15 June 2011

Mempersenda hukum Islam. Utusan Malaysia perlu memohon maaf.


Utusan Malaysia meneruskan lagi kebangsatan apabila dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam. Keratan akhbar utusan hari ini menampilkan ruangan kartun yang di lihat cuba mempermain-main kan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

Sepertimana, dalam Islam apabila seseorang di tuduh melakukan zina perlu di bawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq untuk menjadi saksi.

Namun, dialog kartun yang cuba di gambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan lagi. Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh di guna pakai tetapi video dan gambar boleh di jadikan sebagai bukti. Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis.

Ianya di percayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama akhbar ini.

Tak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor bercerita tentang Qazaf dan fitnah,pemuda UMNO pula buat report, kononnya di politikkan. Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka.

Ini lah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di 'UMNO' kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan UMNO akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri di persenda. Mereka yang bekerja untuk akhbar ini fikir-fikirkanlah tentang rezeki yang akan di beri pada anak isteri.

Justeru, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam. Penghinaan umpama ini hanya akan merugikan umat Islam. Cukuplah Islam di hina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan di sebabkan kejahilan sendiri.

No comments: