03 September 2011

Konsert Black-Metal di Malaysia, Cegah Sebelum Terlambat



Maklumat yang di peroleh dari sebuah blog anak muda, sebuah band ‘Black-Metal’ akan membuat konsert di beberapa tempat di Malaysia bermula 9 september ini di Kota bahru kemudian di beberapa tempat lai n seperti di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kumpulan ‘Black-Metal’ ini di namakan Impiety, iaitu sebuah kumpulan yang berasal dari Singapura di tubuhkan sejak 1990. Maklumat berkaitan kumpulan ini boleh di dapati di laman web Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Impiety_%28band%29 . Seperti mana yang di ketahui umum kumpulan music ‘Black-Metal’ sememangnya di haramkan kerana sebahagian besar lirik lagunya berunsurkan pemujaan syaitan, penolakan agama, di samping memenuhi segala pemikiran dan fantasi dengan segala unsur negatif dan pasif. Bahkan beberapa puluh tahun lalu kumpulan ‘Black-Metal’ begitu aktif sehingga ramai anak muda terpengaruh dan ada yang telah murtad.

Atas kesedaran itu, Dewan Pemuda PAS Melaka memandang serius akan perkara ini. Di saat kesibukan negara akhir-akhir ini membincangkan isu kemerdekaan yang telah menjadi polemic sabahagian parti politik tanahair kita jangan leka perkara serius ini kerana ia melibatkan soal Aqidah. Samada Islam atau Kufur.

Kita tidak mahu, fenomena ini di lihat bermusim sepertimana sebelum ini negara heboh dengan isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara di mana antara pokok isunya juga berkaitan tentang menyelamatkan Aqidah atau Murtad. Dan ia akan kembali diam mengikut arus isu yang mainkan ahli politik melalui media. .

Walaupun konsert ini masih belum berlangsung namun atas kesedaran untuk menyelamatkan Aqidah umat Islam khususnya anak muda, pencegahan awal perlu di lakukan. Peranan pihak berkuasa dan Jabatan Agama harap lebih proaktif mencegah sebelum ianya berlaku dengan melakukan pantauan di tempat-tempat berlansungnya konsert tersebut.

Dewan Pemuda PAS amat konsisten memerangi jenayah ini dan membantah sebarang anasir yang dapat merosakkan Aqidah umat Islam seperti mana pengalaman berhadapan isu Natrah, Lina Joy, Hartina Kamarudin, Aisyah Bukhari, Jamaluddin Osman dan lain-lain suatu ketika dahulu.

http://waxs-seenbelieve.blogspot.com/2011/08/impiety-asian-abomination-2011.html

No comments: