17 June 2011

Demonstrasi Aman Bantah Kenaikan Harga Air Melaka 17/6/11


Melaka 16 Jun- Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) hari ini meneruskan kempen membantah kenaikan harga air negeri Melaka dengan mengadakan demonstrasi aman di perkarangan masjid Al-Azim selepas solat Jumaat tadi.

Sebelum ini GERAM telah membuat siri jelajah di setiap kawasan di negeri Melaka dengan mendapatkan tanda tangan rakyat Melaka selain siri-siri penerangan berbentuk ceramah dan risalah sebagai kaedah untuk memberitahu rakyat tantang kenaikan harga air yang membebankan itu.

Beberapa penggerak GERAM yang hadir memberi ucapan adalah Haji Yuhaizad sebagai ketua penggerak GERAM dan Saudara Shamsul Iskandar selaku wakil bagi badan politik.

Yuhaizad berkata kerajaan negeri sebelum ini tidak mengeluarkan notis kepada rakyat bagi memaklumkan kenaikan air tersebut pada April lepas.

"Beberapa exco kerajaan negeri sebelum itu telah memberitahu untuk mengadakan perbincangan sedangkan tarif air telah di naikkan, sepatutnya perbincangan itu di lakukan sebelum mendapat maklum balas rakyat, bukan selepas harga air di naikkan" kata Yuhaizad.

Saudara Shamsul Iskandar pula menegaskan tujuan bantahan ini adalah sebagai mesej perubahan pada rakyat. Apa guna status negeri maju andai rakyat masih lagi terbeban dengan pelbagai kenaikan.

"Rakyat Melaka perlu berani berubah, jangan anggap kerajaan Barisan Nasional akan kekal selamanya"

"Kita berjanji akan menurunkan harga air dan mengkaji balik segala perkara yang membebankan rakyat andai Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Melaka nanti" ujar Shamsul

Demosntrasi tersebut selesai dengan lancar dan aman setelah pihak polis membenarkan demonstrasi tersebut berlangsung sehingga tamat.

No comments: