13 August 2011

Isu bacaan Al-Quran : Bila menteri kemaruk nak berpolitik...


Aku hairan tengok beberapa pemimpin UMNO-BN yang kadang-kadang sekali pandang nampak bijak, ada gaya, berkredibiliti, mempunyai hujah yang bernas bila bercakap. Tetapi apabila dua tiga kali pandang, rupanya mereka ni sebenarnya tin-kosong. Kuat bila di ketuk, tapi dalamnya kosong tiada isi.

Ya, mungkin pandangan yang di berikan bukan pandangan peribadi, tetapi pandangan yang di guna pakai dari penasihat menteri yang di lantik. Tak kisahlah, penasihat menteri yang di lantik itu pun kadang-kadang 2x5.

Aku fikirkan tiada menteri yang memberi komen tentang isu laungan ayat suci Al-Quran sebelum azan yang di haramkan di Pulau Pinang. Yalah, bagi aku perkara ini pun tak perlu di politikkan sebab sudah jelas di dalam beberapa hadis nabi yang melarangnya. Malah keputusan itu pun telah di buat oleh para mufti, dan sudah pasti mereka telah berijtihad tentangnya berdasarkan ilmu.

Tup..tup hari ini ada pula menteri yang kalau di lihat mukanya taklah hensem, pula tu tak lah pandai atau ada orang kata adalah sedikit ilmu agama di dada seperti Jamil Khir (contohnya). Tatepi dek nafsu syahwat menteri ni terlalu ghairah nak memberi komen, maka terselahlah kejahilan beliau. (lihat sini )

Aku malas nak komen lebih-lebih pasal menteri ni.

Inilah yang di katakan mempolitikkan agama. Ahli politik perlu sedar bahawa tidak semua perkara boleh di politikkan. Apabila ada isu yang berkait dengan soal sensitiviti agama, maka ia perlu di lihat dengan kaca mata agama, melihat sambil membawa hujah agama (jika jahil rujuklah para ulama), apa guna ulama dalam UMNO.

Akhirnya...

Inilah yang dikatakan politik Dulang Paku Serpih

-maaf gambar yang menyeksakan-







No comments: