17 June 2011

Pelancaran BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka 16/6/2011

Kelihatan Tuan Haji Muhammad Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat melancarkan Mobilisasi BERSIH 2.0, Peringkat Negeri Melaka


Jasin 16 Jun-Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi telah melancarkan Mobilisasi BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka dengan menghimpunkan hampir 600 orang hadirin di Kompleks PAS Kawasan Jasin. Majlis di sempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Muhammad Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Dalam ceramah malam tadi Muhammad Sabu menggesa pihak polis segera berubah dengan melihat bagaimana peranan sebenar pihak polis di Negara lain.

Timbalan ketua polis negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang sebelum ini telak mendesak bahawa pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti di lihat suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang di amalkan di Malaysia.

Dalam ceramahnya, Muhammad berkata sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika di bandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan di lindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.

Begitu juga di negara-negara Eropah sebagai contoh hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman. Pihak polis mereka memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut

"Pihak polis ada memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor" ujar Muhammad Sabu

Pesuruhjaya PAS, Saudara Adly Zahari pula menegaskan, PAS tetap akan turun pada 9 julai nanti walaupun di asak hebat oleh kerajaan dan polis.

Ketua AMK Pusat, Saudara Syamsul Iskandar memberi jaminan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan di lakukan secara aman sambil menasihati para peserta BERSIH 2.0 agar tidak membawa senjata dan pergi dalam keadaan santai.

Turut hadir berceramah pada malam itu, Ketua DAP Melaka, YB Goh Leong San dan YDP Jasin, Ustaz Kamarudin Sidek.

No comments: