Gambar pembaca berita television di Libya yang pro- Gaddafi, membawa pistol semasa bersiaran langsung membaca berita hanya 2 hari yang lalu. Ini kerana pada masa itu pemberontak (suara rakyat Libya) sedang mula memasuki Tripoli. Semalam, 3 orang anak Gaddafi telah ditahan dan juga yang terkini rumah Gaddafi juga telah diserang.
Gaddafi kini tidak tahu menyorok di mana tetapi menurut anaknya beliau masih berada di Tripoli dan berazam tidak mahu menyerah. Serangan para pemberontak di Triploli adalah dengan pertolongan NATO. Pihak barat sentiasa ada untuk membantu menumbangkan sesebuah pemerintahan di mana-mana negara Islam.
Lihatlah apa yang berlaku di Mesir, walaupun pemerintahan zalim dijatuhkan, untuk menjadi stabil aman sentosa macam dahulu mungkin mengambil masa yang lama.
Ternyata perang dan permusuhan hanya merugikan harta benda, nyawa dan maruah sekali pun.
Bercerita sahaja tak seronok jika tidak diserta dengan gambar-gambar rakyat Libya yang bergembira dengan saat kejatuhan Gaddafi.
No comments:
Post a Comment