26 September 2011

Utusan Hina Hudud??


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.

Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang beserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga mengambarkan irama yang keluar dari alat music tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .

Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadi sebutan ramai pihak akhir-akhir ini.

Dewan Pemuda PAS Melaka mempertikaikan sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka. Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar.

Hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang dating dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah.

Hari ini hokum Hudud telah di gambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah prlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akbar arus perdana begitu hebat mempolemikan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

Akbar Utusan Malaysia memang tidak sering. Satu demi satu penghinaan di lakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hokuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan.

Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak agar Akbar Utusan Malaysia memohon maaf terhadap umat Islam atas penghinaan tersebut.

No comments: