga berkata adalah suatu perkara yang tidak masuk akal jika mereka (penghuni pusat serenti) menyokong Pembangkang.


Ditanya apakah tindakan selanjutnya, Kairu berkata Pemuda Ameno akan memastikan tahap-tahap kecemerlangan pusat-pusat serenti di negara kita dipertingkatkan agar setanding dengan pusat serupa di luar negara termasuk menambah bilangan penagih serta memberi subsidi dadah kepada penghuni. Malah beliau sendiri berharap agar kerajaan negeri menambah bilangan pusat-pusat serenti selain kemudahan canggih dengan mengambil contoh yang dilakukan oleh Datuk Ali Rustam di Melaka demi kepentingan rakyat Melayu. Sesuai dengan slogan "Rakyat Di Dahulukan.."

Beliau sebelum itu mengetuai Exco Pemuda Ameno mengadakan demonstrasi di depan pusat serenti Sungai Besi, dekat sini. Ketua Polis Daerah Petaling apabila dihubungi berkata polis tidak dapat mengambil tindakan kerana bilangan demonstran yang hadir hanya empat orang, sedangkan Akta Polis menetapkan tindakan hanya boleh di ambil bagi kumpulan yang berhimpun melebihi lima orang. - Utusan Meloya.


[di petik dari sebuah komik : isu dalam kartun] - telah di tokok tambah sedikit..

No comments: